Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Tuesday, June 07, 2011

Baik Tak Faham ,Jangan Salah Faham

KEKELIRUAN BIASA YANG AMAT BAHAYA.....




Salam saudara muslim yang di-Rahmati Allah


Marilah kita sama-sama bermohon agar Allah memilih kita sebagai hamba-hambaNya yang dianugerahkan Ilmu Tauhid yang dapat MELINDUNGI kita dari mensyirikkan ALLAH , satu dosa yang tidak diampuniNya.


Dalam mempelajari Ilmu Hakikat ini, saperti yang fakir pernah juga alami dahulu memang Allah akan menduga kita dengan pelbagai kekeliruan.


Kekeliruan biasa yang amat bahaya ialah MENGAKU DIRI kita yang manusiawi ini sebagai Allah...dalam menyalahfahami konsep MENG-ESAKAN Allah.


Maka teruslah belajar dengan pertamanya mencampakkan kedalam laut dalam fahaman keliru itu terlebih dahulu. Mohonlah Ilmu yang benar dari Allah sendiri...mohonlah kepada Allah agar memberi Taufik & HidayahNya secara berterusan. Mohon jangan tidak memohon kerana kesombongan yang nyata..atau kerana suka bertuhankan manusia.


Berikut fakir turunkan nota muzakarah yang fakir ambil dari laman forum sdra osman hadi ...internatebest untuk renungan saudara sekalian. Selamat membaca.


Fakir.............................................................................


NOTA MUZAKARAH......Laman Web Internatebest –Osman Hadi.
KEKELIRUAN BIASA YANG AMAT BAHAYA.

PERSOALAN ..dari Sharpshooter.



Salam sdra ,Terima kasih atas tunjuk ajar sdra ku, penjelasan sdra ini pernah saya terbaca dlm laman wed fakir...


Dan penjelasan itu kalau ikut pemahaman saya ia lah...kita ini tuhan...( Allah ) tidak perlu lakukan semua rukun islam...dan tak perlu memohon keampunan dari Allah, sbb Allah itu adalah kita sendiri...


Soalan saya sdra :-


Kenapa Nabi kita Mohammad S.A.W...Seorang Rasul ALLAH...masih juga melakukan rukun Islam...Maksud saya melakukan solat,puasa dan sebagainye...kalau la itu semua tidak benar...maka Nabi s.a.w itu, penipu la...pura2 lakukan itu semua...sila tolong jelaskan sdra untuk meyakin lg hati ini...terima kasih


PERCUBAAN MENJELASKAN...
Oleh fakir.



Salam sdra sharp shooter. Saya minta jutaan maaf ...kerana nampaknya sdra dlm kekeliruan yang amat sangat. Nauzubillah.


Pertamanya manusia bukan Tuhan ,,manusia adalah hamba Allah. Yg bersifat Ketuhanan itu ialah Zat Allah yang meliputi tubuh kita...yaitu nyawa kita . Inilah yang disebut sbg DIRI SEBENAR atau INSAN.


Manusia = Tubuh + Nyawa. Nyawa itu = ROHKU Allah. Selagi kita masih manusia ( i.e masih hidup & berperangai sbg manusia ) kita ini hamba dan wajib lakukan Rukun Islam seperti solat, puasa dsb...Walau macam mana tingginya ilmu kita ..kita kena buat segala hukum hakam yg dijelaskan dalam ilmu syariat yg termaktub dalam rukun iman & rukun islam spt yang diajar oleh Baginda Rasul.


Yang menuduh baginda Rasul saperti yang sdra sebut itu ialah orang kafir yang memusuhi Islam sejak dahulu kala lagi. Orang muslim tidak akan sekali-kali berkata begitu.


Kalau ada yang mengajar tak usah buat Rukun Islam ...jangan dekati lagi org itu jelas SESAT.


Perkara sesat sebegini tidak ada dalam Ilmu Hakikat. Kalau ada yang mengatakan begitu itulah FITNAH paling besar. Ilmu hakikat mendukung ilmu syariat sebagai asas atau foundationnya. Ilmu Hakikat berlandaskan Nas yaitu Al-Quran & Hadith. Ilmu Hakikat juga selari dengan Hukum Akal atau Aqli.


Ilmu Hakikat tidak mengajar orang meninggalkan syariat...ilmu hakikat mengajar orang mengenal Allah melalui mengenal diri..sebab itulah kita kena belajar mengenal diri kita UNTUK MENGENAL ALLAH. Kenapa kena kenal diri ..sebab itulah yang diperentahkan Allah untuk kita lakukan.. Ada dalil dalil naqli & dalil aqlinya....


Nauzubillah ..sdra sharp shooter....janganlah keliru sebegitu .....dalam laman web fakirabdillah pun tak ada disebut begitu...yakni seperti yang saudara sebut didalam soalan saudara itu....manusia itu Allah ..disebabkan dia Allah ..tidak payah lagi buat Rukun Islam......Nauzubillah ...tiada yang ditulis begitu dan tiada yang dimaksudkan begitu.


Yang hendak disampaikan ialah Ilmu Mengenal Diri atau Ilmu Hakikat itu ialah ilmu agama Islam peringkat khusus atau tingkatan salepas ilmu syariat...macam sekolah ..lepas sekolah rendah kita meningkat ke peringkat sekolah menengah ..dan seterusnyalah hingga keperingkat PhD.


Yang saya sarankan ialah walaupun dalam ilmu syariat tidak ada dimasukkan bab Awaluddin Makrifatullah sebagai satu Rukun diadalam Rukun Islam orang awam, sebab pada ketika itu kita masih lagi diperingkat asas..maka satelah melepasi peringkat asas itu eloklah kita meningkatkan lagi ilmu dan amal kita keperingkat yg lebih tinggi iaitu belajar Ilmu Hakikat dan mengamalkan Tauhid Wahdaniatullah.....


