Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Thursday, June 09, 2011

Mengenal NAF'S dan mengenal ROH

9


MENGENAL NAF'S DAN ROH

Figure: Salawat Ruh

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirobbila'alamin Washolatuwassalamu 'ala asyrafil anbia'i wal mursalin wa a'la aalihi wa ashaabihi wabaarik wasallam. 
Pembaca yang dimuliakan Allah Ta'ala. adapun mengenal Naf's dan Ruh itu tersangat luas pembahasan dan kupasannya tersangatlah mendalam sejak dahulu hinggalah ke zaman sekarang. Walau pun Allah Ta'ala telah berfirman bahawa Dia hanya memberi pengetahuan tentang Ruh hanya sedikit manakala pengetahuan tentang Naf's juga adalah terbatas. Tetapi manusia dengan sifatnya yang ingin tahu masih belum merasa puas dengan ilmu yang sedikit itu.
Aku lebih gemar menggunakan istilah Naf's yang menunjukkan kepada Diri, Nafsu. Jiwa dan seumpamanya kerana istilah inilah yang sebut di dalam Al Quran dan Hadis. Namun kita semua sudah biasa dengan pelbagai terjemahan melayu seperti diri,nafsu,nafas,jiwa dan sebagainya.
Dengan mengggunakan istilah yang disebut di dalam Al Quran dan Hadis akan mendatangkan fahaman yang lebih jelas dan kita tidak akan keliru dengan pelbagai terjemahan dan istilah-istilah melayu. Bagi mereka yang benar-benar mengaji dan mengkaji bidang ini sudah tentu lebih arif dan ada yang sampai ke tahap guru-guru yang arif billah . Sudah pasti mereka tidak keliru dan tengelam dengan istilah-[istilah yang benyak itu.
Tentang Naf's kita seringkali mendengar kata-kata Sufi seperti ini , ada juga yang mengatakan hadis nabi saw walau pun kita tidak menjumpai sanad yang sahih, tetapi yang lebih tepat ia adalah kata-kata Syeikh Yahya b Muaz As Saufi.
"Man 'Arofa Nafsahu Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Fasadal Jasad"
"Barangsiapa mengenal akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapamengenal akan Tuhannya ,binasalah jasadnya"
Manakala Allah menyebutkan di dalam firmanNYA "
"Hai jiwa yang tenang (Naf's al-Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhamu, kamu puas dengan Dia dan Dia ridha kepadamu" (89:27-28).
Dan banyak lagi istilah-istilah NAF'S yang disebut di dalamAl Quran yang menjelaskan mengikut tingkatan-tingkatan NAF'S itu
Tentang Ruh pula Allah Ta'ala menyebutnya di dalam firmanNYA
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: ‘Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit" Al-Israa'(17): 85
Pengetahuan yang sedikit inilah yang menjadi pembahasan zaman berzaman , ada yang menolak untuk dibahaskan ada yang membahasnya secara berlebih-lebih hingga melampau batas ilmunya dan berlain-lainan pendapat dari pelbagai aliran. Namun sejauh manakah manusia itu dapat benar-benar mengenal diri dan ruh dan dapat memahami rahsia yang sedikit ini . Apakah bezanya antara diri atau 'nafs' dengan ruh , banyak pembahasannya. Akan aku bahaskan nanti.
Kesudahan daripada mengenal NAF'S itu ialah apabila kita tahu bahawasanya kita ini adalah merupakan hamba kepada Allah Rabbul a'lamin. Di sini aku kumpulkan beberapa persoalan di dalam hal mengenal diri untuk dikongsi oleh pembaca semua. Semoga ia menjadi panduan yang berguna buat kita semua.

