Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Saturday, June 11, 2011

ILMU HAKIKAT TIDAK SESAT DAN MENYESATKAN.......

ILMU HAKIKAT TIDAK SESAT & MENYESATKAN...........................


TASAUF : ANTARA SYARIAT – HAKIKAT & TAREKAT
Dipetik dari YAYASAN SOFA, REMBAU NSDK.



Saudara pembaca yang budiman.


Diawal laman ini ketika membincangkan Sejarah Perkembangan Ilmu Tasauf, Fakir telah menjelaskan bahawa terdapat pertelingkahan yang berpanjangan dan berterusan antara Aliran Feqah & Aliran Tasauf.


Menurut Prof Dr Abu bakar Aceh pertelingkahan ini berlaku akibat kedua-dua aliran ini berjalan mengikut jalan masing masing hingga menimbulkan jurang yang terus melebar dan semakin jauh terpisah.


Hingga kehari ini terutamanya di Malaysia dimana Ilmu Agama dan penyebarannya dikawal ketat oleh Pihak Yang Berkuasa Agama, terdapat ramai umat Islam yang juga terdiri dari ulamak ulamak terkenal yang berkelulusan tinggi memandang Ilmu Tasauf khasnya Ilmu Tarekat & Ilmu Hakikat sebagai Ilmu Yang Sesat & Amat Menyesatkan.


Membincangkan Ilmu Ketuhanan dilarang sama sekali. Apatah lagi menyebarkannya. Akibatnya tidak ada satu surau atau masjid dibenarkan menjadi tempat untuk mengajar Ilmu Tasauf yang merangkumi Ilmu Tarekat & Ilmu Hakikat. Surau dan Masjid hanya dijadikan tempat belajar , mengajar dan beramal Ilmu Syariat & Ilmu Hukum Hakam iaitu Ilmu Feqah.
Dimanakah seorang yang berminat mempelajari Ilmu Tareqat & Ilmu Hakikat boleh belajar jika semua institusi agama diharamkan dari mengajar ilmu ini ?
Maka ramailah yang belajar secara mencuri – curi atau secra haram.


Barangkali berlandaskan perkara diatas, PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA yang berpusat di Rembau, Negeri Sembilan telah menulis rencana hasil penyelidikannya yang disiarkan di Akhbar Utusan Malaysia pada 1hb Jun i2010.


Kata para penyelidik SOFA :-


Tarekat cuba dimomokkan oleh setengah pihak – seolaholah SEMUA TAREKAT SUFI itu adalah SESAT dan MENYESATKAN.


Ada buku dinegara kita yang menyenaraikan nama tarekat tarekat arus perdana, menyatakan dengan berani bahawa semua tarekat itu mengandungi kesesatan.


Pada Fakir , penerimaan pemahaman bahawa Ilmu Hakikat & Ilmu Tarekat itu TIDAK SALAH dan sememangnya Ilmu Yang Benar Tidak Sesat , Tidak Menyesatkan dan Tidak Dimurkai Allah – ADALAH AMAT AMAT PENTING untuk bukan sahaja diterima oleh masyarakat muslim tetapi juga untuk diperakui oleh Pihak Berkuasa Agama Islam khasnya di Malaysia.


Berikut Fakir turunkan melalui entri kali ini intipati intipati Rencana Penyelidikan Yayasan Sofa bagi bacaan mereka mereka yang berpendapat bahawa mempelajari Ilmu Hakikat & Ilmu Tarekat itu sesat & menyesatkan.


....................................................................................


1 Istilah Hakikat telahpun digunakan untuk merujuk kepada TAHAP KEIMANAN YANG TINGGI yang dicapai oleh seorang yang benar benar beriman


2 Syariat sebagai asas, manakala Tarekat adalah wasilah dan Hakikat pula ialah buah ataupun hasilnya. Tiga perkara ini saling lengkap dan melengkapi.


3 Sesiapa yang berpegang dengan Syariat akan melalui tarekat dan seterusnya sampai kepada Hakikat. Tidak ada PERTENTANGAN & PERCANGGAHAN.


4 Setiap Hakikat yang bersalahan dengan Syariat adalah Zindiq.


5 Mithalnya didalam Solat : pergerakan dan perbuatan zahir beserta rukun rukun dan syarat syaratnya adalah FAKTOR SYARIAT yang menjadi JASAD SOLAT.


