Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Thursday, June 09, 2011

Maksud Qalbun dan Qalbi

15.Qalbun dan Qalbi

Dalam islam selalu Tok Imam membacakan do'a dengan menyentuh perkataan Qalbun dan juga Qalbi, ada di antara orang islam mentafsirkan Qalbun dan Qalbi ini dengan istilah hati ini kerana do'a tersebut berbunyi "Allahummas sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal 'azim abadan abada birahmatika ya Ar hamarrahimin !" (Wahai Tuhanku berikanlah qalbun dan qalbiku sentiasa bercahaya dengan kekal buat selama-lamanya) demikian lebih kurang maksud do'a tersebut, iaitu manusia mengharapkan qalbun dan qalbi itu sentiasa bercahaya, ertinya dua hatinya bercahaya, walaupun setiap manusia hanya ada satu hati

Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua mata hati bukannya dua hati, Allah s.w.t menjadi manusia ini terdiri dari dua unsur iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di cipta oleh Allah mengikut fitrahnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi iaitu penciptaan ADAM, sementara unsur Rohani di jadikan oleh Allah daripadaNya di suatu alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan makhluk-makhluknya yang lain, ini bererti manusia batinlah yang Allah ciptakan terlebih dahulu

Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia jasmani Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak boleh melihat alam yang ghaib, sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul Yaqazah

Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada Allah, maksudnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku khalifah di bumi sementara ta'arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga Af'alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas mata hati ini, ini bererti jika seseorang tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan juga mengenal TuhanNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan

Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo'a yang bermaksud "Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat" ini bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenal nya, dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia menjurus kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib


nizamullah