Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Saturday, June 11, 2011

DARI ... Manuskrip ILMU MAKRIFAT TOK GURU PERAMU - ENTRI PERTAM


DARI ... Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU - ENTRI PERTAMA

 Posted by alfakirabdillah algemasi on January 13, 2011 at 2:07 PMComments comments (0)
KESIMPULAN HATI

Pertama         Hati Yang Beriman                Lawannya                   Kafir
Kedua             Sum’ah                                   Lawannya                   Bid’ah
Ketiga             Hati Yang Taat                       Lawannya                   Maksiat

Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.


KEDUDUKAN NIAT

Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan :-

QASAD          menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan

TAKRID         menentukan ZAT akan SIFATNYA dan kepada yang disifatkan.

TA’AYUN       sabenar2nya AKU menyatakan DIRI  AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang disifatkan.

Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat  itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.

Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah   Aku semata-mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.

Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu .Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.

 TIANG SOLAT

a.         HADIRHATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR ( yang lain selain Allah ) didalam solat

b.         KHUSU’/ TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau –rayau fikiran kemana mana.

c.         SEMPURNA bacaan FATIHAH


SAH SOLAT

a.         Sah solat kerana SAH WUDHU’

b.         Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA

c.         Istinja itu membersih akan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.


KESEMPURNAAN ISLAM

Nota oleh Fakir – S = Soalan , J =Jawapan

S         Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ?

J          TigaPerkara :-

a.                 Diikrarkan dengan lidah
b.                 Ditashdiqkan dalam hati
c.                 Dikerjakan dengan anggota

S         Berapa tandakah yang dikatakansesaorang itu Islam ?

J          Empat perkara :-

a.                 Merendahkan diri keHadrat Allah dan sesama islam
b.                 Suci  lidah dari memakan dan meminum benda haram
c.                 Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d.                 Suci badan daripada Hadath Besar

S         Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ?

J          Empat perkara :-

a.                 Sabar akan Hukum Allah SWT
b.                 Ridha akan Qadha Allah SWT
c.                 Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d.                 Mengikut Firman Allah dan Hadith Nabi.

S         Apakah yang membinasakan Islam ?

J          Empat perkara :-

a.                 Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b.                 Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c.                 Diketahui tetapi tidak dibuat
d.                 Tiada tahu tetapi malas bertanya

ILMU & MAKRIFAT  TOK GURU PERAMU

Pendapat Tok Peramu  tentang Makrifat adalah saperti berikut :-

Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya putus ilmu itu yaitu Mati...............

Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi kepada 5 Bahagian.......

Bersambung......


IBNU ARABI & Manuskrip Baru......

 Posted by alfakirabdillah algemasi on January 13, 2011 at 1:59 PMComments comments (0)
Salam para pembaca yang budiman.........

Fakir adalah saorang peminat IBNU ARABI...malah hampir semua artikel yang dimuatkan didalam lamanweb & lamanblog fakir ini adalah berlandaskan fahaman dan pemikiran IBNU ARABI.

Berikut fakir copy and paste satu rencana berkaitan IBNU ARABI yang disiarkan oleh sisipan MEGA Utusan Malaysia pada hari  Selasa 4hb Januari 2011 untuk bacaan kita semua.

Salah saorang ahli sufi besar dan berpengaruh dalam sejarah perkembanganTasauf  Islam ialah Ibnu Arabi. Nama lengkapnya ialah MUHIDDIN ABU ABDULLAH MUHAMMAD bin ALI bin MUHAMMAD bin AHMAD bin ABDULLAH HATIMI AL-TAI.

Beliau juga dikenali dengan gelaran MUHY AD-DIN ( Penghidup Agama ) dan SHEIKH AL-AKBAR ( Guru Terbesar )

Ibnu Arabi terkenal dengan doktrinnya tentang WAHDAH AL-WUJUD ( KesatuanWujud ) yang mengakibatkan beliau dikritik dan dikafirkan oleh ( beberapa =fakir ) ulama.

Setelah berkelana kepelbagai tempat beliau menetap di Damsyik, Syria sampai akhir hayatnya. Disana beliau merasakan peringkat terakhir perjalanannya yang juga merupakan peringkat kematangan kerohanian dan intelektualnya sebagai ahli sufi.

