Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Sunday, June 26, 2011

Nikah Batin




Nikah Batin : Penyatuan jasad dan Roh.

Nikah batin : iaitu penyatuan antara jasad dan roh. Jasad yg punyai hati(kalbu) sentiasa mengingati allah, disayangi roh nafsu mutmainnah. Pernikahan mengakrabkan hubungan yg terbentuk di kalbun(batin hati) akan memperoleh kesempurnaan penyaksian terhadap kalimah kemuliaan allah.. bila dah bersatu, barulah jadi manusia.... jasad terpelihara dunia akhirat..kalau ikut hati(kalbi)-lalai jadilah haiwan, dapat kerugian..

Jasad manusia + roh haiwan=xsah. Jasad manusia+roh syaitan=xsah. Jasad manusia + jasad manusia (secara batin) = xsah. jsad manusia + roh manusia, baru lah sah...roh dan malaikat itu makhluk yg boleh dikenal. Allah itu sendiri tidak boleh dikenal melainkan kemuliaan, sifat, zat, asma dan felinya shaja....maka carilah yg boleh dikenali dulu..

jadi dikehendakkan kita peratikan dalam diri kita, adakah roh yg didalam itu roh manusia, roh haiwan atau roh syaitan..

nak kenal roh syaitan, ialah bila dalam diri itu mengajak berbuat kemungkaran, malas solat, niat nak menipu org, niat nak curi tulang, atau kalau ajak kebaikan mesti nakkan ganjaran.. tolong org kerna maukan sesuatu, sedekah, harapkan balasan, solat, harap kan pahala, puasa, harapkan pahala. pahala itu ganjaran..bukan mengharap. selalu ingat dunia..fikikan harta, anak2 dan sbgainya.

Roh haiwan pula, asyik teringat nak makan, tamak, ingat nak berpasang-pasangan, tidak fikir kepayahan org lain, harta orang, harta kita, dan ada kebaikan roh haiwan, kasih sayang, tolong menolong, selalu ingat ciptaan allah, menghargai pemberian allah, tapi tak mau sebut nama kemuliaan allah dihati. asyik ingat makluk ciptaan allah, tapi tidak mahu ingat allah. banyak amalan luaran, kaki, tangan, lidah, tetapi berat nak lakukan amalan hati.

Roh manusia : amalan, kerja, kehendak, kelakuan yg dilakukan jasad, sentiasa disertakan ingatan kepada Allah tidak lalai sedikit pun. Tidak cintakan dunia, selalu memikirkan kehidupan akhirat berbanding dunia, beramal mendapat keseronokan, ...beramal mendapat hasil, terbuka hijab2, kenal siapa syaitan, kenal siapa malaikat, kenal siapa roh. kenal dengan pengalaman, bukan dengan bacaan, atau penceritaan orang lain. hidup dipelihara allah, sentiasa tenang, tidak gentar melainkan gentar kepada allah sahaja, hidup dengan satu tanda iaitu kalimah kemuliaan didada..

Rosak hati, rosak lah jasad..

HATI manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Rosak disini bermaksud rosak semasa hidup, dan rosak setelah mati. Jasad pula bermaksud dari segi fizikal dan amalannya. Rosak fizikal artinya binasa oleh musuh, rosak amalannya pula menggambarkan amlan-amalan yg terbatal. Jasad org yg bersih suci hatinya akan dipelihara oleh Allah di dunia, kubur dan ahkhirat.

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak.

Di dalam Al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati dengan pelbagai istilah. Melalui ayat-ayat itu juga diterangkan, hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah Subhanahu Wataala.

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara. Pertama, seseorang itu menjaga semua amalannya dengan melakukan kerana ALlah. Seseorang yang takut kepada allah akan mengingatiNya dimana sahaja dia berada, kerana mengetahui allah melihat apa yg sedang dikerjakan.

Kedua, dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu. jauh daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

Selain itu, pandangan juga dipelihara daripada melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati. Bagaimanapun diharuskan kita memandang dengan penuh keinsafan atau untuk mengambil iktibar.

Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita. Orang yang menjaga hati, nafsunya kan tunduk.

Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.

Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah Subhanahu Wataala. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan zikrullah kekal dalam ingatan kepada Allah kerana allah berfirman "sudah menjadi tugas kami untuk memelihara org-orag yang beriman". (sentiasa ingat allah)

Yang terakhir, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah Subhanahu Wataala serta takut kepada sifat-sifat riak, ujub, takkabbur menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Seseorang yg hatinya baik dapat dilihat dari sifat kerendahannya.

Hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah Subhanahu Wataala amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa mengingati allah dan berdoa meminta-Nya memberi hidayah kepada hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hati amat penting kerana apabila rosak, ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak.

Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota-anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala dengan Syurga.

Hati yang bersih tidak lalai dari zikrullah memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah Subhanahu Wataala. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dipelihara allah, akan dikuasai dengan unsur-unsur kemalaikatan, dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, warak, sentiasa mengingati-Nya dan bersyukur.

Di dalam Surah Al-A'raaf ayat 200-201 Allah berfirman yang tafsirnya : "an jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

" Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat allah, maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."al-araf 201

Tuhan memilih Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk membawa urusan-Nya. Maka semestinya utusan Allah Subhanahu Wataala mempunyai sifat-sifat istimewa, antaranya hati yang bersih. Walaupun hati yg telah bersih, rasullullah masih menunjukkan baginda sendiri sentiasa berzikirullah mengingati allah, kerana hanya dengan zikrullah, hati menjadi bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang-orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang-orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya, bukan dengan kekerasan, tetapi apabila mendengar bacaan Al-Quran, hatinya tertawan dan akhirnya mengubah pegangan serta corak hidupnya.

Berzikir dan mengingati kembali hakikat kejadian manusia (perjanjian ketika didalam perut bu - mengenai zikrullah dikalbu)adalah antara cara mengubat hati supaya beriman kepada-Nya. Dengan berzikir contohnya, hati-hati yang keras sekalipun dapat dilembutkan. Tidak perlulah membaca ayat-ayat Al-Quran yang panjang. Cukuplah sekadar mengingati Allah Subhanahu Wataala kerana Dia telah berjanji akan mengingati-Nya. Dan allah berfirman, banyak2 sebut namanya.

Untuk mendidik hati dan menaikkan taraf kepada golongan muttaqin pula, kita hendakah mencari ilmu bab iman, menguatkan zikrullah dan menyerahkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala. Mulakan dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh, perbanyakkan ingatan kepada allah.

Taubat sebenar datang daripada hati dan memberi kesan mendalam sehingga dapat merasa diri hampir dengan Tuhan, seterusnya mengubah sikap. Hati yang insaf dan kuat akan menimbulkan rasa takut serta dapat menahan kesabaran dan hawa nafsu.

Jika keimanan dapat ditingkatkan melalui hati, alhamdulillah, kita akan menjadi seorang yang bertakwa.

Petikan asal dari ukhwah.com dikemaskini oleh Rabiatul Adawiyah@jalan menuju kesejahteraan..