Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Wednesday, June 08, 2011

BAB 1: Coretanku yang terawal -Sanad pengajian ilmu Tarekat

BAB 1- Coretanku yang terawal

PENGENALAN

Assalamualaikum pembaca sekelian,
Bismillahi wa billahi walhamdulillah , Salam serta selawat ke atas Rasul junjungan khotaman nabbiyyin Muhammad saw serta seluruh ahli keluarganya yg suci serta para sahabatnya dan pengikutnya yang setia hingga ke akhir zaman.

Tergerak hatiku untuk memulakan kisah ini memandangkan ianya terlalu penting dikongsi bersama. Setelah sekelian lama aku menjelajah ke seluruh semenanjung Tanah Jawi ini untuk mencari tanpa mengetahui apa yg perlu dicari. Dalam pencarianku tanpa panduan dan pedoman sehinggalah aku bertemu permulaan jalan untuk menuntut ilmu. Dari situ aku mengetahui betapa pentingnya berguru kerana daripada berguru itulah baru aku dapat segala panduan ilmu yang sebenar.

Dalam pencarian ku sebelum ini ramai aku dapati mereka-mereka yang seperti aku , tiada punca , tiada panduan , tiada pembimbing maka ramai yang mengaji tanpa berguru dan akibatnya terlalu mudah disesatkan oleh iblis dan syaitan laknatullah yang tidak jemu-jemu bekerja siang dan malam .
Aku bermula dengan menjalani pengajian fardhu ain, belajar Al quran dan syariaat melalui ibuku yg tercinta, serta menjalani tarekat kholwatiyyah sammaniah warisan dari guruku Almarhum Tuh Paduka Hj Muhammad Saman kati , namun aku dapati ada kekurangan di dalam diriku dari segi rasa. Namun pun aku teruskan pengajianku mengikut adab-adab di dalam tarekat . Di samping itu aku mencari lagi mana-mana perguruan yang aku dengar dari mulut kawan-kawan di sana sini.

Kemudian aku mula melangkah ke pengajian hakikat, berjumpa beberapa guru hakikat dan aku cuba menghayati segala pengajaran-pengajaran di dalamnya. Di situ aku dapati kebanyakan perguruan itu hanya cenderung kepada ilmiah cuma sedikit ilmu rasa yang tak mencukupi buatku. Sebab apa yang diterangkan guru atau pun di dalam kitab ilmu hakikat tidak selari dengan apa yang di fahami dan di rasai oleh murid-murid. Amatlah berbeza di antara mereka yang mengaji ilmu hakikat dengan mereka yang telah berada di makam hakikat. Akan aku perjelaskan nanti di satu bab yang lain. Masaalah yang aku hadapi ialah bagaimana untuk membezakan sesuatu pengalaman rohani yg haq dan yg batil. Selain dari Allah itu semuanya alam. Adakah kita nak berpegang dengan Allah atau Alam ? Insyaallah aku akan kupaskan kemudian.

Di samping berguru dan mengaji ilmu hakikat aku berkesempatan mentelaah kitab-kitab lama peninggalan arwah datuk ku dan juga kitab-kitab ilmu hakikat yg didapati dari guruku dan kawan-kawan yg seperjuangan denganku. Namun segala pengajian di dalamnya ada juga yang tak menepati dengan jiwa dan perasaanku. Yang aku faham aku pegang dan yang tidak sesuai dengan 'kebenaran' aku biarkan hanya sebagai matlumat yg masih boleh di perbetulkan kelak.

Aku dapati kebanyakan kitab-kitab Nusantara ini dikarang oleh para Ulama pondok di usia mudanya dan isi kandunganya sudah tentu di atas fahamannya sewaktu usia muda . Apabila mereka sudah matang dalam ilmu dan menempuh perjalanan kerohanian yang lebih tinggi kebanyakan mereka sudah tidak mengarang lagi kitab. Sayang sekali ilmu dan pengalaman kerohanian yg tinggi itu tidak kita dapati di dalam kitab-kitab. Mahu atau tidak ilmu-ilmu ini perlulah didapatkan melalui sanad perguruan mereka.

Walau bagaimana pun aku masih teruskan mencari perguruan yang mampu menyelesaikan permasaalahan dari segi kerohanianku dan mendapatkan bimbingan dan panduan yang lebih menyakinkan diriku.

Setelah sekian lama aku teruskan pencarian guru yang benar-benar dapat membimbingku akhirnya dengan pertolongan Allah swt aku dapat bertemu dengan guru yang benar-benar menyakinkan aku tentang jalan ilmu ketuhanan yang sebenar.darisanad dan sumber pengajian dari ahlul bait , keturunan Nabi saw. 