Itulah hujah saya mencadangkan agar kita masukkan ibadah mengenal Allah ini sebagai rukun pertama kita sebagai orang islam ..rukun ini menjadi panduan hidup kita dalam dunia ini...jika kita tidak jadikan rukun hidup kita sbg org islam maka kita tidak akan berusaha utk kenal Allah yg kita sembah.....


Dalam Ilmu Hakikat kita kena pelajari apa yang dikatakan manusia dan apa yang dikatakan Tuhan itu ....Bab manusia kita tumpu untuk dapat tahu apakah yang dikatakan Nyawa itu dan apa kaitan atau hubungan nyawa dengan Zat Allah yang menciptakan seluruh alam dan seluruh makhluk khasnya diri kita sendiri sebagai manusia.


Ilmu Hakikat ini bukanlah pula ilmu yang baru ...yang sengaja kita buat buat atau cipta..Ianya ialah intipati utama Ilmu tasauf ....ianya adalah ilmu yang diajar oleh Nabi Muhammad secara khusus kepada para sahabat....tidak diajar secara umum kpd semua peringkat umat islam ketika itu sebab ramai yang baru islam...


Jadi ramailah ulamak ulamak yang dilahirkan Allah dalam bab Ilmu Hakikat ini. Di Nusantara ini antara ulamak yg terkenal ialah Hamzah Fansuri, Abdus Samad Palimbani, Daud Patani , Tok Kenali dan ramai lagi.


Saya nak ulang lagi ...ASAS ILMU HAKIKAT ialah ILMU SYARIAT...sekali lagi Asas Ilmu Hakikat ialah Ilmu Syariat. Macam asas sekolah menengah ialah sekolah rendah. Kita tidak boleh terus masuk tingkatan satu sahaja sebelum lulus UPSR..tidak boleh ambil UPSR kalau tak melalui darjah satu hingga darjah 6. Gitu jugalah tiada universiti yg terima budak lulus UPSR untuk mengikuti kursus peringkat Ijazah.


Dan saya nak ulang lagi HANYA ORANG GILA MENGAKU DIRINYA ALLAH selagi dia masih manusia.


YG BERSIFAT KETUHANAN ialah NYAWA bukan Nyawa + Jasad bergelar manusia. Nyawa itu bersifat Ketuhanan atau disebut sebagai Al-Latifah Rabbaniah.


Nyawa itu memang ada memilikki Sifat 20 Allah tetapi yg nampak jelas cuma 7 Sifat Maani sahaja sebab sifat Maknuyahnya dibalut oleh Allah dengan beberapa lapisan balutan cahaya yang disebut sebagai lapisan lapisan nyawa spt ruh ruhani, ruh jasmani dan sebagainya.


Selagi lapisan itu tidak ditembusi selagi itulah manusia itu tidak akan nampak atau merasai kehebatan sifat sifat Maknuyah itu. Usaha menembus lapisan inilah yang cuba dibuat manusia melalui pelbagai amal ibadah spt zikir, wirid , sembahyang wajib sunat, puasa dan sebagainya.


Saya nak jelaskan juga jika nak belajar Ilmu Hakikat wajib dulu belajar sefer sefernya. Antara sefer wajib ialah SIFAT WAJIB ALLAH yang 20 itu dan kaitan sifat 20 itu dengan diri kita sebagai manusia, kedua belajar maksud HAUQALAH yg sebenarnya, ketiga belajar maksud nafi & isbat, keempat belajar maksud tiada nafi tiada isbat dan bab bab seterusnya.


Amal yang digalak utuk dilakukan selain amal ibadah rukun islam ialah berzikir dan bertafakur...bab inilah yang diajar oleh pemilik laman blog ini sdra osman dan para rakannya . Saya cuma ahli baru yg selari dgn fahaman brader osman ..saya bukan murid dr bagindo muchtar sbb saya tidak berpeluang menemui beliau...tetapi saya berpegang kpd apa yang diajarnya spt brader osman & rakan rakannya.


Jika sdra sharpshooter betul betul ingin faham ..untuk mendapatkan asasnya ...sila baca berulangkali...manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat & Manuskrip Wahdaniatullah yang telah diposkan didalam laman blog fakirabdillah. Download, print dan baca berulang kali ...mmg pada peringakat awal kekeliruan sebegini akan berlaku...ianya adalah satu proses biasa yang amat bahaya.


Jika tak faham lagi , carilah orang yang faham spt pemilik laman ini utk bertanya dan bermuzakarah.

Jumaat, 11 Jun 2010


PETIKAN PETIKAN dari KITAB TOK KENALI....




Dari ....BAB SATU


Ilmu Mengenal Allah sepatutnya diberi keutamaan dari lain lain keutamaan dan hendaklah didahului dari lain lain keperluan......


Tidak sempurna hukumnya mengerjakan amalan amalan syariat yang lainnya sabelum makrifat kepada Allah..


Dari.... BAB DUA


Setiap makhluk mempunyai zatnya sendiri................wahdahkan segalanya supaya menjadi satu wajah Allah yang esa.


Dari............BAB TIGA


Agama yang diterima Allah ialah Islam manakala orang yang diterima Allah adalah orang Islam mukmin yang mengenal Allah. Orang Islam yang tidak mengenal Allah itu tidak diterima Allah akan agama dan Islamnya.


Dari....BAB EMPAT


Islam pada tahap Makrifat, bukan sahaja belajar ilmu rukun, ilmu pokok iaitu ilmu pohon
Tetapi merangkumi ilmu yang membicarakan perkara rahsia roh yang tersembunyi disebalik rukun, disebalik pokok dan disebalik biji benih.


Dari.....BAB LIMA


Perkara Iman itu melibatkan perkara yang gahib, cara mendalaminya juga hendaklah melalui ruhani dan melalui rasa yang ghaib juga.


Dari ....BAB ENAM


Bagimanakah boleh dikatakan Allah itu tidak dapat dipandang, sedangkan sifat yang dipandang itu sendiri adalah juga merupakan sifat yang memandang.................


