Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Sunday, June 05, 2011

Membincang BAB SOLAT dari segi tasauf – mukadimah part 2.

Kita tengok dalam sudut tauhid yang paling teruk orang solat kerana terbiasa.


Tahukah kamu Rasulullah mula solat UMOR 40, ada orang hidup 40 tahun, 40 tahun dia solat ada orang dalam seumur hidup sekali saja solat lepas tu dia mati. Entah dia yang diterima Allah, oleh itu jangan perlekehkan orang yang tak solat,macam kita ni dah solat.kadang kadang kita suka menghukum orang, kita tenguk bacaan nya tonggang langgang tadwidnya tak betul, kena pulak kawan tu jadi iman dan kamu jadi makmun, hai macam mana budak ni boleh jadi iman ,menghabis beras betul , berkata kata pula dalam hati kamu semasa solat.jangan begitu,sesaorang itu.dah mengaji jangan melebel solat sesaorang , yang boleh menilai solat hanya Allah. Bukan manusia.kalau dah mengaji jangan tunggu pandai baru nak solat, tiada alasan untuk tidak solat kecuali 3 perkara gila ,pengsan dan tertidur , jangan dah azan tarik selimut tidur,kamu sakit pun kena solat , orang malaysia ni manja, sakit sikit dah tak nak solat, selsema sikit dah taknak solat,luka main bola pun dah tak nak solat,kupiah hilang pun dah tak nak solat,kain basuh dah tak nak solat,telekong basuh dah tak nak solat, balik kampung jalan jauh dah tak nak solat, ni orang malysia ,tak boleh tidak mesti kena solat, kalau sakit tak boleh berdiri , solat duduk,tak boleh duduk ,solat baring,tak boleh jugak pakai mata ,solat dengan mata,


Kalau duduk tak boleh,baring tak boleh,pakai mata pun tak boleh , panggil orang tolong solatkan lepas tu tanam. Ini nak kita fahamkan mustahaknya solat itu.kerana solat itu perhubungan antara kita dengan tuhan,Ini pengertian solat jugak , sebab kamu tak boleh putus dengan tuhan ,kamu sangka kamu boleh hidup tanpa tuhan.sebab solat itu bukan milik kamu ,solat itu milik Allah , dia akan beri solat itu kepada siapa yang dia nak.ada orang dia bagi awal umur 7 tahun sudah dapat ,ada orang umur 40 baru dapat,ada orang umur 70 ,80 baru dapat solat.
ada orang dia bagi solat lepas dia tarik balik , jadi malas nak solat dulu bukan main rajin solat, lepas tu dia bagi balik solat rajin balik solat,rajin lah kamu solat.


Berbagai bagai ragam manusia solat ,sebab dia rasa dia yang mengawali solat itu,kalau kita tanya ,solat kamu sempurna ke? , nak jawab sempurna tak berani, nak jawab tak sempurna pun tak berani ,kalau kita tanya apa masalah dalam solat?, merata cakap solat tak khusuk ,macam mana nak cari khusuk,tau tak khusuk tu apa ? ramai orang ingat khusuk tu , tak ingat apa apa bila kamu solat , orang lalu lalang pun tak nampak,bunyi apa bunyi pun tak dengar , itu bukan khusuk nama nya itu namanya pengsan.kalau pengsan apa jadi dengan solat , batal solat itu. Jadi kalau kamu nak khusuk kena pengsan jadi khusuk tu bukan menghayati solat .bukan apabila solat tak nampat apa apa, tak dengan apa apa, jadi faham kamu saperti dia atas sampai mati kamu tak akan jumpa khusuk , tapi khusuk tu ada ,memang ada,memang ia dituntut. Ada 5 perkara yang nabi tuntut kalau kamu baca hadis , hadis tentan solat ni memang banyak .Rasulullah kata yang pertama wuduk ,rukuk, sujud ,khusuk dan tomaninah.yang kamu nak satu saja khusuk,kamu sangka kamu dah tahu wuduk,kamu sangka kamu dah tahu rukuk ,kamu sangka kamu dah tahu tomaninah .
Saya cerita bab khusuk dulu, semasa rasullullah solat semasa sujud cucu dia datang panjat atas belakang,selepas bangkit dari sujud Rasulullah ambil cucunya dukung tapi Rasulullah dalm solat lagi tu,
Kalau kita solat anak datang kita marah kat isteri kerana anak datng kacau nanti tak khusuk solat. macam mana,Rasulullah solat cucu dia panjat sana panjat sini boleh tak konsentrasi…tak boleh.tapi rasulullah solat khusuk tak ?. khusuk ,habis macam mana . apa khusuk sebenarnya.dapat dinyatakan khusuk itu bukanlah konsentrasi. pada satu masa rasulullah jadi iman pada awalnya rasullullah solat macam biasa ditengah tengan solat Rasulullah mempercepatkan solatnya dan selesai solat jemaah yang jadi makmun tanya Rasulullah ,kenapa laju solat hari ni ,Rasulullah jawab semasa solat tadi saya mendengar budak menangis dibelakang , Rasulullah mempercepatkan solatnya .supaya ibu kepada budak itu dapat memeberi susu kepada anaknya. Macam mana, nak konsentrasi mesti dengar juga.Rasulullah solat khusuk tak , khusuk,jadi apa dia khusuk itu yang jelasnya khusuk itu bukan konsentrasi , orang yang salah faham.Nabi kata solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusuk,siapa jumpa khusuk solat seringan ringan solat . solat ringan tak lah kita solat nak itu nak ini ,kadang kadang terlintas di hati apa lah susah sangat jadi orang islam ni . kita jelus dengan ugama lain, ada tak kita jelus dengan ugama lain , ugama lain tak pun kena bangun pagi , kita orang islam kena bangun pagi .kadang kadang kita terusik jugak. Kenapa kita terusik kerana kita tak faham solat tu kita rasa solat tu beban.menyampah lah ugama islam ni kena puasa la kena solat la , ugama lain tak solat pun tak apa,ini yang kita tak nak, ada orang orang pulak suka solat bila air mata banyak jatuh basah karpet,lepas dia rasa seronok solat kerana boyfriend tinggalkan dia , itu solat kerana boyfriend.menangis boleh menangis, tapi pastikan kita menangis kerana apa,sebab solat itu khusus antara kamu dengan tuhan ,boyfriend ke , girlfriend ke tak ada kena mengena. Khusus ada 3 . Allah dan kedua mak bapa kamu. Sebab kamu solat tempiasnya dapat kat mak bapak kamu.tak kira mak bapak kamu orang islam ke atau bukan islam ke solat tetap sampai kepadanya. Sebab itu beruntunglah orang ada anak yang solat.itu diantara rahsia dan keberkatan keberkatan dalam solat.Solat tu juga menunjukkan orang itu sentiasa mengingati tuhan.orang solat sentiasa ingat tuhan.orang yang solat ,orang yang solat dipelihara tuhan.orang yang solat ni tuhan sendiri yang menjaganya.


Sesungguh solat itu mencegah perkara keji dan mungkar.kalau kita lihat diri kita ,kita solat tak , kita solat ,tapi masih lagi kita buat perkara mungkar , bermakna kita belum solat lagi.Jika kamu terlepas dari berbuat segala kemungkaran kemungkaran bermakna kamu adalah orang yang solat.


Wallahhu’alam.