Dari situ aku terus mengkaji susur galur ilmu ketuhanan yg asal dan tulin ini. alhamduliilah banyak yang aku temui kebenaran di dalamnya. Ingin aku tegaskan di sini Pengajian Syiah Ali ini bukan lah satu aliran yang sama dengan aliran-aliran syiah pelampau seperti Syiah Imamiah 12, syiah Rafidi dan syiah ghulat. Ilmu yang diwarsisi dari keturunan guruku ini adalah ilmu ketuhanan yang tulen sebagaimana di bawa oleh Syiah Ali yg asal seperti Salman Al Farsi ra , Abu Zar ra, Ammar bin Yassir ra dan sahabat-sahabat yg bersama dengan Imam Ali sebelum dan sesudah wafatnya Nabi saw. Dan ilmu ketuhanan ini lah yg telah melahirkan ramai para2 wali di Nusantara ini seperti wali 9 di tanah jawa dan wali 7 melayu di tanah jawi.

SANAD PENGAJIANKU

Di sini aku catitkan Sanad Pengajianku hanya sebagai perkongsian agar diketahui asal sanad pengajianku dari mana ambilan segala ilmu-ilmuku. Itu pun kerana di atas permintaan sahabat-sahabat yg ingin tahu, bukan untuk dibangga cuma untuk mengeaskan betapa pentingnya mengambil ilmu yang bersanad.

Aku rasa tak perlulah nak bagi secara terperinci sanad pengajianku di sini sebab pada kebiasaanya sanad pengajian cuma dititik berat didalam disiplin tarekat sahaja. Yang ini aku bagi adalah secara umum. Sedangkan Sanad-sanad dalam ilmu hadis pun masih boleh dipertikaikan ini kan pulak sanad dalam tarekat mana-mana. Mana-mana ilmu itu sebenarnya boleh diuji akan kebenarannya melalui perlbagai cara, selain drp penelitian sanad. 

Almarhum WaliyullahTuk Kenali Al Fatani

Sanad pengajian ilmu syariat mengambil dari ibuku yang mengambil dari datukku (Tuan Cholan Batu Gajah) yang mengambil dari Tuk Kenali yang mengambil dari Sheikh Ahmad al Fatann >>>>> bersambung sanad tarekat Ahmadiah >>>> Nabi saw. (Sila rujuk kpd Sanad tarekat Ahmad Ahmadiah)
Almarhum Datukku Al Allama Tuan Cholan Batu Gajah

Sanad pengajian ilmu Tarekat mengambil dari guruku Tn Guru Hj Mat Saman Kati (kuala kangsar) mengmbil dari Tn guru cik dol (pondok kedah) mengambil dari Syeikh Daud Al Patani mengambil dari Syeikh Muhammad Abdul Karim Assammani >>> melalui sanad Tarekat Kholwatiyyah As Sammaniah >>>> Nabi saw. ( sila rujuk kpd Sanad Tarekat Sammaniah )
Figure: Alharmarhom Toh Paduka Hj Muhammad Saman b. Muhammad Ash Syatariah, Al Kholwatiyyah As SamaniahSahabat kepada Datukku dan beliau juga adalah anak murid kepada Tuan Che Dol dan Tuk kenali

Sanad Pangajian Ilmu Tasauf pengajian kitab ihya >>> mengambil dari guruku Tn Guru Hj Mat Saman Kati >>>>> Imam al ghazali >> Imam Haramain >>> Nabi saw. (Sanad terperincinya ada didalam kitab tasauf karangan guruku)

Sanad Pengajian ilmu hakikat mengambil dari guruku (Muhammad Abu ) mengambil dari Kiai Salleh Panglima Johor mengambil dari Syeikh Fadhil Bentan >>>> Tarekat Naqsyabandi Wa Qodiriah >> sampai kpd Nabi saw. ( Sila Rujuk kpd Sanad Tarekat Naqshabandi wa Qodiriah )

Sanad Pengajian Ilmu Ketuhanan Syiah Ali iaitu pengikut Imam Ali as beraliran Imam Shafie , mengambil dari guruku dari keturunan Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri ( Tuk Syiah Kuala) >>> sampai kpd Imam Hasan as >> Imam Ali >> Nabi saw.


















Figure: Dari Kiri ke kanan: Syeikh Fadhil Bentan, Kiai Salleh, Pak Abu Darsan







Bersambung bab 2 ..................postedby:alamsufisma