Dari....BAB TUJUH


Hakkul Yakin itu tidak sekali-kali dapat dicapai melalui banyaknya ibadah ..............ianya hanya dapat dicapai setelah melalui ilmu mengenal Diri...............


Dari .....BAB LAPAN


Ilmu Makrifat / Ilmu mengenal Diri wajib dipalajari sebelum mengucap dua kalimah syahadah, sebelum sembahyang, sebelum puasa.................


Dari......BAB SEMBILAN


Ilmu Feqah & Syariat adalah ilmu permulaan , dalam perjalanan menuju makrifat....


Dari ....BAB SEPULUH


Usuluddin ialah pendekatan ilmu Mengenal Allah melalui Sifat Allah yamh wajib...............


Bersambung..................




KAMUS SUFI anda...


KHATIR = lintasan bisikan halus / lintasan hati perkataan lain yang sama ertinya = KHATRAT
KHUSYU = seseorang yang beribadah
MAFHUM = yang difahami, maksudnya, yang diketahui
MAUJUD = sesuatu yang ada
MUAKKAD = iabadah sunat yang digalakkan hampir kepada wajib
MUBTADI = orang baru yang berazam memasuki tarikat
MUQABALAH = persamaan
MURAQABAH = mengintai – ngintai , membinasakan segala sifat kita kepada Allah , satu tahap Mengesakan Allah. Sezat / Sesifat / SaAfal / Seafal.

MAKA BERMULALAH BAB SEFER- SEFER....



KAMUS SUFI anda



KAMIL = Yang Sempurna
KAFIR HARBI = Golongan kafir yang boleh diperangi
KAFIR ZIMMI = Golongan kafir yang tidak wajib diperangi
KASYAF = Pandangan matahati yang boleh melihat yang ghaib
KHALWAT = Ibadat ditempat yang sunyi
KHAWASH = Orang yang khusus dalam golongan tasauf
KHALISH = Orang yang beramal dengan ikhlas


.....................................................................................
Nota si-fakir


Salam para pembaca yang di-Rahmati Allah.


Mulai entri ini fakir akan catatkan rencaana rencana yang diambil dari Manuskrip tulisan tangan ( jawi ) Tuan Haji Adnan Ooi Batu Bara yang bertajuk ASRARAL MAKRIFAH.


Manuskrip ini bertumpu kepada asas asas Ilmu Hakikat yang selalunya dirujuk sebagai SEFER SEFER. Barangkali ramai dari pembaca telahpun mahir dalam bab sefer ini tetapi fakir rasa masih ramai peminat baru yang mungkin memerlukannya.


Pada yang sudah mahir anggaplah ianya sebagai satu ulangkaji yang mungkin boleh membawa kepada penemuan baru.


Terimakasih dan selamat membaca,


.....................................................................................


ASRARAL MAKRIFAH
Haji Adenan Ooi Batu Bara

PENGANTAR DARI PENYALIN
Al-Fakir Abdillah Al-Gemasi



Saya ( penyalin ) telah diamanahkan oleh saorang hamba Allah yang dikenali sebagai Dato’ Pawang Hasan untuk merumikan manuskrip ini yang ditulis tangan dengan tulisan jawi. Ini adalah kerana ramai diantara kita sekarang tidak boleh membaca jawi.


Pengarang kitab ini saperti yang dicatitkan didalamnya ialah Tuan Haji Adenan Ooi dari Batu Bara, Indonesia. Risalah ini membincangkan asas asas Ilmu Hakikat.


Pada zahirnya sesuatu ilmu yang ingin dituntut itu hendaklah dengan berguru, tetapi saya berkeyakinan bahawa guru yang hakiki ialah Allah SWT itu sendiri ...Allah yang mengajar dengan Kalam.


Satelah membacanya, saya dapati risalah ini ditulis-tangan dengan tulisan jawi ejaan lama dengan nahu Bahasa Melayu lama juga. Untuk tidak mengobah keasliannya saya memilih tidak menukar bahasa yang digunakan kepada Bahasa Melayu Moden. Maka diserahkanlah kepada pembaca untuk memahaminya mengikut pemahaman yang dianugerahkan oleh Allah.


Sesungguhnya tiadalah dapat saya menyiapkan Amanah ini melainkan dengan Kudrat & IradatNya jua.


Al-Fakir Abdillah Al-Gemasi
June 2003


..................................................................................


ASRARAL MAKRIFAH
Haji Adenan Uui Batu Bara Al-Sumaterani

PENDAHULUAN

Bersabda Junjungan Rasul :


Alfikru si raa jul qalbi
Berfikir itu adalah pelita hati


Maksud Hadith ialah :-


Barangsiapa mentadbirkan dirinya dengan perhatian fikiran didalam segala hal kejadian kejadian yang dijadikan Allah SWT , nescaya nampaklah kepadanya segala keajaiban didalam hal keadaan yang berkaitan dengan punca sesuatu kejadian itu dan berlainan persediaan pula akan menampakkan pada satu pihak persamaan dan perbezaan perbezaan.


Tetapi didalam darjah darjah yang demikian itu tiadalah terupaya sesiapa jua pun mengira-ngirakan melainkan Tuhan Yang Mahasuci yang menjadikan dia. Maka semuanya itu bermasuk-masuk dan berkait-kait didalam tiap tiap amalan dan pegangan dan berlain-lain, bercerai-cerai didalam hal pendapat hingga kelihatan tiada boleh sama hati diantara dua orang.