Ibnu Arabi terkenal dengan fahaman WAHDAH AL-WUJUD. Menurutnya tidak adasesuatu pun yang wujud kecuali Tuhan. Hanya ada satu kewujudan hakiki iaituTuhan.

Segala yang ada selain Tuhan hanyalah tampakan lahiriah daripadaNya. Kewujudan makhluk bergantung kepada Kewujudan Tuhan atau berasal daripada Kewujudan Tuhan.
(beberapa = fakir ) ulama lain.

Pengaruh Ibnu Arabi terhadap perkembangan tasauf  & falasafah sangat luar biasa. Gagasan kesufian Ibnu Arabi tersebar keseluruh Dunia Islam dan mendapat pengikut yang tidak terhitung jumlahnya.

Di Indonesia pemikiran Ibnu Arabi juga tersebar luas. Hal ini terbukti dengan banyaknya ulama yang membawa fahaman Wahdah al-wujud saperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Al-sumatrani, Abdus Samad palimbani dll.

Ada sekitar 300 judul buku yang dihasilkan oleh Ibnu arabi. Sebahagian besar ditulis semasa berkelana untuk menuntut ilmu. Antara karyanya yang terkenal ialah FUTUHAT al-MAKIYYAH ( Penalulukan Makkah ) Dalam karya ini Ibnu Arabi menulis bahawa Allah SWT melalui malaikat yang menyampaikan ilham kepadanya. Kitab ini mengandungi huraian tentang prinsip metafizik, ilmu keagamaan dan pengalaman kerohanian Ibnu Arabi sendiri.

FUSUS al-HIKAM ( Permata Hikmah ) ialah karya Ibnu Arabi yang ditulis 10tahun sebelum beliau meninggal dunia. Menurut pengakuan Ibnu Arabi karya ini diterimanya daripada Nabi Muhammad dalam mimpinya yang menyuruh beliau menyebarkannya kepada seluruh umat manusia agar mereka dapat mengambil manfaat daripada karya itu.

Kitab tersebut bertujuan memaparkan aspek tertentu kebijaksanaan 25orang nabi dan rasul.

Fakir sedang mencari buku terjemahan Syaikh Tosun Bayrak al-Jerrahial-Halveti yang bertajuk Divine Governance of the Human Kingdom karya Ibnu Arabi. Ada ke sesiapa dari pembaca budiman yang memilikki buku ini ???

Sejarah Hidup Ibnu Arabi :-

1165 - lahir di Andalusia
1173 - pindah bersama keluarga ke Sevilla
1195 - mulai berkelana menuntut ilmu
1198 - pergi ke Fez Maghribi
1201 - menunaikan Haji ke Makkah
1205 - pergi ke Konya, Turki
1211 - pergi ke Baghdad, Iraq
1223 - menatap di Damsyik, Syria
1240 - meninggal dunia di Damsyik ( 16 November )

sumber : Sisipan MEGA, Utusan Malaysia 4hb Januari 2011

Salam para pembaca yang budiman............

Fakir memohon banyak banyak maaf kerana masih lagi belum dapat memulakan penyalinan manuskrip yang terdahulu disebutkan. Tiada sebab dapat diberikan melainkan barangkali masih tiada Kudrat & IradatNya yang disampaikan kepada badan diri ini.

Manuskrip yang disebut itu tiada dicatitkan siapa pengarangnya tetapi ada disebutkan sebaga iILMU DAN MAKRIFAT TOK GURU PERAMU. Ianya ditulis dalam Bahasa Melayu lama dengan ejaan jawi lama. ( contoh ba wau mim bukan bom tetapi bumi )

Fakir tidak pasti sama ada manuskrip ini benar benar hasil karangan Tok Guru Peramu atau ditulis oleh orang lain yang merujuknya sebagai Ilmu Makrifat Tok Guru Peramu.  Namun fakir membiarkan perkara penulis ini sebagai satu persoalan yang tidak dapat fakir selesaikan dan menganggapnya manuskrip itu sebagai satu bahan / sumber ilmu yang bernilai yang barangkali ditulis atau bersumberkan ilmu dari Tok Guru Peramu yang terkenal itu.