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (Surah Hijr : ayat 29 )
Dimaksud dengan sujud di sini bukan menyembah, tetapi sebagai penghormatan kepada Nabi Adam as. Allah Ta'ala menyebutkan sebangai Ruhku (Ruhhi) adalah kerana memuliakan Ruh sebagaimana DIA memuliakan Kaabah lalu menyebutnya sebagai Baitullah. Maka terdapat Ahli tafsir menfasirkan sebagai Ruh ciptaanKU sesuai dengan pendekatan syariat. Manakala Ahli-Ahli Tassawuf dan Sufi menfasirkan dengan pelbagai-pelbagai tafsiran yang lebih mendalam. Semuanya berbeza-berbeza menurut kefahaman masing-masing.
Perbezaan di antara Nafs' dan Roh
Setelah kita lihat istilah NAF'S dan ROH yang Allah Ta'ala sebutkan di dalam Al Quran kita akan membahaskannya secara lebih terperinci dan melihatnya dari sudut pandangan Ahli-Ahli Tasawwuf dan Sufi. Imam kita Sayyidina Ali karamullahu wajjah ra pernah menyebut , ada juga yang menyatakan ia sebagai hadis Nabi saw yang jelasnya ia sampai kepada Imam Ali as
"Awalludiin maarifatullah"
Awal permulaan agama adalah mengenal Allah. Maka itulah isyarat yang perlu difahami dan diikuti agar kita betul-betul mengenal Allah Ta'ala kerana tanpa mengenal Allah Ta'ala bagaimana kita akan beragama. Adakah kita tidak tahu siapa yang kita sembah . Apabila Imam Ali as di tanya apakah kamu melihat Allah ? Imam Ali as menjawab," Apakah aku menyembah Tuhan yang tiodak dapat dilihat ? Ia dapat dilihat dengan pengkihatan mata hati " Jadi pengetahuan dan penglihatan bathin kepada Allah Ta'ala dan kewujudanNYA adalah menjadi pokok dan dasar di dalamkita beragama. Janganlah kamu abaikan perkara yang penting ini. Ulamak-Ulamak Muhaqiqin dan Ariffin billah tidakpernah menyangkal kepentingan ini kecualilah Ulama-Ulamak Dunai dan yang hanya mementingkan perkara-perkara yg zahir semata-mata.Maka bahawasanya taklik (apa yang dikehendaki dengan ) mengenal Allah Ta'ala adalah mengenal diri .
"Man 'Arofa Nafsahu Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Fasadal Jasad"
"Barangsiapa mengenal akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapamengenal akan Tuhannya ,binasalah jasadnya"
Perkataan 'diri' adalah terjemahan ke bahasa melayu dan di dalam istilah arabnya ialah NAF'S . Diri itulah NAF'S walau pun apa istilahnya ia menunjukkan kepada bangsa NAF'S yakni nafsu atau jiwa, diri yang mempunyai hati ,perasaaan ,akal ,nafsu dan berkehendak. Yang makan dan minum itu tubuh ,tetapi yang merasa kenyang ,lapar dan dahaga itulah diri atau NAF'S . NAF'S inilah juga yang akan merasa bahagia atau derita ,diseksa atau menikmati syurga Allah Ta'ala di dunia dan di akhirat . Inilah yang dimaksudkan dengan NAF'S yang merangkumi qalbu/hati ,jiwa, perasaan, akal ,budi ,danyang seumpamanya .Fahamilah betul-betul.
Adakah NAF'S ini yang dapat mengenal Tuhan ? Apabila NAF'S telah disucikan dan berada di martabat insal kamil pada maratabat Nafsu Kamaliah barulah ia benar-benar mengenal Tuhan kearana ketika itu ia mendapat panduan dari RUH yang ditugaskan untuk membimbing NAF'S dan mengingatkan jalan kembali kepada Allah Ta'ala.
Kalimat Ruh itu sangat luas istilahnya dan banyak pula tafsirannya menurut takrif masing-masing samaada pada lughat baik pun pada ilmu yang khusus seperti ilmu tasauf dan ilmu tarekat., Ada yang memberi erti Ruh itu Jawahir (kata jamak /pulral bagi jauhar). Ada yang memberi erti Ruh itu nyawa.. Ada yang memberi erti Ruh itu Jiwa.
Yang paling tepat adalah sebagaimana Allah Ta'ala berfirman didalam Al Quran. ROH itu diertikan Ruh itu sebagai 'Amar Rabbi", maksudnya Urusan Tuhanku. ROH itu Amar Allah , maksudnya Urusan Allah. ROH dengan pengertian Amar Allah adalah dihidupkan dengan sifat Hayat Allah ta'ala. Maka Ruh itu lah yang menghidupkan tuannya iaitu jasad , jisim atau tubuh.