Wahai sekalian yang telah memperhatikan bersalah-salahan yang amat banyak diantara tiap tiap saorang daripada jenis insan !!! Tidakkah ini dalil yang terang atas keadaan manusia yang nyawanya itu tidak dapat tiada didatangi oleh beberapa penyakit


Bahkan sekarang senanglah diatas kita berkata tentang kafiat belaan nyawa memelihara akan dia daripada penyakitnya dan kafiat menjadikan dia patuh dan layak menjayakan kerja kerjanya. Betapakah perjalanan itu ? Tiada ada jalan memeliharanya melainkan dengan 4 perkara iaitu :-


Pertama – membersehkan nyawa daripada waham waham yang kotor
Kedua – mensucikan nyawa dengan pengetahuan yang betul
Ketiga – diadatkan dia dengan perangai kelakuan yang mulia
Keempat – dengan iqtikad yang benar


Firman Allah :-


Wahai Insan jangan keadaan didalam mengikut-ikut barang yang tiada kamu ketahui pada perkara perkara itu sama ada perkataan atau perbuatan


Dan adapun kemudian daripada itu maka lagi akan berkata hamba yang fakir lagi miskin yang berharap kepada Rahmat Allah SWT , ALHAJI ADNAN inbi ALMARHUM ALHAJI MUHD YUSOF inbi ALMARHUM NAKHODA MUHD UUI BATU BARA AL-SUMATERANI......


Firman Allah : Maksudnya


Akulah perbendaharaan yang tersembunyi, maka kasih aku akan dikenal akan daku dan tiada aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah mereka itu akan daku.


Ertinya :-


Supaya mengenal mereka itu akan Daku : Shahdan tiada dapat mengenal Allah itu akan sebenar pengenalannya melainkan akan mengenal dirinya terlebeh dahulu


Sabda Nabi :


Barangsiapa mengenala akan dirinya maka sesungguhnya mengenal dia akan Tuhannya
Dan Sabda Nabi lagi :


Telebeh mengenal daripada kamu akan Tuhannya itu terlebeh menenal akan dirinya.


...................................................................................


BAB SATU
KETAHUILAH olehmu wahai talib,



Bahawa Allah menyuruh akan makhluknya dengan sembahyang itu atas rupa nama AHMAD ( Alif – Ha – Mim – Dal ) dan MUHAMMAD ( Mim – Ha – Mim – Dal )


Berdiri itu saperti rupa – ALIF
Rukuk itu saperti rupa – HA
Sujud itu saperti rupa – MIM
Duduk itu saperti rupa – DAL


Dan dijadikan Allah akan segala Makhluk atas rupa nama MUHAMMAD


Maka Kepala – saperti – MIM AWAL
Dan Dua Tangan – saperti – HA
Dan Perut – saperti – MIM AKHIR
Dan Dua Kaki – saperti – DAL


Kemudian menjadikan Allah akan NABI ADAM daripada 4 anasir yaitu :-


Tanah – Air – Angin – Api


Adapun asal – Tanah – daripada – Air
Adapun asal – Air – daripada – Angin
Adapun asal – Angin – daripada – Api.
Adapun asal – Api – daripada – NAZAR MUHAMMAD


Adapun Tanah itu – jadi – Daging
Adapun Air itu – jadi – Tulang
Adapun Angin – jadi – Urat
Adapun Api itu – jadi – Darah


Adapun kejadian – Tanah itu – Tubuh Badan Muhammad
Dan kejadian – Air itu – Cahaya Nur Muhammad
Dan kejadian- Angin itu – Nafas Muhammad
Dan kejadian – Api itu – Nazar Muhammad


Dan adapun kejadian – Hakikat itu – daripada Tanah = Tubuh Badan Muhammad – zikirnya YA ALLAH


Dan adapun kejadian – Syariat itu – daripada Air = Cahaya Nur Muhammad – zikirnya LA – ILAHA – ILLALLAH


Adapun kejadian – TARIQAT itu – daripada Angin = Nafas Muhammad – zikirnya ALLAH ALLAH


Adapun kejadian – MAKRIFAT itu – daripada Api = Nazar Muhammad – zikirnya = Zikir Rahsia – YA HU YA HU


Soal : Apakah d diantara zikir La Ilaha Illallah dengan zikir Allah Allah dan zikir Ya Hu dan zikir Ya Allah ?


Jawab : Adapun zikir La Ilaha Illallah itu terafdal bagi orang syariat kerana ia berdiri pada makam syak waham yaitu menyangka ada perbuatan itu bagi makhluk hingga dipujinya orang yang berbuat kebaikan dan benci ia pada orang yang berbuat jahat.


Maka syak sangka itulah yang dinafikan dengan kalimah LA ILAHA dan diisbatkan sekalian perbuatan baik dan jahat itu kepada Allah supaya hilang syak sangka yang bathil itu dan supaya lepas daripada syirik.


Adapun kalimah LA ILAHA itu isyarat kepada wujud makhluk dan kalimah ILLALLAH itu isyarat kepada wujud yang qadim dan kalimah LA ILAHA itu Kalimah Tauhid manakala ILLALLAH itu Kalimah Isbat.


Firman Allah :


Aku jadikan sangka segala makhluk itu kerana hendak mengenal akan SifatKu.


Sabda Nabi


Tiada boleh bercerai antara Nafi & Isbat, dan barangsiapa menceraikan antara keduanya maka jadilah ia kafir.


RUMUSAN 


Dan itulah yang wajib engkau nafikan kepada makhluk dan wajiblah engkau isbatkan segala sifat itu kepada Allah supaya tersimpan Sifat Ketuhanan kepada Allah jua.


Dan adalah yang mendinding kita kepada Allah itu yaitu syak sangka kita itulah sabenar-benarnya HIJAB. Sebab itulah dinafikan dengan kalimah LA ILAHA supaya hilang syak sangka yang bathil itu. Inilah mahfumnya kalimah LA ILAHA ILLALLAH.


Tamat Bab Satu = fakir

RINGKASAN KANDUNGAN KITAB TOK KENALI.....




RINGKASAN KITAB TOK KENALI..
Kasyaf Al- Haq.