Dalam prosesmerumikan manuskrip ini fakir telah sedaya upaya menyesuaikan manuskrip ini dengan Bahasa Melayu moden supaya dapat dan mudah difahami oleh pembaca zaman ini. Sehubungan dengan itu penyalinan manuskrip hingga menjadi ENTRI dilaman ini dilakukan melalui teknik menulis semula apa yang fakir faham dan bukannya perumian manuskrip jawi kepada tulisan rumi secara terus.

Namun begitu perlu ditegaskan bahawa apa apa juga pendapat, fahaman dan tafsiran manuskrip ini merupakan pendapat, fahaman dan tafsiran penulis manuskrip dan bukannya pendapat , fahaman dan tafsiran fakir.

Ada juga terdapat beberapa bahagian dan tulisan khususnya ayat ayat Al-Quran dan hadith hadith yang ditulis mengikut tulisan Arab yang tidak dapat fakir masukkan dan salin kedalam entri kerana kelemahan fakir sendiri dalam perkara ini. Jadi yang diambil hanyalah terjemahan ke- Bahasa Melayunya sahaja.

Selamat membaca..........................

Alfakirabdillah Abdullah Al-Gemasi

PERCOBAAN MENJAWAB PERSOALAN PEMBACA..............

 Posted by alfakirabdillah algemasi on January 13, 2011 at 12:18 PMComments comments (0)
Salam  para pembaca yang budiman, semuga sentiasa dalam Rahmat Allah SWT

Saorang pembaca baru blog ini telah menghantar e.mail kepada Fakir saperti yang  fakir C & P dibawah kerana pada sangkaannya barangkali Fakir dapat memberi sedikit sebanyak penjelasan mengenai persoalan yang dihadapinya berkaitan Ilmu Agama Islam./ Ilmu Hakikat

Sudah pasti Fakir yang fakir ini tidak berkemampuan untuk memberi jawapan yang hakiki melainkan dengan Kudrat / IradatNya jua. Sesungguhnya ia merupakan satu dugaanNya yang berat kepada sifakir ini.

Maka amatlah perlu fakir mengembalikan persoalan ini kepadaNya jua kerana begitulah FirmanNYa ...kepada Allah jualah kembalinya segala persoalan. Fakir hanya dapat mengulangi bacaan HAUQALAH dan menyerahkan segala gerak otak , akal dan jari-jemari fakir untuk menaip jawapan kepada persoalan yang dikemukakan .

Ikutilah apa yang jari jemari ini taip saperti disertakan didalam ENTRI kali ini.

Sebagai manusia yang berjasad dan bernyawa , fakir mohon maaf  terutamanya kepada saudara yang bertanya dan umumnya kepada pembaca seklian sekiranya jawapan yang ditaip tidak memuaskan hati atau jauh dari sasaran.

Fakir juga dengan segala rendah hati mohon pandangan saudara pembaca yang lain dalam mencari jawapan kepada persoalan saudara kita ini. Tq.

Salam takzim,

Fakirabdillah.

.........................................................................................................................

PERSOALAN YANG DIKEMUKAN ( e.mail )

Assalamualaikum Tuan..


Pertama sekali saya perkenalkan diri hamba ini bernama HAMBA ALLAH ( nama saudara kita ini dipadamkan ) dari GS ( lokasi juga dipadamkan ), Perak.

Terima kasih kerana ikhlas menerima jemputan saya di-alam muzakarah peribadi ini. Saya takut untuk kemukakan dalam blog.. takut ada yang kurang mengerti akan hakikat Hamba danTuhannya terseleweng atas muzakarah kita..


Saya yang lemah lagi hina sebenarnya masih belajar dan mencari yang Maha Esa..bermacam aliran ( telah ) saya terokai.. tapi bukan secara mendalam disebabkan faktor persekitaran tempat kerja saya yang kurang sesuai.. dan dalam setiap aliran dan guru2 yang ditemui.. soalan ini yang akan saya huraikan sebentar lagi saya tujukan.. bukan berniat mahu menguji ilmu sesiapa.. seriously saya ingin mengetahui.. saya yakin.. Allah tidak memberikan ilham kepada saya dengan persoalan ini jika tiada jawapannya..


Seperti yang baru ditulis dalam blog tuan baru2 ini.. saya amat setuju dengan"PERCAYA lah bahawa YANG MEMBIMBING dan MENYESATKAN itu HANYAALLAH".. dan saya yakin segala yang ada ini hanya Allah.. Hakikat Ketuhanan dan hambanya sudah saya selami secara ilmiah..