Adapun HADIR HATI didalam Solat merupakan FAKTOR HAKIKAT yang menjadi RUH SOLAT.


6 Orang Mukmin Yang Sempurna ialah yang menghimpunkan diantara Syariat & Hakikat.


7 Tidak ada Tasauf melainkan dengan Feqah kerana tidak akan diketahui hukum hakam Allah melainkan dengan Syariat.


8 Jadinya semuanya menjadi WAJIB pada hukum sebagaimana wajibnya Jasad bagi Ruh. Tidak ada kewujudan bagi Ruh melainkan didalam Jasad sebagaimana tidak adanya Kehidupan bagi Jasad melainkan dengan Ruh.


9 Hakikat , Tarekat & Syariat saling melazimi kerana JALAN MENUJU KEPADA ALLAH mempunyai ZAHIR dan BATINNYA.


10 MAKSUD ketiga tiga cabang ilmu ini iaitu Syariat, Tarekat & Hakikat adalah mendirikan penghambaan kepada Allah sebagaimana yang dikehendakki daripada sesaorang hamba.


Fakir.........terimakasih YAYASAN SOFA.


SYAIR MAKRIFAH.....Haji Adenan Ooi Batu Bara..


SYAIR TUAN HJ ADNAN OOI BATU BARA….
Sambungan Zikir Nafi Isbat.





LA itu maknanya NAFI
Fana’kan olehmu wujud menjadi
Baqa’ itulah Hakikat Rabbi
Cermin indah tidak terperi


Nama Allah nafikan jenis
ILA HUL HAQ fana’kan habis
Wujudnya WA MUHYI engkau lapis
HAQ QUL MUTLAK serumu jawis


IL LAL LAH Isbat Hakiki
Disanalah makan TANAZUL TURKI
Kepada segala arif yang sufi
Nyatanya AIN HAY YUL BAAQI


Allah itu bermula Nama
Dikalbu mukmin tertulis agama
Isim JALALLAH cahaya ternama
Limpah seperti bulan purnama


Ilmu itu jalannya EMPAT
Pertamanya SYARIAT keduanya TARIQAT
Ketiga jalan bernama HAKIKAT
Keempatnya bernama jalan MAKRIFAT


Adapun syariat ILMU ZAHIR
Sungguhpun mudah bukannya hampir
Mencari ilmu janganlah khuatir
Sunat Fardhu kerjamu hadhir


Sungguhpun zahir keadaannya batin
Makamnya furu’ ilmunya YAKIN
Alamnya suatu QALBU SALIMIN
TAUHID-nya AF’AL sembahnya AMIN


Adapun jalan ahli Tariqat
AINULYAKIN MAQAMUL JAMAAT
Kalbunya Tauhid Alam Malaikat
Sembahnya ABDUHU tauhidnya ZAT


Adapun jalan Ahli Hakikat
Bernama makam JAMIUL JAMAAT
HAQQULYAKIN kalbu menghasrat
ALAM JABARUT tauhidnya ZAT.

SANTAPAN JIWA.....UNTUK PERINGATAN DIRI YG MUDAH LUPA...


PERTUNANGAN AZALI……………



Di satu masa yang ditetapkan,
kita pasti dirisik,
pertunangan sejak azali,


dihujung hidup akan berlangsungnya
perkahwinan dengan maut, hantaranya
sakit dan nazak....


tetamu bertandang menghadiahkan tangisan,
pengantin dimandikan,
dihiasi baju putih,
wangian gaharu cendana,
pengantin bersanding bersendirian....
diarak sepanjang kampung,
berkompang azan dan kalimah kudus,


akad nikahnya bacaan talkin berwalikan liang dan lahad,
bersaksikan nisan - nisan.....
siraman mawar keluarga terdekat,
malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah,
ketika itulah janji pernikahan dituntut.....


…………………………………………………………………………………….


Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi :
Nur Yang Esa
dipetik dari blog sangtawal





Pelita banyak dan berbeza,
Cahaya sama dan satu jua,
Jika anda lihat lampu saja,
Hilanglah anda dalam ‘banyak’ dan ‘berbeza’.


Pandanglah pada cahaya,
Anda akan lihat satu saja,
Berbilang-bilang hanya bentuk saja,
Boleh dibilang, satu, dua, tiga.