Aku telah meneliti kitab2 bahasa melayu jawi terdahulu seperti kitab Lubabub Tasauf karangan Syeikh Ibrahim b. Hassan Al Kurani yg diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri dimana 'RUH' itu diterjemahkan kepada 'NYAWA' . Jadi istilah 'NYAWA' dan 'ROH' itu adalah menunjukkan kepada barang yg sama jua. Ini adalah makna yg paling tepat menurut fahamanku.. Kerana dengan ada Ruh itu menghidupkan tubuh atau jasad. Sekiranya Ruh sudah dicabut dari jasad maka manusia itu dikatakan mati atau sudah hilang nyawanya. ROH dan NAF'S adalah 2perkara yang dikekal oleh Allah Ta'ala maka yang mati itu tubuh atau jasad. ROH akan kembali mengadapTuhan Robbil 'alamin sebagaimana Allah Ta'ala berfirman , "Innalillahiwainna ilaihi rooji'un" manakala NAF'S akan menerima balasan samaada bahagia atau kecelakaan di akhirat kelak. Fahamkan betul-betul.
Maksudnya "setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati, kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." ( Al 'Ankabuut:57)

Perkataan NAF'S/diri di sini menunjukkan kepada diri ROH, karana nafas atau nyawa itu digerakkan oleh Ruh. Diri ROH dan Diri NAF'S keduanya sudah terhimpun di alam insan diri kita ini . ROH bersifat taat dan bertaraf Ammar Robbi manakala NAF'S atau nafsu yakni inilah diri kita mempunyai asal kejadian yang berbeza,
Nafs'/Nafsu ni yang mahu nak turun dunia. Nafs'/Nafsu inilah diri kita . Dan tingkatan2 nafsu apabila disucikan naiklah kepada tingkatan amarah > lawamah> mulhamah >mutmainnah >radhiah > mardhiah >kamaliah.
Maka NAF'S atau Nafsu ini di awal kejadiannya bila ditanya oleh Allah Ta'ala siapa Aku dan siapa engkau ,dijawabnya aku aku ,engkau engkau lalu di rejam beratus tahun di dalam neraka panas. Kemudian diangkat semula mengadap Allah Ta'ala dan ditanya lagi siapa Aku dan siapa engkau ,dijawabnya aku aku ,engkau engkau dijawab sama aku aku ,engkau engkau . Maka di rejam beratus tahun di dalam neraka sejuk kemudian diangkat mengadap Allah Ta'ala di tanya lagi , tetap menajwab aku aku , engkau engkau . Lalu diperintah oleh Allah Ta'ala dikurung di dalam penjara lapar dan dahaga beberapa lama kemudian di panggil mengadap Allah di tanya lagi . Barulah ia mengaku Engkau Tuhanku.
Maka NAF'S yang telah disucikan itu Allah Ta'ala gelarkan sebagai 'NAF'S Mutmainnah' yakni 'Jiwa yang tenang' sebagaimana FirmanNYA dan perintahNYA kepada NAF'S untuk memasuki SyurgaNYA
"Hai jiwa yang tenang (Naf's al-Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhamu, kamu puas dengan Dia dan Dia ridha kepadamu" (89:27-28).
Walaupun terjemahannya ialah kepada jiwa namun hakikatnya menunjukkan kepada NAF'S jua. Jangan kamu keliru di sini.
Berbeza dengan ROHuh apabila dihimpunkan kesemua ROH-ROH lalu ditanya. "Alastu birobbikum" , adakah kamu menyaksi Aku ini tuhan kamu maka menjawab sekelian ROH ,"Qolu Bala Syahidna" Bahkan kami semua menyaksikan .
Maka itulah sebabnya ROH itu 'Ammar Rabbi" Urusan Tuhanku, ROH itulah pesuruh Allah yang sentiasa mengingatkan NAF'S/ diri kita agar jangan lupa kamu ada kehidupan yang lebih kekal abadi dan bukan hanya hidup untuk bersuka-suka di atas muka bumi ini.
ROH adalah suci, ciptaan Allah, sehingga dikategorikan sebagai Makhluk. Jadi ROH dalam diri jasad manusia bukanlah Allah itu sendiri. Faham betul-betul
"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (Surah Hijr : ayat 29 )
Pengertian “ROH KU”? ROH milik Allah. ROH ciptaan dan milik Allah, yang ditiup masuk oleh Allah ke dalam Jasad manusia. Bila manusia meninggal maka ROH ini akan kembali ke Sang Pencipta.
Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (Bahkan atas diri manusia itu ada bashirah yang melihat).(QS 75:14)
Kata bashirah ini disebut sebagai yang menyaksi dan tahu atas segala gerak manusia yang sekalipun sangat rahsia. Ia biasa menyebut diri (wujud)-nya adalah "Aku". Manakala Ulamak Tafsir secara syariaat menafsirkan bahwa anggota-anggota tubuh manusia menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah mereka lakukan seperti tersebut dalam surat Nur ayat 24, Sedangkan sifat Basirotun itu antara sifat Maanawiyah ynag ditajalli pada ROH. Fahamkan betul-betul isyarat ini.
Menurut pendapat Tarekat Syatariah pula ROH yg tetap dinamakan RUHUL Quddus., ROH yang pergi dinamakan RUHUL 'AZIM., RUHUL QUDDUS itulah yg turun naik, kerana adanya RUHUL QUDDUS itu maka adanya tujuh Latifah dalam tubun insan. Latifah itu dinamakan Makam, Wilayah dan Latifah Latifah RUHUL QUDDUS itu ialah Latifatul QALB, Latifahtul ROH, Latifatul SIRR, Latifatul KHAFI, Latifatul AKHPIA, Latifatul NAFS, Latifatul JASAD. Aku tidak akan membahaskan persoalan Makam,Wilayah dan Latifah di sini.
Sebenarnya Ruh itu asalnya satu jua , kerana ,"Muhammad Abu Ar ROH"Muhammad itu Bapak sekelian ROH. Manakala pada martabat perceraian ianya menjadi berbilang2 namun sifat nya sama. Istilah yang berbeza-beza itu cuma menunjukkan pada martabat2 ROH pada berbeza-beza manusia dan makam.

