Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Thursday, June 09, 2011

DIRI SEBENAR DIRI DAN DIRI TAJALLI

42.DIRI SEBENAR DIRI

Diri ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya diri sebenar diri ini istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya utarakan 3 nama akan tetapi ia tetaplah satu

Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai لقد خلقنا الأنسن فى احسن تقويم (Sesungguhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud keseluruhannya akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri 


Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang di maksudkan من عرف نفسه فقد عرف ربه (Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah atau rahsia Allah kerana kesempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun
Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN namun di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari surah An Nahl ayat 17 افمن يخلق كمن لايخلق أفلا تذكرون ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk (zat yang tidak menjadikan) yang tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? ) 


Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan Zat manusia adalah tidak sama kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya (sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh manusia berfikir "Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ?
Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya Zat Allah sebab itu di katakan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai وهو معكم أينما كنتم (Dan Dia beserta kamu di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16 


MENGAPA DIA DI SEBUT SEBAGAI DIRI SEBENAR DIRI ?

Diri ini di sebut oleh jumhur Ulama semasa mereka berada di alam Roh adalah sebagai diri yang menjadi wakil kepada sekalian Roh-roh (roh,nafsu dan akal) bagi menjawab pertanyaan Allah sebagaimana yang terdapat di dalam al quran pada surah Al A'araf ayat 172

ألست بربكم قالوا بلى شهدنا أن تقولوا يوم القيمة أنا كنا عن هذا غفلين 


Maksudnya: Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Mereka semua menjawab "Benar Engkau adalah Tuhan kami dan kami menjadi sksi" yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, sesungguhnya Kami adalah lalai (tentang hakikat Tauhid ini)

Ayat di atas menunjukkan janji diri sebenar diri itu kepada Tuhan yang mereka mahu berTuhankan kepda penciptanya iaitu Allah dengan berkata kami menyaksikan, ertinya menaik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah iaitu La Illaha Illallah ( لا اله الا الله ) yang mana kalimah tersebut sebagai pengakuan diri sebenar diri itu mahu menjadi hamba yang soleh kerana mahu mengamalkan semua cara hidup berasaskan Lillhi Ta'ala ( لا اله الا الله )

Mengikut pandangan yang lain ada juga yang mengatakan bahawa yang mewakili sekalian roh tersebut adalah Nur Muhammad dan ada juga yang mengatakan Hakikatul Muhammadiayah, semuanya itu adalah sama iaitu dialah sebagai diri sebenar diri atau Insan atau Ruhul Hayat

43. DIRI TAJALLI

Hanya orang-orang khusus saja yang faham dengan istilah DIRI TAJALLI ini namun tidak pula terkecuali untuk orang awam memahaminya asalkan mereka rajin berwirid dengan al quran, DIRI TAJALLI ini bermula di ceritakan oleh golongan yang menghampiri diri mereka kepada Allah s.w.t sama ada mereka ingin mengetahui dengan jelas lagi bagaimana perhubungan manusia dalam soal beribadah (Uluhiyah) Walau apapun DIRI TAJALLI ini bukan makhluk akan tetapi Rububiyah
Kesah bermula daripada peristiwa Nabi Allah Musa mahu melihat Zat Allah s.w.t sebagaimana firmanNya dalam surah Al A'araf ayat 143 


Firman Allah s.w.t 

ولما جاء موسى لميقتنا وكلمه ربه قال رب أرنى أنظر أليك
قال لن ترنى ولكن انظر ألى الجبل فأن استقر مكانه فسوف
ترنى فلما تجلى ربه للجبل جعله د كا و خرموسى صعقا فلما
أفاق قال سبحنك تبت أليك وأنا أول المؤمنين