Maka rasanya tuan pasti setuju kalau saya katakan SEGALA YANG BERLAKU PADA KITA SETIAP HELA NAFAS DAN DEGUP JANTUNG KITA ADALAH PERBUATAN ALLAH.. SETIAP ILHAM DAN AKAL FIKIRAN KITA PUN ADALAH DARI ALLAH.. SEKALIPUN PADA SEKETIKA DIHASUT IBLIS DAN SYAITAN..SEMUA ATAS KETENTUAN ALLAH.. PENDEK KATA SEPERTI YG SUDAH TERSIRAT DI LUHMAHFUZZ... BENAR??


Persoalannya:

MENGAPA WAJIB ADA SYURGA DAN NERAKA ( ? )..
MENGAPA ALLAH MURKAKAN HAMBANYA SEDANGKAN DIA YG MELAKUKAN SEMUANYA.. TIADA DAYA BAGI HAMBANYA WALAU SEDIKIT.. AKU BERBUAT MUNKAR.. AKU DITERJAH KE NERAKA.. APA SALAHKU??SEDANGKAN DIA YG MELETAKKAN AKU DALAM SUASANA MUNGKAR ITU.. AKU BERBUAT BAIK..AKU DIKURNIAKAN SYURGA SEDANGKAN AKU TIDAK MEMINTA AKANNYA.. YG AKU MAHU CUMA KASIH DAN SAYANGNYA.."


Tuan faham ( bu ) kan ( ? )  apa yg saya persoalkan di atas.. maafkan saya kerana saya yang bodoh ini tidak pandai menyusun kata2.. saya tulis apa yang terlintas di kepala sahaja.. harap maaf..


Ada guru yang dari jalan ABC ( nama aliran / jalan dipadamkan ) menjelaskan bahawa Syurga dan Neraka tak wujud.. hanya sekadar cerita.. lalu saya nafikan kenyataannya menggunakan kisah pengalaman dari rakan segurunya juga.. seorang sahabat dari aliran  ABC ini yg berada diYala Thailand, ( yang ) mendakwa dia pernah travel ( mengembara kealam ghaib ?) melihat neraka selama 10 hari.. dan selama 10 hari  ( itu ) dia kaku di kerusi tempat dia mula2"ON" ( tafakur ? ) gerak rasa itu.. maka memang sah wujudnya neraka dan syurga itu..( mengikut kawan saya ini )


Juga seorang sahabat dari ( tareqat )  naqsabandi yang  juga membawa jalan ABC ini  pernah menyatakan.. " kaalu tak solat, ingat masuk neraka.. maka akan masuk neraka.. tapi kalau tak solat ingat masuk syurga.. maka akan masuk syurga.."

Kenyataan  ( dia ) ini seolah2  ( menyatakan bahawa ) dia mampu menentukan tempatnya  after-life  ( akhirat ) nanti.. mungkin dia benar, mungkin tidak.. saya tak upaya nak mengatakan apa2.. sebab yakin kata2nya itu bukan dari dia tapi atas Daya Allah jua.


Banyak lagi jawapan lain yang pernah saya dengar.. tapi hinggga hari ini rasa dan perasaan saya masih belum puas mencari..


Harap tuan dapat membimbing saya seada-nya..

Hamba yg lemah lagi hina

Hamba Allah

//////////////////////////////////////

PERCOBAAN MENJELASKAN ....oleh sifakir.

Salam saudara yang bertanya,

Pertamanya ikhlas saya katakan bahawa saya sebenarnya bukanlah tempatyang wajar bagi saudara mengemukakan pertanyaan yang amat berat ini apatah lagiuntuk membimbing saudara

Saperti saudara juga saya merupakan insan kerdil yang diberi minat untuk memasukkan apa yang dirasakan perlu kelaman-blog yang dinamakan sebagai FAKIRABDILLAH ini. Kebanyakan apa yang dijadikan ENTRI merupakan bahan bahan bacaan saya sendiri yang saya rasa elok dikongsikan bersama dengan insan insan yang sealiran. Banyak juga artikel yang menjadi entri lamanblog ini saya tidak faham. Saya juga masih belajar dan ingin terus belajar............