Begitu juga pendapat manusia,
Berlain-lainan dan berbeza-beza,
Timbullah pelbagai mazhab agama,
Keluarlah pelbagai pandangan dan fatwa.

WAHDANIATULLAH ................Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

MENGENAL SIFAT.


Firman Allah : Al-Waqiah : 58


Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ? Dia ciptakan dari air yang terpancar. Dari setitis mani , Allah menciptakannya lalu menentukannya.


Adapun istilah bagi SIFAT Tuhan itu adalah umpama setitis air mani yang bergelar AINUL SABITAH ataupun NOKHTAH.
.
Ini adalah Muhammad Yang Akhir yang menjadi RASUL kepada manusia.
AWAL itu adalah ZAT dan AKHIR itu pula SIFAT BAGI ZAT.


Maka marilah diambil contoh . Fikirkan baik baik kerana SIFAT ini dapat diterima akal walau bodoh macam mana pun manusia itu.

CONTOH UNTUK FAHAM – SEBIJI BENIH LADA & SEPOKOK LADA.



Kalau aku ambil SEBUTIR BENIH cili pi, maka aku katakan bahawa biji benih itu bukanlah SEBUTIR BENIH tetapi ianya adalah SEBATANG POKOK CILI API yang lengkap. Ada akar, ada batang, ada ranting, ada daun, ada bunga , ada buah malah ada biji biji benih sekali..


TENTU kamu akan mengatakan aku gila sebab yang kamu nampak ditanganku ialah SATU BIJI BENIH.


Maka siapakah yang gila ? Aku atau kamu ?. Pada zahirnya aku akan ditomah gila oleh manusia, kerana yang zahir dan nampak pada mata kasar manusia itu HANYA sebutir biji benih cili api. Kalau benih tetap ianya benih bukan sebatang pokok.


TIDAK GILA kata Tuhan.


Tuhan kata tidak gila kerana aku TIDAK MEMANDANG BENIH ITU SAHAJA.


BASARULLAH menampakkan padaku apa yang ada didalam biji benih itu. Untuk membuktikannya maka aku tanam biji benih itu kedalam tanah yang subur dan dalam masa 1-2 bulan sahaja maka YANG TADINYA HANYA SEBIJI BENIH telah menjadi sebatang pokok cili api yang lengkap seperti apa yang aku jelaskan dan tunjukkan kepada kamu 1-2 bulan yang lalu.


Dan barulah orang percaya bahawa aku tidak gila tetapi manusia yang BENAR kerana buktinya ada didepan mata. Rupanya matalah yang membuat keputusan dan bukannya otak atau hati nurani manusia itu.


Firman Allah : Surah Ali Imran :


Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya, kerana itu kami jadikan dia MENDENGAR & MELIHAT.


Sesungguhnya SEBUTIR BENIH CILI API itu adalah sama jua dengan istilah SETITIS MANI bagi manusia.


Umpama sebiji benih cili api tadi telah ada disediakan Allah sepokok lada api yang lengkap , maka didalam setitis air mani tadi juga telah lengkap seorang manusia yang lengkap segala-galanya…ya lengkap segala-galanya.


………………………………………………………………………………………………


Nota Sifakir :-


Penulis kitab ini ada membuat NUKILAN berupakan dua bulatan. Pertama ialah satu bulatan yang kosong. Kedua merupakan bulatan yang ada titik ditengahnya.


…………………………………………………………………………………………….


Ini ( bulatan yang kosong ) adalah SIFAT bagi DIRI ZAT ( Fakir = walaupun bulatan itu pada mata kasar dilihat sebagai bulatan yang kosong sebenarnya ia adalah bulatan yang penuh – penuh diliputi oleh Zat umpama cawan yang kosong pun penuh iaitu dipenuhi oksigen / udara yang ghaib = ada tapi tidak dapat dilihat. )


Manakala SETITIS AIR MANI itu ialah SIFAT ZAT bagi diri manusia. ( Bulatan yang ada titik ditengahnya = fakir )


Didalam setitis air mani itu telah lengkap badannya dengan segala anggotanya luar dan dalam, Qada’ & Qadarnya, Rasulnya, Malaikat atau Nyawanya, semua telah diadakan Allah Cuma mata kasar tidak nampak.


Kalaulah nampak maka bukanlah RAHSIA ALLAH namanya.


Firman Allah : Al-Hadid : 22


Tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah TERTULIS didalam KITAB sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah..


