Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Thursday, June 09, 2011

IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH

29.IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH

Adakah manusia ingat bahawa setiap daripada kita telah berbai'at kepada Allah dan telah berikrar dan berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di alam Roh ? Tentunya tidak ingat atau tidak tahu langsung kerana khabar beritanya sudah begitu lama, lalu Allah peringatkan kembali melalui FirmanNya ayat An Nahl 89 yang maksudnya: 

"Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang menyerahkan dirinya"

Ayat di atas memungkinkan kepada manusia supaya jangan lagi mengadakan alasan-alasan untuk menafikan bahawa dia tidak pernah berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah telah terangkannya di dalam al Quran seperti ayat al A'araf 172 yang bermaksud:


".. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab (manusia) Benar ! Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi, dan yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai"

Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui An Nahl ayat 91 yang bermaksud : 


"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu mengokohkannya ..."

Dengan ayat yang di atas rasanya tiada alasan bagi manusia hendak menolak yang kita pernah mengenali Allah kerana Allah telah ingatkan kita dengan menurunkan ayat-ayatNya, pokok persoalannya siapa diri kita yang sebenarnya yang pernah berjanji itu dan bagaimana keadaannya? dan bagaimana pula keadaan Allah ketika itu ? Apa yang kita tahu Allah juga telah menyatakan keadaaNya berupa Zat Laisa kamishli syaiun ( tidak berupa apa jugapun) dan semua ini telah di terangkan oleh Allah bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya

Orang yang telah menyerahkan dirinya ? Persoalan timbul diri yang mana yang hendak di serahkan dan bagaimanakah kendak menyerahkannya dalam erti kata Tawakkal 'Alallah !

Ada pandangan dari ulama khlaf bahawa terlalu sukar untuk menyerahkan diri kerana adanya kejadian jasad yang anasirnya sebagai penghalang untuk mempraktikkan bertawakkal kepada Allah kerana sifat jasad itu anasirnya dari atom-atom tanah,air,api dan angin yang kuasanya mampu menghalang dari bertawakkal sedangkan Allah bagi tahu bahawa jasad atau anasir jasad di jadilan hanyalah untuk menjadi saksi sajaha atas perbuatan manusia jadi apa kuasa penghalang yang ada padanya ? Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Qiyamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud: 


" Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri) "

sambungan ....

30.IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH II

Ada nas yang manusia itu telah berikrar kepada Allah bahawa mereka akur berTuhankan ALLAH semasa mereka di alam Roh lagi ketika zaman itu Allah belum lagi mencipta alam yang lain, manusia yang di maksudkan di sini adalah tanpa jasad iaitu Rohani yang lengkap Nyawa, akal, nafsu dan roh , maka ke empat-empat inilah yang di katakan manusia, mereka apabila telah di cipta oleh Tuhan maka di tempatkan di alam Roh dan di sanalah mereka ini di ambil saksi oleh penciptaNya dengan bertanyakan kepada mereka seperti yang di nyatakan oleh Allah pada surah Al A'araf 172

Pada zaman tersebut hanya saksi daripada manusia sahaja yang di ambil sedangkan ibadat mereka belum lagi di perintah oleh Allah kerana jasad mereka belum lagi di cipta oleh Tuhan ini bererti diri manusia itu tidak boleh beribadat melainkan ia memiliki jasad sebagai saksi atas perbuatan atau gerak geri ataupun ibadat mereka sebab itu Allah terangkan kepada kita bahawa anggota manusia itu sebagai saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberi alasan untuk membela diri Al Qiyamah 14 dan 15

Nah sekarang jelas bahawa diri manusia yang bernama Rohani itu tetap juga mahu berbohong kepada Allah sekalipun dia telah berikrar mahu berTuhankan kepada Allah semasa ia di alam Roh, apakah ikrar manusia mahu berTuhankan kepada Allah semasa di alam Roh ? Ikrar manusia ialah apabila manusia berkata "Ana 'abduka Ibni 'abduka la ma'abud ghoirika illa Anta" (aku hamba Kamu, anak-anak hamba Kamu, aku tidak meng'abdikan diriku melainkan kepada Kamu) yang membawa maksud "Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah " ertinya di alan tersebut buat pertama kalinya kaliamah ikrar itu di lafazkan iaitu LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH

Maka sejak di alam Rohlah juga manusia mengakui bahawa dirinya hamba kepada Tuhan ertinya ikut semua perintah Allah dan tinggalkan laranganNya yang membawa maksud Lillahi Ta'ala, maka itulah maksud LA ILLAHA ILLALLAH, so sekarang kita bagaimana ? Adakah kerja buat kita sekarang berasaskan Lillahi Ta'ala atau sebaliknya ? Umpamanya kerja-kerja mungkar adakah Lillahi ta'ala ? Kerana itu ada tegah dan ada suruh walaupun pada hakikatnya semua itu datang dari Allah "kullum min 'indillah" (segala sesuatu itu datang dari Allah) pada bab ini kita kena belajar qada dan qadar pula supaya tidak terkeliru

Sebaik saja kita di ambil kesaksian maka tinggallah kita di alam Roh menunggu arahan daripada Allah bila kita dapat menjadi hamba kepadaNya untuk menjalankan amanat La Illaha illallah ? Jawabnya sehingga Allah menjadikan Adam manusia pertama yang Allah jadikan dari bahan zat tanah, air, api dan angin bukan dari tanah yang kita fahami sekarang ini, ia adalah dari istilah-istilah sain iaitu atom-atom yang halus yang terdiri dari jauhar fardhi ataupun jirim dan jisim yang bahasa sekarang di kenali sebagai atom, neutron, proton, ion, elektron, neukles dan sebagainya


Posted by nizam omar