Namun berdasarkan ADAB dan BUDIBAHASA saya mohon kepada Allah Zat Wajibul Wujud Yang Sentiasa Meliputi badandiri / jasad ini untuk memberi jawapan sebaik mungkin.............

PERTAMA

Ada dua pokok persoalan yang saudara kemukakan ..pertamanya kenapakah Allah mengwujudkan Syurga dan Neraka ( kenapa ada DOSA dan PAHALA ?? )

Keduanya kenapa Allah ( boleh ) MURKA akan hambanya sedangkan segala perbuatan sihamba adalah Perbuatan ( AF’AL ) Allah belaka dan amat tidak logik sihamba dicampakkan ke Neraka atas kesalahan yang bukan perlakuannya ?

Bagi saya pada hakikatnya kedua-dua persoalan saudara itu  hanya Allah yang dapat menjawabnya keranaAllah yang mengadakan Syurga dan Neraka dan mengikut kenyataan saudara Allah jualah yang MURKA dan akibat KemurkaanNya itu sihamba dicampakkan ke Neraka.

Kenapa Allah adakan keduanya ? ( Syurga & Neraka ) Tiada manusia yang boleh menjawabnya bagi pihak Allah.( dulu, kini dan selamanya )

Jika ada manusia yang cuba memberi jawapan , maka jawapan itu hanyalah ANDAIAN manusia itu belaka . Jika ada manusia lain yang tidak bersetuju atau bersetuju dengan jawapan manusia pertama tadi , maka apa jua yang dinyatakan masih juga merupakan andaian belaka.

Maknanya tiada siapa yang boleh mengatakan BETUL atau SALAH.

Kenapa Allah MURKA ? Dan kenapa Allah mencampakkan manusia yang menempah KemurkaanNya itu ke Neraka ?  Barangkali persoalan ini boleh dicari jawapannya berdasarkan dalil dalil NAQLI dan berpandukan dalil AQLI yakni hukum akal. ( logik & munasabah )

Dalam hal kedua ini sesiapa sahaja boleh memberi pendapatnya berlandaskan ilmu dan fahaman masing masing namun berkaitan BETUL atau SALAH tiada siapa dapat memastikan melainkan Allah jua.

BETUL atau SALAH pula adalah perkara yang tidak wujud pada hakikinya.Maksudnya konsep betul dan salah wujud dalam tanggapan belaka yang bersifat PERBANDINGAN atau comparative . Ianya banyak bergantung kepada ilmu lebih lebih lagi ilmu yang terdahulu menyerap dalam otak dan akal manusia itu.

Contohnya para ilmuan matematik mengatakan 2 x 2 = 4. Jika kita katakan kepada cucu kita yang masih belum bersekolah  2 x 2 = 7 maka itulah yang betul pada cucu kita itu manakala abangnya yang sudah belajar tahun dua akan berkata salah tutuk , cikgu kata   2 x 2 = 4. Ini adalah kerana kenyataan 2 x 2=4  itu telah dimasukkan kedalam benak cucu kita yang telah bersekolah itu oleh gurunya.

Begitu jugalah halnya dengan kawan Hindu kita yang percaya bahawa Dharma telah menjelma dalam pelbagai bentuk dan nama. Maka banyaklah sembahan kawan kita itu kerana konsep pelbagai tuhan itu telah dimasukkan kebenak mereka oleh nenek moyangnya. Maka dia pun menganggap kita kawannya yang Islam ini berada dipihak yang SALAH yakni TIDAK BETUL..

Rumusannya ialah pedulikan hal Salah dan Betul  dari segi pandangan orang lain. Percayalah pada DIRI SENDIRI dan ILHAM ( khatrat ) Allah.

KEDUA

Perlu juga disebutkan bahawa HAK untuk mengadakan SYURGA dan NERAKA adalah HAK MUTLAK Allah. Allah telah menceritakan bahawa DIA telah mencipta Syurga dan Neraka untuk makhluk ciptaannya di-AKHIRAT ) nanti. Ini jelas dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran sedangkan Al-Quran itu adalah PANDUAN HIDUP setiap muslim.