Maka jika dikaji Firman diatas, nyatalah pada diri manusia bahawa jatuhnya SETITIS MANI dan sebelum menjadi DARAH & DAGING telah siap segala-galanya- ya segala-galanya sama ada ianya hidup lama ataupun pendek, kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, baik atau jahat..SEMUANYA telah siap..disiapkan.


Inilah yang dikatakan LOH MAHFUDZ atau SURATAN AMAL ataupun AL-KITAB yang sebenarnya yakni AL-QURAN.


Firman Allah :-


Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah TERTULIS


Dan tiap tiap perkara yang mereka lakukan adalah TERTULIS didalam Kitab Suratan Amal.


Dari itu wahai orang orang Islam Yang Beriman !!!!


Ketahuilah secara mendalam tentang Pancaran Air Mani yang zahir oleh pandangan matamu.


SETITIS MANI yang membawa RAHSIA DIRI ALLAH akan merasakan betapa Lazatnya Rasa Penerimaan ZAT. Kalau anda tidak tahu bahawa mani itu datang dari Zat Allah maka anda sebenarnya mengikut hawa nafsu anda.


Firman Allah : An-Nisa : 140


Dan sesungguhnya Allah menurunkan kamu didalam Al-Quran.


Ayat ini sangat pelik dan tahukah anda apa maksudnya ?


Al-Quran disini maksudnya ialah MANI SETITIK dan dari mani itulah zahirnya manusia melalui pertemuan bapa disampaikan kedalam Rahim ibu.


Firman Allah : Ath – Thaariq : 2-10


Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu ?
Bintang yang CAHAYANYA MENEMBUS. Tiada suatu jiwa pun melainkan ada PENJAGANYA. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan.


Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara TULANG SOLBI laki laki dan TULANG DADA perempuan. Sesungguhnya Allah benar benar Berkuasa untuk mengembalikannya.


Pada hari ini DINAMPAKKAN SEGALA RAHSIA. Maka sekali-kali TIADA BAGI MANUSIA itu kekuatan pun dan tidak ada penolong.


Maka terjawablah segala RAHSIA TUHAN, apabila aku salinkan Ayat Ayat diatas. Zahirnya manusia itu melalui air mani yang Allah Ciptakan yang lengkap dengan jasad yang mati yang menjadi hidup bila ada nyawa.


Nyawa inilah ULUL AMRI yang bernama RUHUL QUDDUS atau RUH AL-QUDSI yang menjaganya.


Kuatnya jasad / manusia kerana kuatnya Nyawa.


Kuatnya nyawa kerana ianya ialah MALIKKIL QUDDUS yakni ZAT ALLAH yang SEDIA ADA didalam DIRI manusia itu.


Jasad itu bergerak kerana KUDRAT ALLAH dan tiada sebiji zahrah sekalipun kuasa manusia itu melainkan KUDRAT ALLAH semata-mata.


Kenapakah manusia itu tidak mahu percaya ?


Nota Fakir :-


Apa yang hendak dijelaskan oleh penulis , nampak lebih jelas didalam beberapa nukilannya. Fakir mohon maaf kerana belum pandai memasukkan nukilan nukilan itu didalam laman ini.

Fakir….bersambung RAHSIA BISMILLAH & ALIF – LAM-RA..


Ahad, 30 Mei 2010


WAHDANIATULLAH Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj




MENGENAL ZAT 


Walau macam mana tajuk ditulis atau dicakapkan pun ZAT & SIFAT ALLAH tetap tidak dapat dipisahkan. Dan eloklah kitab ini mengenalkan kepada pembaca apakah itu ZAT-SIFAT-ASMA & AFAL.


ZAT itu adalah sesuatu yang TIDAK DAPAT dinyatakan atau ditunjukkan. Keraba apa ? Kerana ia adalah RAHSIA dan RAHSIA inilah yang WAJIB bagi Umat Muhammad yang beriman MENCARINYA. Siapa jua yang ( menceritakan tentang ) ZAT , maka memanglah susah untuk DISEBUT akan Sifatnya…bagaimana dan macam mana kerana kalau DISEBUT bagaimana RUPANYA ZAT itu sudah pergi pada SIFAT. Bercerita tentang ZAT sabenarnya menceritakan tentang SIFAT.