Kitab ini adalah peninggalan Arwah Tok Kenali dan peninggalan Arwah Tok Selehong Kelantan yang dipelajari dari Syeikh Daud Al-Fatani yang ditinggalkan pula kepada satu-satunya murid beliau iaitu Tuan Guru Haji Mohd Yusof Cik Wook Banggol Chica , Pasir Mas, Kelantan. Kemudian diturunkan kepada anakndanya Haji Shaari Haji Mohd Yusof.


Kitab Tok Kenali ini , mengajak kita menyeberangi semapadan lautan hairan dan melewati batasan akal. Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi disebalik huruf dan ilmu yang terselindung disebalik penghujung rasa. Menyingkap tabir Rahsia Allah yang tenggelam dilautan ghaib.


Kitab Makrifat adalah pengembaraan Ilmu Kalam, menuju binasa, fana’, zuk dan pengembaraan kalam menuju ILMU RASA. Ilmu Rasa adalah ilmu penamat segala pencarian. Ilmu Rasa adalah ilmu penyuluh kalbu, yang membawa Makrifat kepada Allah SWT.


Makrifat adalah penyuluh ilmu didalam terang, seumpama mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang. Sungguhpun tidak hilang, dikejar semakin jauh, dipanggil semakin sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin ghaib , yang akhirnya lemah akal dari berkata-kata.


Peninggalan Tok Kenali ini, adalah ilmu yang mudah difaham oleh semua. Ilmu Makrifat Tok Kenali yang tidak perlu kepada guru, segala kandungan jawapannya telah jelas dan putus dengan muktamad.


Disalin dari catatan dibelakang kulit buku Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan.


Selamat membaca & selamat mencari Ilmu.




Fakirabdillah.

Khamis, 10 Jun 2010


GURU..................MURSHID ????



GURU.................



Guru jika mengajar bidang agama bertukar nama kepada USTAZ atau TUAN GURU jika tahap ilmunya diakui ramai sebagai tinggi bertaraf ulama.


Ada istilah yang senang disebut tetapi susah dimengerti iaitu GURU MURSHID. Fakir memahaminya dengan cara yang simplistik atau mudah sahaja ..iaitu guru yang boleh dipercayai bukan sahaja dalam bab mengajar atau menyampaikan ilmu tetapi yang lebih penting dalam hal membimbing sasaorang murid itu.


Pada zaman dahulu saorang pelajar itu dirujuk sebagai TALIB atau SALIK. Ada perbezaan makna antara dua perkataan ini. Si-salik selalunya merujuk kepada pelatih dalam amalan Ilmu Tarekat manakala si- Talib adalah istilah am yang merujuk kepada semua murid yang sedang belajar tanpa mengambil kira apa pun bidang ilmu yang dipelajarinya.


Begitu jugalah halnya berkaitan Ustaz dan Murshid. Ada juga perbezaan makna antara keduanya. Si-Murshid juga merupakan “ jargon “ atau bahasa khas dalam Ilmu Tarekat yang merujuk kepada sesaorang yang bukan sahaja mengajar Ilmu Tarekat tetapi menjadi pembimbing atau pemimpin sesuatu kumpulan tarekat itu.


Jadi tugas Murshid ialah memberi petunjuk dan satelah ditunjuk membimbing orang yang menerima petunjuk itu dalam mempraktikkan ilmu yang ditunjukkan kepadanya oleh pemberi petunjuk. Yang Maha memberi Petunjuk dan Maha Pembimbing ialah Allah SWT. Ini disebut sebagai TAUFIK & HIDAYAH


Didalam Ilmu Hakikat pengamal pengamalnya tidak berapa suka menggunakan istilah murid dan guru. Sasaorang yang didatangi oleh orang lain bagi maksud mempelajari Ilmu Hakikat jarang sekali suka dipanggil guru walaupun tiada keberatan untuk menyampaikan ilmunya kepada yang datang kepadanya itu. Apatah lagi jika ada yang menganggap atau memanggilnya sebagai Guru Murshid.


Bagi mereka tiada istilah yang mengajar dan yang diajar sebab mereka berkeyakinan bahawa GURU HAKIKI yang mengajar itu ialah Allah sendiri atas hujah bahawa semua ilmu ialah milik Allah dan yang demikian Allah-lah yang berhak menyampaikannya.
Ini sesuai dengan Firman Allah didalam IQRA’ dimana Allah mengistiharkan DiriNya sebagai YANG MENGAJAR DENGAN KALAM.


Proses pencarian dan penyampaian ilmu dirujuk sebagai MUZAKARAH atau perbincangan sesama sendiri dikalangan peminat peminat Ilmu Hakikat dimana Kalam Allah akan menyampaikan ilmu melalui lidah lidah makhluknya. Ini bersesuaian dengan pegangan Tauhid orang Ilmu Hakikat bahawa Yang Wujud Hanya Allah dan yang berkata-kata itu ialah Yang Bersuara itu. Lidah lidah hanya sandaran atau peralatan Allah semata-mata.


Dalam muzakarah taraf atau status ahli ahli muzakarah itu adalah sama..tiada yang dianggap tinggi daripada yang lain walaupun kita akan dapati dalam yang ramai ramai itu ada yang unggul ilmu pengetahuannya. Janganlah panggil orang itu sebagai Tuan Guru..panggil sahaja MODERATOR atau pengerusi majlis muzakarah.


Rumusannya ialah guru yang hakiki ialah Allah. Yang disarankan ialah Bergurulah Kepada Allah. Serulah Allah dan mintalah ajarannya. Anda percaya ? Jika percaya lakukanlah, jika tidak teruslah berguru dengan manusia.


Ramai berpendapat menuntut Ilmu Agama hendaklah dengan berguru. Dalam hal ini maksudnya ialah berguru dengan manusia. Jika berguru dengan buku sahaja maka dikatakan berguru dengan Syaitan. Oleh kerana tugas syaitan ialah menyesatkan manusia jadi waalupun isi buku yang dibaca itu mengenai Allah tanpa sedikitpun menyebut perkataan syaitan..maka ilmu yang diperolehi dari membca buku itu dianggap sesat kerana gurunya syaitan. Jadi dipanggillah ianya sebagai Ilmu Syaitan . Alangkah peliknya syaitan menjadi guru dan ilmu Allah bila menjadi buku menjadi milik syaitan.


