Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Tuesday, June 28, 2011

Disebalik Nama Muhammad

Disebalik Nama Muhammad SAW



Entah apakah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan saja, bahawa ada fakta menarik di abjad/huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:

1. Nama Muhammad

Jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim kha mim kha dal, maka akan menjadi sebuah seketsa seorang manusia. Sudah sedia maklum bahawa sebaik-baik mahluk / ciptaan yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah manusia dengan kelebihan akal mereka, sementara mahluk lain hanyalah haiwan dan planet-planet yang penuh rahsia.



2. Nama Ahmad

Jika kita amati satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan susuk tubuh orang yang sedang melakukan solat, tahukah kita bahwa solat merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

Ahmad Terpisah :


3. Nama Muhammad

Jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk seperti manusia yang sedang sujud dalam solat. Sewaktu solat sujud merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan seluruhnya kepada Sang Pencipta. 


Betapa rahsia Tuhan sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahsia-rahsia lain disebalik susuk tubuh, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati 'Habibullah : Muhammad sallallahu alaihi wasallam'.




Sumber :
danish56.blogspot.com