Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Saturday, June 11, 2011

PENYAMPAI.............Ruh Ke Ruh


Salam para pembaca yang budiman.


Berikut fakir catatkan beberapa AMALAN khazanah lama yang fakir petik dari beberapa manuskrip termasuk manuskrip Tok Peramu ini. Penulis manuskrip memberi Ijazah Umum kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk mengamalkannya.


PENYAMPAI.............Ruh Ke Ruh


Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim Ya Ruhi ......( nama orang yang ditujukan )

Aku tahu asal usulmu ...
Tatkala dalam tubuh tuhan DI namanya engkau
Ditatang malaikat 44 dan
Kembali ketubuh Tuhan WADI namanya engkau
Dikandung bapa 9 hari MANI namanya engkau
Dikandung ibu sembilan bulan ..MA’NIKAM namanya engkau

Lahir kedunia
Yasin namanya engkau ( jika lelaki )
Siti Terjelan namanya engkau ( jika perempuan )

.....dari manuskrip Tok Pawang Johol.


SELAWAT DIRI.....


Amalkan 70 kali sebelum tidur selama 7 hari berturut – turut . Elok juga dibaca setiap hari bila teringat..


Bacaannya..........


Allah Hum Ma Salla Ruhi Fil Arwahi Fil Jasadi Fil Ajsaadi Fil Kab Rihi Fil Kabrii


Hadiahkan bacaan FATIHAH sebelum tidur kepada ....
Kedua ruh ibu bapa, Rasullullah, Para Nabi, Pari Wali dan DIRI kita sendiri.

.....dari manuskrip Abang Dolku.

KASIH MAKRIFAT...............Ketika Berkasih Sayang ?????


DI – WADI – MANI – MA’NIKAM
Bukan aku yang punya tikam...
Allah Muhammad yang punya tikam.
Aku yang menikamkan kepintu hawa....( sebutkan nama sihawa tu )
Yang tujuh beradik...
Asiah dikanan....
Halijah dikiri....
Maimunah dihadapan...
Salamah dibelakang...
Kabul berkat Allah Allah Hu Hu ..


KASIH MAKRIFAT 2....


Baca dalam penafasan ( tarik nafas – tahan & lepas perlahan makrifatkan ke arah sianu..

Ya Allah Ya Rasullullah
Hai telaga hawa Fatimah namanya engkau ( sianu sebutkan nama )
Ya Allah Ya Rasullullah Muhammad namanya aku..
Alif namanya tempat jadi..
Kabul allah kabul Muhammad Kabul baginda Rasullullah kabul berkat Allah Allah Allah


SANDARAN FATIHAH............

Bacalah setiap hari apabila sahaja bangun dari tidur...


Alhamdulillah ....akan ibuku Ya Allah Ya Rasullullah
Rab Bul Alamin ....akan sarungku Ya Allah Ya Rasullullah
Ar Rahman ....akan uratku Ya Allah Ya Rasullullah
Ar Rahim .....akan dagingku Ya Allah Ya Rasullullah
Malikiyau middin ...akan darahku Ya Allah Ya Rasullullah
Iyya Kanaq Budu...akan tulangku Ya Allah Ya Rasullullah
Wa iyya kanash taa in ..akan otakku Ya Allah Ya Rasullullah
Ih dina sh....siratul mustaqim ..akan hidupku Ya Allah Ya Rasullullah
Siraa tal laazi ...akan hatiku Ya Allah Ya Rasullullah
Na an am taa alai him ...akan rupakau Ya Allah Ya Rasullullah
Ghairil magh du ...akan ilmu taufikku Ya Allah Ya Rasullullah
Wa lad dhallin ...sebenar benar taufikku Ya Allah Ya Rasullullah


Assalamualaikum Ya Jibrael dihadapanku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Mikail dibelakangku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Izrael dikananku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Izrafil dikiriku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Malaikat Yang Empat memagarkan aku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Malaikat Kiraman dikananku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Katibin dikiriku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Raqib dihadapanku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Muqarribin dibelakangku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah

Sekaliannnya berkata Aku memakai SANDARAN FATIHAH didalam Kalimah La Ila Ha Illallah Muhammadur Rasullullah.


MENCUCI DIRI / BERSUCI DIRI SENDIRI.............