Anda percaya ? Jika percaya , anda memang saorang yang JUMUD dan hiprokrit. Kenapa tidak, disekolah dahulu hingga ke universiti bukulah yang menjadi guru anda sebab orang yang mencatatkan ilmu ilmu diatas kertas kertas itu tidak mungkin berada dihadapan anda setiap waktu dan tidak mungkin berada dipelbagai tempat pada satu waktu yang sama.

ADAB SOPAN MENCEDOK ILMU..............



Tidak ada manusia tahu dan pakar dalam semua bidang ilmu. Sebab apa ..sebab dia manusia. Jadi kita terpaksa juga mencedok ilmu orang. Tidak boleh kata pinjam kerana hukum meminjam ialah kita kena memulangkannya semula dengan kos atau tanpa kos.
Sabenanya istilah yang tepat ialah mengambil ilmu orang . Fakir suka guna istilah MENCEDOK.


Adab mencedok ialah kita mesti mengakui akan pencedokan itu secara rasmi. Maksudnya kita beritahu pembaca bahawa yang ditulis itu dipetik atau diambil dari tulisan pengarang aslinya.


Ilmu yang disebarkan didalam media internet sekarang ini jika dibukukan, beribu kapal pun tidak cukup untuk di-isikan. Melalui laman blog sahaja bermacam macam ilmu disebarkan. Orang yang menyebarkan ilmu itu sudah pastilah ikhlas sebab dia yang rela tanpa dipaksa untuk menulis didalam laman blognya. Sipembaca tidak perlu membayar apa apa pun kepada yang menulis. Ini diakui dan diterima sebagai normal practices


Jika kita ingin mencedok apa yang ditulis oleh penulis dari segi adab elok sangat kita umumkan kepada pembaca kita bahawa ilmu itu diambil dari blog sianu dan sianu atau sebutkan nama penulis aslinya. Walaupun penulis tidak akan marah atas tindakan pencedokan kita itu dan tidak akan mengenakan bayaran , wajib juga kita menyatakan bahawa ilmu atau maklumat itu bukanlah maklumat atau ilmu asli kita tetapi milik sianu atau sianu itu. Ini ADAB SOPAN namanya.


Adalah salah dari segi undang dan tidak beradab dari segi moralnya mencedok ilmu dari buku yang dicetak, diterbit dan diedarkan untuk dijual kepada awam jika dilakukan tanpa izin penerbit buku tersebut. Ini adalah kerana buku itu adalah bahan jualan yang menggunakan sejumlah kos untuk diterbitkan.


Jika berani kena saman ..bolehlah cedok...jika tidak mahu kena saman, barangkali boleh guna beberapa perenggan dengan mengistiharkan sumber pengambilan. Jika kita cedok semua kandungan buku dan poskan didalam laman blog kita tanpa memabayar sedikit wang pun pada penerbit dan penulis ..ini disebut sebagai PEROMPAKAN HAK INTELEK dan boleh dikenakan tindakan undang undang.


Inilah sebenarnya yang berlegar dalam fikiran fakir kerana fakir baru diberi oleh sahabat sabuah buku yang tersangatlah bagus dan fakir nak share ilmu buku ini dengan pembaca. Oleh keran fakir tak sanggup MENCEDOK fakir tulislah rencana ini dengan NIAT ..


Sehubungan dengan itu fakir ingin mencadangkan kepada pembaca yang meminati Ilmu Hakikat supaya mencari dan membeli buku yang butirannya dinyatakan dibawah.


Dalam banyak banyak buku Ilmu Hakikat yang fakir telah baca tiada satu pun boleh menandingi buku ini dari segi isi kandungan yang menyeluruh dan dari segi bahasa mudah yang digunakan untuk memahamkan pembaca. Ilmu yang ditulis berasal dari ilmu Ulamak terkenal Malaysia ...TOK KENALI.


BUTIRAN BUKU


Tajuk Buku ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN /
KASYAF AL- HAQ


Penulis Dicatitkan Mohd Yusoff Cik Wook
Penulis Sabenar Hj Saari Hj Mohd Yusof


Penerbit LIKUR ENTERPRISE
Tanah Merah, Kelantan


Pengedar Pondok Pengajian Tasauf
No JLK 35A / 32
Kampung Jelakong Tok Samad
Jalan Gual Ipoh, Batang Merbau
17500 Tanah Merah, Kelantan


Harga RM 63.00


Rating Si-fakir 5 Stars

HAUQALAH itu adalah KENYATAAN...




Sebaik sahaja kamu dilahirkan oleh ibu kamu, ayah kamu akan mengazankan kamu jika kamu lelaki atau mengqamatkan kamu jika kamu perempuan. Kerana apa ? Kerana ini adalah amalan orang Islam. Sebab lain ? Ask your father O. K !!


Barangkali inilah caranya ayah kamu ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Tuhannya kerana mengurniakan kamu sebagai anaknya.


Akal mengatakan bahawa ketika diazankan / diqamatkan kamu memang tidak mengerti apa apa yang dilaungkan oleh ayahmu itu. Yang kamu tahu selepas keluar dari kegelapan perut ibu ialah menangis ...aaa ..aaa..iii.aaa.iii uuu.. Yang menangis itu kamu. Kenapakah kamu menangis ? Gembira atau dukacita ? I do not know ..it was you who cried, not me ....so ask youself O.K !! No no I cried too ...


Dengan cepatnya , kamu berterusan membesar, dari bayi menjadi kanak kanak dan dari kanak kanak menjadi remaja dan terus dewasa. Kamu pasti akan jadi tua ..dan pasti akan kembali ketempat asalmu ..ya dari mana kamu datang ..kesitulah kamu akan kembali . Do not beleive me ..cause you will be send to the burial ground..they call it kubur . Is that the place where we came from ?


