Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Thursday, June 09, 2011

ADAM,ALLAH DAN MUHAMMAD TIDAK BERCERAI SATU ANALISA

6.ADAM,ALLAH DAN MUHAMMAD TIDAK BERCERAI SATU ANALISA

Adam adalah seorang manusia yang di cipta oleh Allah s.w.t, yang dimaksudkan manusia itu ialah apabila Rohani itu sudah memiliki jasad (manus adalah jasmani sementara ia ialah Rohani) jika ada jasmani tanpa Rohani maka ia bukan manusia, demikian juga jika Rohani tanpa jasmani maka ia bukan manusia, maka yang di maksudkan manusia itu adalah zuriat daripada Adam sebagaimana firman Allah menyatakan:

ولقد كرمنا بنى ادم وحملنا هم فل البرى والبحر ورزقنا هم من الطيبات وفضلنا هم على كثير ممن خلقنا تفضيلا

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan Bani Adam, dan Kami angkat mereka di darat dan juga di laut dan Kami beri rezeki yang baik, dan sesungguhnya Kami lebihkan mereka dari kebanyakan (makhluk) yang telah Kami jadikan sebenar-benar kelebihan ( Al Israk 70)

Di atas pemberian Allah kepada bani Adam gelaran sebagai makhluk yang di muliakan maka manusia menjadi makhluk yang terpuji dan mulia, dan makhluk terpuji itu adalah bernama Muhammad, kerana Muhammad itu bermaksud terpuji, dan yang terpuji itu adalah yang sebaik-baik kejadian seperti mana firman Allah menyatakan:

لقد خلقنا الأنسان فى احسن تقويم

Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian ( At Tin 4 )

Ayat yang di atas menerangkan bahawa insan itu adalah sebaik-baik kejadian, sementara Allah pula beserta dengan Insan tersebut sebagaimana firman Allah menyatakan:

وهو معكم اينما كنتم

Maksudnya: Dan Allah beserta kamu di mana juga kamu berada ( Al Hadid 4 )

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Allah tetap bersama manusia di mana juga manusia itu berada, ertinya manusia dan Allah tidak bercerai, ertinya Adam dan Allah tidak mungkin bercerai, jika demikian mengapa Azazil dapat menyesatkan Adam dan isterinya Siti Hawa ? Di sinilah timbul persoalan dan keraguan yang akhirnya melahirkan ilmu yang lebih khusus tentang istilah di antara Muhammad dan Allah itu, logiknya syaitan tidak boleh menggelincirkan Adam jika Allah beserta manusia (Adam)


Di sebabkan manusia itu ada kelebihan maka kelebihan tersebut pula di katakan melahirkan suatu ilmu yang lebih khusus kerana masalah Adam dapat di sesatkan oleh syaitan walaupun Adam beserta Allah, jadi apakah ilmu yang lebih khusus itu suatu yang dapat di capai oleh manusia, kerana itu untuk menyelesaikannya mari kita tinjau dalam bentuk soal jawab

Soalan:

Dimanakah letaknya kelebihan manusia jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang lain ?

Jawapan:

Kelebihan di antara manusia dan makhluk terletak pada lembaga akal manusia kerana lembaga akallah maka manusia itu di kenali sebagai manusia, jika manusia tiada lembaga akal maka manusia itu setaraf dengan haiwan dan syaitan

Soalan:

Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian dan mengapa ada di antara manusia itu berperangai syaitan dan haiwan ?

Jawapan:

Manusia berperangai syaitan dan haiwan kerana adanya hawa kepada nafsu tersebut dan ia adalah suatu fitrah daripada Allah s.w.t

Soalan:

Jika demikian manusia yang dikatakan sempurna itu adalah sesuatu yang tidak mutlak ?

Jawapan :

Untuk mendapatkan jawapannya maka kita kena faham siapa yang di maksudkan Insan yang mulia tersebut, adapun yang di maksudkan Insan yang sempurna kejadian tersebut ialah diri sebenar diri manusia yang di kenali sebagai Insan atau nyawa atau nafas atau Nur Muhammad naka dialah yang sempurna kerana itulah diri manusia terbahagi kepada empat istilah iaitu diri terdiri (jasmani) Diri terperi iaitu Ruhul Yaqazah yang terdiri dari roh, Akal dan nafsu, sementara nafas atau nyawa kita di namakan diri sebenar diri, maka diri inilah yang di katakan Insan yang sempurna itu sementara diri tajalli ialah sifat Kamal yang tidak bercerai dengan Insan tersebut

Soalan:

Siapakah yang sebenar diri Tajalli tersebut ?

Jawapan:

Diri Tajalli tersebut adalah Tuhan Yang Maha Esa yang menggerakkan manusia zahir dan batin yang bersifat Qadirun,Maridun,Alimun dan Hayyun

Soalan:

Mengapakah Allah tidak selamatkan Adam dari gangguan syaitan ?

Jawapan:

Allah wajib bersikap adil terhadap permintaan syaitan yang hendak menyesatkan Adam kerana syaitanpun makhluk Allah juga walaupun dia di rejam oleh Allah, atas permohonan syaitan tersebut Allah izinkan syaitan menggelincirkan Adam (manusia) akan tetapi Allah kurniakan Al Quran kepada manusia sebagai senjata melawan syaitan itu dan terpulanglah kepada manusia.


postedby:nizamullah