Mandiku mandi kalam didalam kandil Allah
Perigi yang keruh sekali yang harum tinggal iman cahaya Allah
La Ilaha Illallah Muhammadur rasullullah


Ruh mandi Insan mandi
Ruh mandi pintu langit
Insan mandi pintu Kaabah
Aku mandi Cahaya Muhammad
Berkat La Ilaha Illallah Muhammadur rasullullah


Airku Air Al-hayat
Air Yang Hidup tiada mati
Air titik asalku jadi
..SIRR ALLAH namanya
Temuni Sirr aku Allah namanya
Allah terdiri Muhammad duduk

Aku mensuci Zat dan mencuci Sifat Fardhu atasku kerana Allah

DOA AMALAN KETIKA HENDAK TIDUR


Sahadat 3 kali
Fatihah sekali
Selawat 7 kali

Berdoalah kepada Allah saperti berikut :-


Ya Allah Ya Rasullullah . Tunjukkanlah aku akan Jalan Yang Benar dan janganlah matikan aku sebelum dapat Jalan Yang Sebenar-benarnya.

PENDINDING DIRI HAKIKI


HAQ ada didalam Haq
HU ada didalam Hu
Aku ada didalam HU
Mim ada didalam Mim
Aku ada didalam Mim
MIM HU ALLAH


SANDARAN SAHADAH


Ash Hadu Alla Ila Ha Illallah = Tubuhku tubuh Muhammad
Wa ash Hadu annna muhammadar rasulalullah = Tubuh Muhammad terpulang kepada menjadikan aku

La Ilaha Illlah Muhammdur rasulullah
Sifat Allah sifat aku sifat aku didalam kalimah Allah Allah Muhammad Rasulullah.



Sekian .....jika ada fakir tambah lagi. Betulkan ejaan sbb ditaip laju dan tak diedit Salam dari fakirabdillah algemasi

SEMBANG KOSONG - Ada ke isinya ?

 Posted by alfakirabdillah algemasi on January 15, 2011 at 12:51 AMComments comments (0)
Salam para pembaca yang budiman. Semuga sentiasa di Rahmati Allah SWT


Hari ini hari sabtu. Hari cuti. Sebenarnya fakir sentiasa bercuti, maklumlahdah pencen, dah lama pencen dah , pencen kerajaan. Kerja fakir dulu kerja pelik juga. Fakir dipencenkan ketika berumur 36 tahun sekarang dah tua dah sudah 59 tahun ikut kiraan tahun Masehi. Jika ikut kiraanTahun Hijrah agaknya dah lebih 63 tahun kot ? Lebih 20 tahun dah kata orang fakir MAKAN PENCEN.


Pagi ini fakir meneruskan sembang maya dengan saorang anak muda yang sudi menceritakan pengalaman kerohaniannya. Saorang anak muda yang bertuah. Fakir dah pun postkan jawapan kepada e-mailnya. Ianya merupakan SEMBANG SEMBANG kosong antara2 hamba Allah bercerita tentang Allah jua. Kira zikirlah tu sebab zikir itu bukankah maksudnya Mengingati Allah. Jika kita bercerita tentang Allah mustahil kita lupa kat DIA ya tak ?


Ikutilah sembang sembang kosong itu saperti dicatatkan dibawah :-


Salam takzim,

sifakir dari gemas.

............................................................................

Saorang hamba Allah ...dalam perjalanan MENCARI DIRI-nya menulis...


(Kadang kadang saya terfikir sekiranyalah BENAR kata kata IBNU ARABIbahawa YANG WUJUD HANYA ALLAH - maka saya pun ALLAH juga ) ( kalaulah saya ditakdirkan masuk Neraka dan dibakar dengan API NERAKA ) maka saya KENALAH bertanya :-


kalu dok kena bakar api neraka sapa yg sakit?? aku ke Allah..???
Pening ( kepala ) bila difikirkan.. nanti malam2 saya cuba "on" minta GURU bagi ilham.


Saorang hamba Allah yang lain mulalah berlagak menjadi USTAZ katanya wahai saudaraku tidakkah kamu pernah dengar / baca FirmanNya dimana DIA berfirman :-

DIA Allah membiarkan dua lautan mengalir danbertemu diantaranya ada BATAS / sempadan -

Batas ini sangat nipis..entah berapa mikron agaknya ) ...apakah batas itu ?? hapuskan batas itu....barulah dua lautan menjadi SATU dan menjadi LAUTAN SEBENARNYA


Si –ustaz terus menulis ( macam dia ni  BAGUS je , macam PANDAI je – ustaz tu macam terdengar komen aku )


Dia terus berkata ..yang pandai itu bukan akulah brader.. tapi GURU aku..yaitu AKU ..peliklah kata ustaz ni ..cakap macam orang SEWEL je bukanaku tetapi AKU juga )


Salam tuan,( kata ustaz cabuk tu kepada sihamba Allah )


Dalam bab saperti ayat tuan diataslah selalu menyebabkan orang tergelincir...sebab tabir pemisah dua lautan yang mengalir itu terlalulah nipis umpama buih sabun.