Pendek kata dari saat awalmu dilahirkan hinggalah kehari ini kamu selalu sahaja didendangkan dengan AZAN. Kamu mesti telah belajar apa yang patut kamu lakukan ketika mendengar azan dan kamu tentunya tahu kenapakah azan itu dilaungkan atau disuarakan oleh orang yang bergelar BILAL.


Apabila bilal melafazkan kalimah azan satu persatu bibirmu bergerak mengikut lafaz lafaz azan itu melainkan satu ayat dimana kamu entah sebab apa tidak mengikut tapi menjawab dengan ayat yang lain bunyinya. Ayat ini dikatakan sebagai HAUQALAH


Lafaz yang paling penting antara kalimah kalimah azan itu barangkali ialah ucapan bilal untuk mengajak kamu sembahyang kerana kata bilal sembahyang itu ialah jalan kebahagiaan.


Kenapa pula ketika mendengar bilal mengatakan MARILAH SOLAT..MARILAH SOLAT ..kamu MENJAWAB . Apakah yang kamu jawab ? Kenapa kamu menjawab ? Kenapa tak ikut saja kalimah Marilah Sembahyang...Marilah sembahyang itu ?


Kamu menjawab ...seruan bilal itu didalam bahasa Arab. Kata kamu La Haulawala Quwwata Illa Billah .


Kalau kamu memilih untuk menjawab didalam bahasa Melayu kamu , maka bunyinya ialah : Tiada dayaku / kuasaku melainkan dengan izin & daya / kuasa Allah. Oleh kerana ketika itu kamu hendak sembahyang maka maksud kamu barangkali adalah seperti ini : Ya Allah tiada daya / kuasaku untuk menyembah engkau melainkan kau izinkan aku dan engkau berikan kepadaku daya dan kuasaMu.


Jika inilah yang kamu maksudkan dan selepas itu kamu sembahyang, maka rumusan aku engkau sudah pasti mendengar jawapan dari Allah : Yes yes i now give you permission to pray and now i give you my power and energy . Please start your prayer.


If thats your answer you must be hell of a liar. Now ia am saying that :-


Atau kamu sebenarnya tidak mendengar apa apa dan kamu tidak merasa apa apa daya atau kuasa yang diserapkan Allah ketubuhmu. Kamu sembahyang juga sejak kecil ibu bapa kamu atau guru kamu telah menyuruh kamu sembahyang kerana jikalau tidak sembahyang berdosa besar. Sembahyang itu tiang agama. Jika tidak sembahyang maka tidak bertianglah agamamu.


Jika kamu fikirkan apa yang kamu jawab tadi secara mendalam kamu akan jadi keliru. Betapa tidak ! Kamu disuruh sembahyang tetapi bila tiba waktunya iaitu bila bilal azan kamu disuruh menjawab bahawa kamu tidak ada kuas atau daya tenaga untuk sembahyang !


Kamu akan lebih keliru jika kamu jumpa Ayat Al-Quran yang mengatkan bahawa sesungguhnya sembahyang itu sungguh amat berat sekali bagi orang yang mengerti dan kamu akan jadi takut bila kamu temui ayat Al-Quran yang mencela orang yang lalai dalam sembahyangnya..Celakalah orang yang lalai dalam solatnya ..dan neraka wail-lah tempatnya.


Are you confused ? No – Yes- its ok......I was very confused too ..until God give me the answer....continue reading....


Sebenarnya kata kata Hauqalah tadi ( yang disebutkan diatas ) tidak ada mengandungi kalimah IZIN. Yang demikian tidaklah boleh kita terjemahkan kedalam bahasa Melayu sebagai DENGAN IZIN ALLAH. Yang diFirmankan oleh Allah ialah TIADA DAYA UPAYA kita MELAINKAN DAYA UPAYA ALLAH JUA.


Disini aku katakan wahai saudaraku....bahawa kata katamu tiada daya kamu melainkan dengan KUDRAT ALLAH –lah kamu boleh sembahyang ( dan buat kerja kerja lain ) adalah kata kata yang benar atau aku katakan ITULAH KENYATAANNYA.


Adakah kamu percaya ? Pasti kamu percaya kerana ianya bukan kata kata ku tetapi kata kata atau Firman Allah. Mustahil Firman Allah tidak benar.


Aku katakan kepadamu wahai saudaraku...bahawa kata kata Hauqalah iti ialah salah satu Kalimah Tauhid yang menentukan IMAN kamu terhadap Allah. Kedudukannya kedua salepas Dua Kalimah Syahadah ...Ash Hadu Alla Ilaha Illallah Wa Ash Hadu Anna Muhammadur Rasullullah.


Aku katakan juga kepadamu ...bahawa itulah sebenarnya hakikatmu sebagai Insan. Kamu tiada daya, tiada kehendak, tiada melihat, tiada mendengar, tidak mengetahui , bisu malah tidak hidup pun melainkan.....


Yang Hidup, Yang Melihat, Yang Berkata-kata, Yang berkuas,Yang Berilmu, Yang Mendengar dan Yang Berkehendak itu ialah Tuhan kamu yang menamakan DiriNya sebagai Allah.


Sekarang apa pendapatmu ? Adakah kamu akui bahawa aku berkata benar ?


Sanggupkah kamu mengatakan dan mengaku bahawa kamu tiada daya, tiada kehendak, tiada melihat, tiada mendengar, tidak mengetahui , bisu malah tidak hidup ? dan mengaku dengan sepenuh pengakuan , penuh rela tanpa sebarang paksaan bahawa :-


Yang Hidup, Yang Melihat, Yang Berkata-kata, Yang berkuas,Yang Berilmu, Yang Mendengar dan Yang Berkehendak itu ialah Tuhan kamu yang menamakan DiriNya sebagai Allah ????


