Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Thursday, June 16, 2011

Punca Huruf - Nur KasfULLAH

Punca Huruf - Nur KasfULLAH


Assalammualaikum WMT dan Salam hormat,

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH Zat Wujud lagi Qadim. Dengan hanya Kun dariNYA maka dapat sama-sama kita menatap serba sedikit titipan lautan ilmuNYA yang amat luas tidak terjangkau. ALLAHu.

Para pembaca yang diingati,

Tidak dapat ditolak kenyataannya, kebanyakan dari kita yang bergelar hamba kepada ALLAH S.W.T, Umat kepada Rasulullah S.A.W, serba sedikit mengaji dan membaca Al-Quran.

Pasti ada jua yang mengaji dan mengkaji.

InsyaALLAH, pada kali ini, serba sedikit tercuit saya untuk sama-sama kita berkongsi akan perihal huruf, yang mana semasa Seminar Sihir di Kelantan yang lepas, saya serba sedikit ada sentuh mengenainya.

Dan semoga dengan paparan di sini, menjadi satu penggerak untuk kita terus menjelajahi alam-alam ilmu yang tidak pernah luak disedut, tidak pernah kering dihisap dalam meraih Rahmat dan Redha dariNYA. ALLAHu Robbi.

Para pembaca yang dihormati,

InsyaALLAH, sama-sama kita mulai dengan langkah pertama mengenai huruf. BiiznILLAH.

Maka seperti yang dijelasi umum bahawa huruf adalah ciptaan ALLAH dan huruf itu telah menjadi satu kelompok yang pelbagai jenis dan nama. Jadi, bilangan huruf yang sebenarnya tidak ada makhluk yang mengetahuinya dengan jelas dan lengkap, hanya ALLAH S.W.T jua yang tahu sebenar-benarnya.

Dalam perjalanan lautan ilmu ALLAH, yang dikatakan punca atau pohon segala huruf adalah daripada Nur KasyfULLAH, iaitu Cahaya ALLAH yang terbuka yang juga dikenali sebagai noktah atau titik.

Jelas, yang menjadikan titik ini adalah ALLAH semata-mata dan yang menjadi pemilik kepada titik ini. Dalam hal ini, titik inilah yang dinamakan:

1) Roh Izafi
2) Ma’ul Hayat

Yang dikatakan Roh Izafi itu tidak lain dan tidak bukan adalah Al-Quran Nur Kareem, yang diletakkan dalam takluk Nurun ‘Ala Nur, berada disudut 30juzuk yang bergerak. ALLAHu.

Yang dikatakan Ma’ul Hayat ini adalah Air Suci Jiwa, iaitu salah satu syarat dalam menuju ke MakrifatULLAH. ALLAHu Robbi.

Dalam penciptaan kesempurnaan noktah tersebut, terdirilah ALIF, LAM, HA, MIM, DAL, iaitu ALHAMDU yang darinya terbentuklah Ummu Kitab (AL FATIHAH).

Maka kerana KUNNYA yang dilambangkan dengan noktah, adalah merupakan mula dari sekalian titipan huruf berasal dari noktah-noktah yang bersusun membentuk garis, sama ada garis menjadi bentuk atau jelas wujud sekalian yang ada.

Dalam keadaan lain yang jelas, Zat tidak pula berasal dari noktah kerana noktah masih merupakan sifat dari pada ZAT yang dalam ertimaksudnya Kun ALLAH ternyata bukan ZAT, malahan KUN (kalam / wahyu/Firman) adalah sifat daripada ZAT, dan jelas bukan ZATULLAH itu sendiri.

Sehinggakan takrif noktah adalah akhir dari segala ciptaan, pada noktah inilah terkandung imbuhan-imbuhan yang akan terpalit suatu bentuk dan juga pada daerah inilah yang dimaksud oleh Ahli-ahli Sufi sebagai Nur Muhammad S.A.W(Cahaya Terpuji), kerana segala sesuatu akan sujud dan tunduk mengikut kehendak Zat, dan Zat inilah berkalam melalui KUN-NYA, maka FAYAKUN ( jadilah) semuanya.
ALLAHu Robbi.

Dari noktah tersebut, terciptalah jua ALIF sebelum kesempurnaan yang awal.
Dari ALIF ini, menculnya:

1) “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali”.

2) ALIF KAMAL yang berdirinya Zat Ahadiah

3) ALIF TASAWWIR bersinarnya Nur Muhammad

4) ALIF MA’NIKAM tegaknya sebenar diri insan

5) ALIF ROH hidupnya Nyawa Insan

6) ALIF AL-QURAN Muqaranah Zat ALLAH

7) ALIF MAKRIFAT Muqaranah Nafsiah

8) ALIF NUFUS terletaknya Rahsia Insan

9) ALIF QIAM dalam Alam Tasyahud yang bersatu di dalam Solat.

10) ALIF AWAL
Dan lain-lain lagi.

Jadi, tidak ada Harkatnya pada ALIF, namun dari gerak ALIF itu maka jadinya Aa.

Dari Aa jadinya Ee.

Dari Ee terbentuknya ROH QUDUS , iaitu tidak lain dan bukan, Roh Muhammad Rasulullah S.A.W.

Dari Roh Qudus ini jadi pula Uu.

Daripada Uu Jadilah Rohani iaitu Nyawa Abu Basyar (Adam A.S) dan seterusnya nyawa manusia-manusia lain. ALLAHu.

Makanya dari ALIF, Aa, Ee, Uu inilah terjadinya perhimpunan sekalian Insan atau dinamakan Insan Kamil dan Mukammil. ALLAHu Robbi.

Bayangkanlah Sekiranya sifir awal ini tidak diadakan, maka huruf, kata, kalimat, ucap, butir pun tidak wujud.

Namun begitu walaupun sifir-sifir awal huruf abjadiyyah ini tidak ada, hakikat pemahaman pengenalan dalam diri manusia tetap ada, boleh didapati oleh sekalian insan yang ada iaitu bahasa Qalbu yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berzahir.

Maka tidak ditolak kebenarannya jika demikian bahawa Al Quran itu awalnya adalah ucapan atau bahasa wahyu (bahasa ALLAH) iaitu laa shautun wala harfun (tidak berupa suara dan tidak jua berupa huruf) yang diterjemahkan kepada bahasa Bapa Roh manusia (Roh Qudus) iaitu bahasa Arab. Sesuai dengan FirmanNYA :



3. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. (Az-Zukhruf : 3)

***** InsyaALLAH, sambungan kepada Noktah menjadi 7 pecahan huruf********

Sekian sementara, InsyaALLAH bersambung di episod akan datang. :)