Ramai yang keliru hingga ramai juga yang mengaku dia Allah dan menjadikan Ilmu Hakikat inisebagai satu ilmu yang bukan sahaja sesat tetapi ilmu gila pada orang yang tidak memahaminya. Maka jadilah Ilmu Hakikat ini bahan senda gurau orang.


Contohnya ialah mengaku diri Tuhan adalah kerja paling gila dan pembohongan tahap maksima dan kesesatan paling nyata. Itulah awal awal lagi saya sudah sebutkan perbezaan antara MANUSIA dan INSAN....


Insan itu bukan manusia dan manusia itu bukan insan TAPI akhirnya tuan akan tahu juga bahawa Manusia itulah Insan dan Insan itulah Manusia. ..ya AKHIRNYA bukan sekarang ini .( Peliklah orang inicakap berbelit belit dan merapu tidak tentu arah pulak - kalau bercakap biarlah dengan cara yang mudah supaya orang senang faham )


Manusia itu tetap manusia MUSTAHIL Tuhan. Keupayaan manusia itu amatlah terbatas..sangat minimal ..keupayaan INSAN ( pada kamu sekarang ini ) juga kelihatan amat minimal jika ianya masih dibalut oleh lapisan lapisan asalnya... HAPUSKAN BALUTAN2 itu.


Dalam keadaan sebegini keupayaan yg ditunjuk oleh INSAN hanyalah bertahap SIFAT MAANI hingga ramai pelajar ( termasuk aku = ustaz cabuk tu ) SAKIT kepala untuk JUSTIFY kenyataan Allah ...yang mengistiharkan bahawa Insan itu ialah MAKHLUK paling sempurna dijadikanNYA....( lebih sempurna dari Malaikat & Iblis )


Sempurna apa ?? aku terkial - kial untuk dapat hidup mewah..disana sini banyak sangat perkara negatif berlaku dsb dsb..yang menunjukkan keupayaan minimal manusia dan insan yang menggerakkannya...tetapi IMAN ( aku ) berkata ...tak kan Tuhanku Allah SWT berbohong ...cuma aku yang tidak tahu ..( Maha Suci Allah dari berbohong ..engkau itu memang bodoh dan sombong ).


( Ustaz cabuk itu terus berkata kepada sihamba Allah itu )


Dalam bab ini saya PENING hampir sebulan mencari jawapan...ketika itu saya rasa kira terror juga RASA macam boleh MAMPU mencari jawapan....tapia khirnya balik ke pangkal jalan..juga ..kena serah ke guru sejati semula....


Badan melalui otak amat terhad keupayaannya...dah tu selalu pulak komplen ...aduhai macam nak pecah kepala aku memikirkannya...macam nak pecah je ..belum pecah lagi....dan masaalah tak juga terpecahkan oleh otak badan


Sehinggalah GURU berkata engkau pergilah duduk kat belakang rumah engkau tu semasa DINIHARI ....Sayapun pergi kebelakang rumah ..duduk ..kat kerusi malas ...mula mula nak berlatih...tafakur cara bagindo muchtar..guru kata ..tak payah..gi masuk rumah semula ..lampu terpasang tu ..kipas berpusing...offkan switch..letrik mahal..nape cuai !!!!!...

aduhai cerewetlah guru ni..yang bayar bil aku ..bukan engkau ...kata otak badan...guru kata...alahai ..sombong lagi..kamu wahai otak itulah pasal engkau perlukan AKU.


Guru kata kepada otak ...ok ..ok BERHENTILAH berhujah ..sekarang kau mulai bekerja semula ..aku tadi kata pasal LETRIK .sekarang ..kau arahkan mata kau ..pandang DAWAI LETRIK tu...dah sebulan kau PENING..jawapannya mudah sekali...ada kat dawai letrik itu dan ada di semua perkakas letrik didalam rumah engkau ini


Disitu ( dawai dan kelengkapan letrik ) ada SIFAT MAKNUYAH AKU ....sifat aku banyak...bukan 20 shj..tapi kau kan LEMAH cukuplah tahu 20..kat engkau ada ..7 + 6 ....yang ada kat dawai tu 7 + 1 lagi....yakni SIFATMAHA...Maha Melihat...Maha Mendengar..Maha Berkuasa dsb dsb......