Kita menceritakan sebenarnya tidak dapat menyebut atau menjelaskan apakah itu ZAT.


Firman Allah : Al- Insan.


Bukanlah telah datang atas manusia satu waktu dari masa sedang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut.


Yantg merupakan sesuatu yang TIDAK DAPAT DISEBUT itulah ZAT. Dan Allah telah Berfirman bahawa ketika belum zahirnya manusia , manusia telah lama wujud ( tetapi bukan wujud dalam rupa sekarang ) bergelar manusia. Ketika itu diri manusia adalah ZAT. Benarkah diri manusia asalnya ZAT ?


Surah Al-Waqiah : 62


Dan demi sesungguhnya kamu telah sedia mengetahui TENTANG DIRI KAMU KALI PERTAMA maka ada baiknya KALAU KAMU MENGAMBIL INGATAN.


…………………………………………………………………………………………


Nota Sifakir :-


Didalam kitab asal ada Nukilan Kalimah Allah – ALIF – LAM – LAM – HA
Dengan tanda SABDU dengan alif pendek diatasnya ( serupa W ) ditengah tengah.
Sila sdra ambil tulisan Kalimah Allah Yang Lengkap.


ALIF Iktibar DIRI ZAT
LAM PERTAMA Iktibar SIFAT DIRI ZAT
LAM KEDUA Iktibar ASMA DIRI ZAT
HA Iktibar AFAL DIRI ZAT


ALIF GHAIB - kedalam - LAM PERTAMA - MENZAHIRKAN SIFAT
TERUS GHAIB - kedalam - LAM KEDUA - MEMBERIKAN ASMA’ AKAN SIFAT
TERUS GHAIB - kedalam - HA - MENGHIDUPKAN AKAN SIFATNYA…………
SETERUSNYA GHAIB – kedalam SABDU UNTUK PENTAJALLIAN SETERUSNYA.


SABDU adalah iktibar TULANG SOLBI ( tempat air mani )
ALIF PENDEK diatas SABDU iktibar tulang belakang manusia.


KELAHIRAN MANUSIA = PENTAJALLIAN SETERUSNYA


Sila lihat semula Kalimah Allah saudara


ZAT itu ALIF TEGAK umpama HURUF SATU
ZAT GHAIB..seperti dijelaskan diatas….hinga ke HA terus ke SABDU
HA itu iktibar RAHIM IBU
ZAT ZAHIR SEMULA didalam SABDU iaitu iktibar Tulang Solbi dalam bentuk MANI SETITIK.


………………………………………………………………………………………………


Surah Al-A’raaf : 189


Dialah yang menciptakan kamu dari DIRI YANG SATU.


Maka inilah maksud Allah yang menyatakan pada manusia melalui Firman diatas akan CARA MENCIPTAKAN AWAL DIRI MANUSIA.


Maka jika tidak faham aku tinggalkan bahagian ZAT dahulu kerana ZAT ini bukannya senang untuk diterangkan secara sepintas lalu. Aku akan berbalik semula selepas aku menerangkan BAB SIFAT



Bersambung………..MENGENAL SIFAT.

Salam Takzim dari Sifakir...........

WAHDANIATULLAH Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj




BERKAITAN IBLIS
MAKNA IBLIS – ALIF – BA – LAM – YA - SIN
Dari Kacamata Ilmu Hakikat

Jika Allah tidak kita kenal, jikalaulah Iblis menyamar maka akan tunduk patuhlah mereka itu pada Iblis kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula Iblis tahu kelemahan anak cucu Adam iaitu takut pada Rukun dan Hukum Syariat.


Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun 5 waktu, banyakkan zikir dan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusia yang alim itu …….siapakah yang disembahnya ?


Firman Allah Al Jin – 06


Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.


Inilah diri manusia yang MENIPU dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikit Rukun & Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulai Alif hingga Ya ( muqaddam ) dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF – LAM- MIM.


Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya dengan HAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan ( Alif – Lam – Lam – Ha ) tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah.


ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknati Allah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM :-


Dan lantaran ENGKAU ( Allah ) telah sesatkan diri saya , pasti saya akan halangi mereka ( manusia ) ke JALAN YANG LURUS.


Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL ALLAH , RASUL dan ULIL AMRI secara mendalam, ayat ( AMARAN IBLIS ) diatas adalah satu ANCAMAN kepada mereka dan lain lain manusia sejagat.


Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yang SUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DIBELITNYA hingga diMurkai Allah dan dihantar kedunia ini.


Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENAL PUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusia hingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis.


Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis ?


Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orang yang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu kerana orang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..


APA ITU IBLIS – Alif – Ba – Lam – Ya – Shin.


ALIF iktibar DIRI ZAT
BA iktibar SIFAT BAGI ZAT
LAM iktibar ASMA’ BAGI ZAT
YA iktibar AF’AL BAGI ZAT
SHIN iktibar SIRR BAGI ZAT


Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma; ALLAH.


Dalam kata yang mudah ialah : -


IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.


Manusia cuma pandai mengatakan : Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan LENYAP HAQ ditutupi JASAD.


LENYAP HAQ – MENANG YANG BATIL = IBLIS.
Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melalui KIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ didalam Jasad atau Tubuh manusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM.


Adapun YA – SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR ( Rahsia ) yang penuh dengan HIKMAH.


Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan Amal Ibadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH.

Maksudnya ialah YA-SIN adalah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’al Allah belaka.

Sabtu, 29 Mei 2010


MARI HIBURKAN HATI YANG BERDUKA…. Bersyairlah bersama Tuan Haji Adnan Ooi Batu Bara.

MARI HIBURKAN HATI YANG BERDUKA….
Bersyairlah bersama Tuan Haji Adnan Ooi Batu Bara.


Salam saudara pembaca yang d-iRahmati Allah.


Orang orang dahulu suka bersyair untuk menyampaikan ilmu ilmu mereka. Antaranya ialah Tuan Haji Adnan Ooi dari Batu Bara.


Didalam entri entri akan datang dimulai entri khas ini Fakir selitkan rangkap rangkap syair Tuan Haji itu sebagai SANTAPAN QALBU saudara saudara sekalian.
Terima kasih


Fakirabdillah.


………………………………………………………………………………………………


SYAIR ZIKIR NAFI & ISBAT.


Ghalib olehmu NAFI & ISBAT
Zauk Wujudmu jadikan Syariat
Makrifatullah sebesar ubat
Jika dilazimkan naik mertabat


Makrifah itu bukannya mudah
Sekalian alam habis berpindah
Alun & ombak teduhlah sudah
Baharulah sampai Makam Musyahadah


La Ilaha Illallah bukannya mudah
Tasdiq dihati ikrar dilidah
Kenegeri akhirat kita berpindah
Mudah-mudahan beroleh faedah


La Ilaha Illallah tali yang teguh
Sebut olehmu bersungguh sungguh
Siang & malam jangan bertangguh
Supaya mesra kedalam tubuh


La Ilaha Illallah tali bukan kepalang
Sebut olehmu berulang – ulang
Jangan bertangguh malam & siang
Supaya mesra kedalam tulang






La Ilaha Illallah ZIKIR yang asli
Maknanya itu hendak dikenali
Melupakan ia jangan sekali
Itulah amalan segala wali


La Ilaha Illallah sempurna ZIKIR
Maknanya banyak BATIN & ZAHIR
Kepada Tuhan Puji yang hampir
Meninggalkan ia MENJADI KAFIR


Itulah ZIKIR NAFI dan ISBAT
Itulah perhimpunan JALAN YANG EMPAT
Itulah puji SYARIAT TARIQAT
Kenyataan Hakikat sempurna Makrifat…


Bersambung……LA itu maknanya Nafi…


………………………………………………………………………………………..


Nota Fakir :-


Bagaimana saudara ..cantikkan bait bait syair syair ini..tersusun indah kata katanya dan jelas dan indah cara penyampaiannya. Itulah kehebatan ulamak ulamak kita dahulu. Ulamak kita sekarang tidak ramai yang suka menulis dan menyampaikan ilmu secara PERCUMA.


Saya bukanlah ulamak…..hanya saorang insan yang amat kerdil lagi fakir . Tidak ada belajar agama secara formal hingga ke Azhar atau Darul Ulum….saya cuma digerakkan untuk menyampaikan kepada yang berminat.


Syair syair ini amat meruntun jiwa sifakir……kalam kalam yang menghiris hati nurani. Saya amat menyayanginya. Fatihah untuk Arwh Tuan Haji Adnan Batu Bara…saya tidak mengenalinya tetapi buah ilmunya merebak keantero Nusantara.


Fakirabdillah.