Jangan saudaraku ..jangan...jangan kamu cepat terpengaruh dengan tulisanku ini jika kamu belum faham apa yang sebenarnya ..ya yang sebenarnya. Nanti hanya bibirmua yang berkata hatimu tidak bersetuju. Bibir kata lain, hati kata lain.


Bibirmu berkata Tuhanmu Berkuasa atas segala sesuatu ...tetapi kamu pandai dan cerdik, kamu berjawatan besar kerana dulu kamu rajin belajar, kamu kaya sebab perniagaan kamu menjadi oleh kerana kamu bekerja siang dan malam dan PR-mu bagus sekali ..tidak ada apa yang kamu tidak boleh selesaikan.


Jika kamu mendapat sakit yang pelik, kamu percaya pada kata kata bomoh bahawa kamu disihirkan orang. Kamu sakit kepala , kamu kata dan yakin Panadol yang sembuhkan kamu.


Bila kamu mohon tanah wakil rakyat kamu tidak mahu beri sokongan sedangkan kamu adalah orang kuatnya....kamu marah dan merajuk dan mengumpatnya.


Saudaraku...jika kamu yakin kamu berkuasa ...orang lain juga berkuasa hingga kamu berkata “ kalau aku tidak tolong dia dulu...habislah dia jatuh bankrap..celaka betul dah kaya menyombong pulak tu “


......tidakkah ini dikatakan bahawa kamu sabenarnya TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH tetapi BERIMAN KEPADA MANUSIA ?????


Jadi ingatlah bahawa HAUQALAH itu adalah KENYATAAN yang benar.

Rabu, 9 Jun 2010


UBAT MUJARAB................



UBAT YANG MUJARAB
Oleh Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti



Sabda Nabi SAW :


Didalam FATIHAH ada ubat yang menyembuhkan segala penyakit.


PENGALAMAN SUFI


Pengalaman orang orang sufi mengesahkan bahawa bacaan Fatihah dengan keyakinan dan keimanan yang penuh boleh menyembuhkan semua penyakit sama ada jasmani mahupun ruhani.


Begitu jugalah halnya pengalaman pengalaman para sahabat Baginda Rasul.


Syaitan menangis apabila Surah Fatihah diturunkan.


Sheikh Moinuddin Chisti pernah : -


Membaca Fatihah berulang kali adalah ubat mujarab untuk keperluan seseorang.

CARA CARA 



Baca Fatihah 41 kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan solat fardhu subuh.


Dalam bacaan ini ayat pertama dan kedua disambung, jangan berhenti. Dengan kata lain huruf MIM dalam kalimah NIR – RAHIM disambung dengan huruf LAM dalam kalimah ALHAM DULIL- LAHI. Selebihnya dalam surah ini dibaca seperti biasa iaitu berhenti dihujung ayat.


Jika atas sesuatu sebab pesakit tidak dapat melakukan diatas, orang lain boleh membacakan Fatihah mengikut cara diatas dan tiupkan pada air dan air itu diberi minum kepada pesakit.



BASMALAH 



Untuk menyembuhkan penyakit bacalah Basmalah 11 kali.


Dalam Basmalah itu terkandung Nama Nama Sifat Allah yang paling besar. Apa juga dan siapa juga yang coba menceroboh Kekudusan Mutlak dan Kurniaan Allah pasti akan terbakar menjadi abu.


................................................................................


Salam


Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah.


Syair Makrifah karangan Hj Adenan Ooi Batu Bara telahpun selesai di-postkan.
Fakir berharap syair syair itu dapat dihadham dan difahami oleh pembaca sekalian.


Saperti yang disebutkan terdahulu, orang orang dahulu suka bersyair dan berpantun dan sangat seni dalam menyampaikan ilmu melalui cara cara tersebut.


Berikutnya Fakir akan turunkan pantun pantun yang menyampaikan Intipati Ilmu Hakikat karangan Tuan Haji Isa bin Hussain dari Pulau Pinang. Manuskrip Pantun Makrifah ini merupakan beberapa naskah manuskrip tulisan tangan yang ada didalam simpanan Fakir. Tuan Haji Isa menamakan pantun pantunnya itu sebagai PANTUN CINTA ASYIK.


Yang demikian melalui teknologi blogging ini marilah kita manafaatkan hasil buahtangan penulis penulis lama ( yang barangkali ramai yang sudah kembali ke-Rahmatullah ) demi ilmu agama yang kita cintai...falasafah Fakir ialah ilmu yang baik harus disebarkan kepada umat Islam keseluruhannya..


Selamat membaca.

Hamba Si-fakir
Gemas , NSDK, Malaysia.



KAMUS SUFI

ALAM NASUT = suatu alam yang masih menempatkan seseorang itu sebagai manusia sebelum dia sampai kepada Alam Lahut



AQAIDUL IMAN = simpulan simpulan Iman


FARAQ = perbedaan, perceraian , pemisahan

SENANDUNG CINTA ASYIK 1



Bismillah itu besi maknikam
Kudrat Tuhan Kholiqulalam
Rahsiakan kepada Hawa & Adam
Melihat benih didalam alam


Allah Humma Solli Ala Muhammad
Dengarlah wahai segala umat
Asalnya kita daripada Nikmat
Yang terbit daripada NUR MUHAMMAD


Yang bernama embun menitik AIR RUHANI
Yang terbit daripada Kalam Besi Kursani
Kerana Zat Tajalli
Inilah asal hendak kamu ketahui


Tatkala titik itu bernama Muhammad
Lima huruf terbit daripada itu
Inilah asal lima waktu
Pada dirinya tempatnya itu


Wujud Zat asal Islam
Wujud Hayat yang keduanya
Wujud Akal ketiga bilangannya
Sehari semalam ditentukannya


Wujud Qauli kelima tentu
Yang terbit daripada maknikam itu
Dialah mengeluarkan lima waktu
Didalam diri tempatnya itu


Daripada Zat asalnya kita
Hendaklah tentukan sabenar RAHSIA
Daripada maknikam terbitlah ia.


.....bersambung.