Peliklah engkau wahai guruku engkau kata ada 20 sifat yang wajib aku tahu ..bila aku campurkan pada aku ada 7 + 6 jadi 13 pada dawai letrik ada 7 +1 jadi 8 ..campur semua jadi 21 bukan 20. Wahai guru .....matematik mudah pun engkau tak dapat selesaikankan dengan betul.

Mana boleh guru salah..akulah yang salah agaknya ...ok ok 21 pun  21 lah Ustaz cabuk malas berhujah lagi dia terus berkata....


Berkaitan dengan ini tuan carilah sambungannya dalam blog fakirabdillah...Pengantar Ilmu Hakikat ....disitu ada sambungan dan jawapannya


Seterusnya ustaz bertukar tajuk ...dia berkata..
.

Balik kepada ayat tuan .....siapa yang berasa sakit bila dibakar api nerakata ....Saya rasa yang berasa sakit itu cuma jasad ....sedangkan yang kembali kepada Allah itu ialah Nyawa yakni Zat.


Saya rasa Zat tidak berasa panas jika dibakar sebab dia ZAT nak bakar cam mana...yang boleh dibakar ialah OBJEK . Objek ialah benda benda yang ada SEMPADAN ...Zat itu Maha Meliputi ..mana ada sempadan ...dan ianya adalah SATU YANG ESA ...zat  yang menaip ini yakni pada saya Zat saya  ( nyawa saya ) adalah Zat yang sama yang akan membaca tulisan ini ( zat tuan )


Ia umpama air teh dalam tea pot / teko yang dituangkan kedalam pelbagai cawan...jadi kalaulah boleh dibakar zat saya ..zat tuan pun akan sama turut terbakar....zat  yang meliputi semua makhluk juga akan ikut terbakar dan hangus bersama. Jadi apa lagi yangtinggal......??????


Perlu juga kita fikirkan tentang DEFINASI..perkataan BAKAR itu. Adakah PEMBAKARAN api Neraka sama dengan apa yang kita faham dan lihat didunia ini ...macam kita bakar kayu lemang tu ? atau maksudnya lain ?? Hanya Allah yang tahu. Selalunya apa yang Allah dok kata kena ditafsirkan...dan berbentuk perumpamaan....Yang mampu beri tafsiran ialah orang yang tahu bertaraf pandai bergelar ULAMAK.


Pada saya PRIORITY kita ialah ...perkara yang paling hampir pada / dengan kita..yakni MATI. Yang paling hampir pada MATI ialah TEMUDUGA malaikat diliang lahad.


Kalau badan tak boleh jawab ..aduhai teruklah kena belasah. Hukum akal dok kata ..mesti tak boleh jawab punya..benda dah mati ....tak kan boleh menjawab...tadi semasa dikafankan...dia tak jawab apa pun...AMAT PELIK bila malaikat tanya dia boleh DENGAR dan MENJAWAB pulak...


Lebai besar yang baca TALQIN tu macam confirm ya YAKIN saudara dia kat liang lahad tu BODOH sangat...soalan mudah UPSR pun tak boleh jawab..tulah sebab Lebai Besar tu bagi TUITION. Kok dah bagi tuition masih tak bolehjawab ...padan mukalah engkau kena BELASAH.....


Kita kenalah TUITION bab nak menjawab TEMUDUGA malaikat ni..masa kita masih belum menjadi BANGKAI.....masa GURU masih lagi nak jadi GURU...semasa Guru masih bersama sama kita. Bila Guru dah pergi baru nak tanya..dah terlewatlah tu..


Guru tu kalau dia dah pergi ..dia dah tak mahu balik lagi dah sebab dia bukan pergi dia KEMBALI atau PULANG. Dah lama dia nak pulang dah tapi MAHAGURU kata belum lagi. Engkau kenalah tunai AMANAH AKU. Guru kalau dah KEMBALI kepada MAHAGURU...kita yang tinggal pasti akan HANCUR. Jadi janganlah berlengah untuk bertanya !!!!