Maka macam2 istilah tentang ROH, semua menunjukkan kepada Latifah rabbaniah , barang2 yg seni dan halus . Jangan kita tenggelam dan konfius dengan istilah yang macam2 ni . Hakikatnya ROH itu satu yang berbilang itu nafas atau 'NAF'S

ROH tu urusan Allah.. Istilah2 ROH yang macam2 tuh mengikut peringkat2 ROH tersebut., Ruhul Amin - ROh Muhammad, Ruhul Quddus - ROh Jibrail, Ruhul Ammar - ROh yg Allah tiup pada tubuh adam, Fungsinya menjalankan perintah Allah..urusan Allah .
Sedangkan di dalam pembahasan ilmu Usuluddin NAF'S menunjukkan kepada Zat Allah Ta'ala apabila dibicarakan sifat wujud maknanya wujud NAFSIAH. Jangan pula kamu keliru di sini . Maksud wujud NAFSIAH di sini adalah Diri Zat ALlah Ta'ala . Apabila sifat wujud ini sudah tahkik pada hamba itulah NAF'S yang menunjukkan kepada NAFSU kita . Maka NAFS Zat Allah Ta'ala sudah tentu berbeza dengan NAFS , nafsu yang pada kita. Bahawasnya nafsu itulah kita , sebab kita ini hamba . Maka fahaman batiniah yang menyatakankan kita ini Allah adalah satu fahaman yang terpesung jauh. Kerana mereka tidak memperinci sedalam-dalamnya hakikat NAFS itu sendiri .
Manakala di dalam pembahasan tassawuf apa pula kaitan nya dengan kalam sufi 'Man 'arafa Robbahu ,Fa qod 'arofa Rabbahu' Barangsiapa mengenal dirinya (nafsahu) , maka mengenal ia akan Tuhannya", Maksudnya di sini untuk mengenal Allah Ta'ala itu adalah dengan melihat diri sendiri ,mengenal segala sifat2 kelemahan dari kita sebagai tanda wujud kekuasaan Allah Ta'ala dan kebesaranNYA pada kita ,Maka tahulah yang kita ini selaku hambanya yang wajib mengabdikan diri kepada Tuhan Rabb sekelian 'alam.

Tidak ada yang namanya ROH jahat, ataupun lainnya. Sesungguhnya ROH itu selalu mengajak jiwa ke jalan yang lurus, tetapi syaitan sangat gigih menyeru segala yang dimiliki jiwa agar sesat.



postedby................alamsufisma