Maksudnya: Dan tetekala nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhanmu berkata dengannya, maka nabi Musa berkata "Wahai Tuhankuperlihatkanlah kepadaku (akan ZatMu) supaya aku dapat memandang kepadaMU, Allah berfirman "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu, maka tetekala Tuhan mentajallikan dirinya, kepada gunung itu maka hancur leburlah gunung itu, lalu Musapun jatuh pengsan, setelah ia sedar semula berkatalah Musa Maha suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal beriman kepadaMu 


Demikianlah sejarah Tajalli yang di kaitkan dengan ilmu DIRI TAJALLI. Istilah DIRI TAJALLI ini ada yang mengertikan sebagai menunjukkan Diri Zat, ada juga yang mentafsirkan sebagai menzahirkan, dan ada juga sebagai menampakkan diri Zat itu, dalam tafsiran pimpinan Ar Rahman menyebut sebagai menzahirkan sifat kebesaran ZatNya, walau apapun soal pokoknya ialah Zat yang Maha Agong itu telah mentajallikan dirinya di bukit Thur Sina lalu bukit itu menjadi hancur berderai 

DIRI TAJALLI SATU ANALISA 

berdasarkan ayat Tajalli di atas sudah jelas bahawa DIRI TAJALLI itu bukan makhluk akan tetapi Tuhan dengan sifat keagunganNya yang memiliki sifat yang berlainan dengan sifat kebesaranNya, saya lebih menumpukan analisa ini berdasarkan ilmu sifat 20 yang membezakan sifat keagungan dan sifat kebesaranNya kerana sifat keagunganNya itu adalah sifat yang menetapkan sifat keagungan DiriNya secara mutlak sementara sifat kebesaranNya adalah sifat yang di timpakan kepada sekalian makhlukNya sebab itulah sifat ma'anawiyah dan Salbiyah berbeza, hal ini perlu di rujuk kepada guru yang lebih arif 

Soal mengapa DIRI TAJALLI ini menjadi rujukan diri yang di kaitkan dengan diri manusia ialah kerana ujud sifat salbiyah (Wahdaniyah) pada sifat Kamal Allah s.w.t hal ini adalah jelas, inilah yang terdapat pada sifat Iftiqar kerana itu di katakan bahawa semua perbuatan,kehendak, dan kuasa penggerak adalah datang daripada Allah s.w.t sila rujuk pada ayat at takwir 29, ayat ash shaffat 96, ayat Al An'am 61, ayat surah al Baro'ah 51, ayat surah al anfal 17 dan An Nisa 78 dan banyak ayat lagi, dan yang terbaiknya ialah berjumpalah dengan guru yang arif

Jika kita ambil daripada peristiwa Musa ini maka kita dapati ilmu ini merangkumi dua ilmu yang besar dan asas iaitu ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang mana ilmu Rububiyah inilah yang di katakan Tuhan menjadikan sesuatu daripada alam ini, sementara ilmu uluhiyah adalah ilmu yang membabitkan diri terdiri, diri terperi dan diri sebenar diri dan yang menghubungkan di antara dua ilmu yang asas ini ialah sifat Wahdaniyah dari kumpulan sifat Salbiyah. Tuhan tidak di katakan Tuhan jika Dia tidak bersifat Salbiyah

Melihatkan kepada peristiwa nabi Musa maka jelaslah kuasa Uluhiyah di kuasai oleh sifat Wahdaniyah yang ada pada sifat Kamal yang menunjukkan bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Ke Esaan Allah belaka iaitu SETIAP SESUATU ITU DATANG DARIPADA ALLAH. cuma adalah agak mustahil bagi nabi Musa mahu melihat wajah Zat Allah sebab kuasa Nur ala Nur itu tersangat kuat sehinggakan bukit Thur sinapun hancur berderai menjadi abu, itulah sebabnya pandangan para ulama menyatakan bahawa NUR itu memiliki kuasa yang bukan layak bagi sekalian baharu mendampinginya dan sebab itulah juga Allah menjadikan alam yang nyata ini bersumber daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul adhom sebagai pelindung kuasa ketahanan, semua ini perlu di gurui



Nizamullah