Guru ni kalau dia sayang kat kita barulah dia nak mengajar ...kalau dia menyampah ...dia buat DEK je...jadi kita kenalah selalu BODEK guru tu....sampai DIA sentiasa berkata..engkau sebenarnya bukan MURIDKU...engkau itu SIFATKU yaitu AKU...Aku itu Engkau...Engkau ituAku....Aku Engkau ..Engkau ..Aku. yaitu DIA.

Jadi aku = engkau. Aku =Dia. Akhirnya mengikut formula algebra a=b. b = c t herefore a ialah c.


Kan guru selalu SEBUT ..INNI ANA ZATULHAQ INNALLAH ....kita kenalah jawabdengan ...INNI ANA SIFATUL HAQ...siapa Sifatul Haq.??..Guru kata..INNALLAH. Jadi selalulah engkau katakan : INNI ANA SIFATULHAQINNALLAH. Inilah Aku SIFAT kepada HAQ yaitu Allah


Kita pun selalu DOAKAN guru...kita kata Salam Sejahtera wahai PENYAMPAI ( Nabi = Naba" = Rasul = Penyampai= Guru ) Semuga Dirahmati Dan Diberkati Allah .

Guru menjawab dengan jawapan PELIK:Guru kata Salam Sejahtera Wahai AKU ( Ana ) Aku itu Engkau , Engkau itu Aku.Aku adalah Hamba Yang Soleh...Marilah kita bersatu semula sebab kita sebenarnya adalah SATU . Marilah kita istiharkan pengakuan kita yakni YANG WUJUD HANYA AKU Namaku ALLAH....


Salam Takzim bro.......................hanya sembang sembang kosong dipagi sabtu.Luv u all

DARI ... Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU - ENTRI KEEMPAT ( 4 )

 Posted by alfakirabdillah algemasi on January 14, 2011 at 6:12 AMComments comments (0)
ALHAMDU  ( Alif–Lam- Ha -Mim -Dal )

Saudara pembaca yang budiman,

Mengikut penceritaan kalimah ALHAMDU ialah kalimah pertama yang disuarakan oleh manusia yakni Nabi Adam a.s yang bermaksud SegalaPuji milik Allah.Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang adaditangan fakir yang tidak membicarakan kalimah ALHAMDU ini. Masing masingmemberi tafsiran tersendiri secara panjang lebar.

Melalui ENTRI kali ini fakir sampaikan penjelasan penulis manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU berkaitan kalimah ALHAMDU ini.

........................................................................................

ALHAMDU .....( Alif – Lam – Ha – Mim - Dal )

ALIF

Huruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani. Sahabatnya Abu Bakar & Fatimah Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan dua mertabat yakni MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya dibawah susu kiri .Keluar cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH

LAM

Huruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar dari huruf Lam itu empat rakaat keranaTAJALLI Tuhan WUJUD – ILMU – NUR – SUHUD. Istananya pada HATI di lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada kita ialah HIDUNG & MATA

HA

Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malaikatnya MIKAIL. Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari huruf HA ini empat rakaat  yakni API– AIR – ANGIn – TANAH. Istananya pada LIMPA – Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA.

MIM

Huruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM. Malaikatnya ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU –PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada kita ialah MATA ( Cahayanya )

DAL

Huruf DAL itu waktu ISYA’ Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU HITAM. Malaikatnya IZRAFIL. Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4rakaat kerana Tajalli Tuhan DI – WADI – MANI – MA’NIKAM. Istananya HEMPEDU dari bawah lidah hingga ke telinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI.

Nota Fakir :-

Saudara pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan penjelasan diatas kerana fakir tidak faham.

Barangkali mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada kaitan dengan kalimah ALHAMDU ini kerana Allah jua.

Bagi saudara pembaca yang ada mempelajari perkara ini eloklah beri penjelasan melalui Ruangan KOMEN Entri ini untuk pemahaman mereka mereka yang tidak faham termasuk fakir . Tq.

TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH

ZIKIR QALBI

Dua jari bawah susu kiri  = QALBI = HATI

ZIKIR RUH

Dua jari bawah susu kanan = RUH = NYAWA

ZIKIR SIRR

Dua jari bawah susu kiri = SIRR = RAHSIA

ZIKIR KHOFI

Dua jari atas susu kanan = KHOFI = TERSEMBUNYI



ZIKIR AKHFA

Ditengah dada = AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI

ZIKIR NAFAS

Antara 2 kening meliputi sekalian kepala

ZIKIR KHALIAH

Di ubun ubun meliputi sekalian jasad

Bersambung.........................20 SIFAT DIDALAMDIRI