Maka adakah BENAR jika ada  manusia yang mengaku muslim MENIDAKKAN kewujudan Syurga & Neraka yang diceritakan kepadaNya oleh Tuhannya sendiri? Maka sangat wajarlah manusia itu mencari TUHAN YANG LAIN . Ada ke ????

KETIGA

Begitu juga HAK untuk memasukkan sasaorang hamba yang DIA cipta itu keSYURGA atau ke NERAKA adalah juga HAK MUTLAK Allah. Oleh kerana itulah Allah menghuraikan tentang HUSNUL & SYUUL KHATIMAH dimana jelas dinyatakan bukan Ibadah yang menentukan kedudukanSyurga- Neraka sasaorang itu tetapi KEHENDAK Allah sepenuhnya

Ini bermaksud bahawa KETENTUAN Syurga & Neraka BUKAN TERTAKLUK kepada beribadah atau tidak beribadahnya manusia itu. Sedangkan ibadah itu merupakan perbuatan fizikal dan non-fizikal. Ianya merupakan PERBUATAN / GERAK / LAKUAN manusia itu. ( AF’AL )

Maksudnya bukan PERBUATAN manusia itu yang menentukan kedudukannya di-Akhirat nanti yakni SYURGA atau NERAKA TETAPI KETENTUAN dan KEHENDAK TUHAN. So ..apakah yang membuatkan manusia itu bersusah hati ??????

KEEMPAT

Sebenarnya apa yang saudara kemukakan ialah berkaitan persoalan  TAUHID yakni berkaitan sama ada BENAR segala perbuatan manusia itu adalah AF’AL Allah belaka atau sememangnya perbuatan manusia itu adalah perbuatan manusia itu sendiri.

Perlu juga kita ingat bahawa persoalan TAUHID ialah persoalan BATIN yakni apa yang kita yakini atau PERCAYA sepenuhnya. Ianya bukan persoalan LUARAN yang material. Maknanya ianya ( keyakinan kita / tauhid itu )  tidak dapat ditunjukkan diluar. Ianya didalam diri kita sendiri UNTUK KITA SENDIRI. Pasti Tauhid ini pada luarannya akan mempengaruhi tindak tanduk atau kelakuan seorang individu itu. didunia ini dan juga di-Akhirat nanti.

Sehubungan dengan itu jika kita berpegang kepada TAUHID bahawa manusia itu tidak boleh    bergerak  melainkan digerakkan oleh Allah sama ada gerak itu bersifat     positif ( yakni untuk kebaikan ) atau negatif ( yang mendatangkan keburukan ) maka WAJARlah kita bertauhid bahawa tidaklah patut manusia itu dipertanggungjawabkan kepada perbuatan yang bukannya perbuatan dirinya sendiri tetapi merupakan AF’AL Allah kesemuanya.

Maka berasa BEBASLAH kita dari rasa DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

Maka tidaklah wajar manusia itu mendapat Nikmat Syurga atau dihukum dengan siksa Neraka. SANGAT LOJIK dan MUNASABAH. ( barangkali yang ditumpukan oleh manusia jenis ini ialah untuk BERSAMA TUHAN-nya. )

Apakah balasan yang wajar oleh manusia sebegini ?

Tiada jawapan disini. Setidak-tidaknya  hidup kita didunia ini AMAN & DAMAI tanpa rasa marah, dendam kesumat, benci dan merajuk kerana wajarkah kita berbuat negatif kepada orang yang negatifkan kita sedangkan kita yakini bahawa baik pada diri kita mahupun melalui jasad orang lain kesemuanya- segalanya adalah PERLAKUAN Tuhan ALLAH belaka ? Siapakah kita hendak MARAH dan DENDAM denganTuhan Allah ????

KELIMA

Sebaliknya jika manusia itu YAKIN dan BERIMAN bahawa Af’al Allah tiada berkaitan atau tidak ada apa apa pengaruh ( tidak ada kena mengena ) keatasperbuatan dan kelakuannya, maka adalah wajar manusia itu DIPERTANGGUNGJAWABKAN atau dia sendiri BERTANGGUNGJAWAB atas kelakuan dan perbuatannya.

Maka akan berfungsilah JANJI TUHAN yakni yang baik dibalas dengan PAHALA yakni NIKMAT SYURGA  dan yang jahat atau tidak baik dibalas dengan DOSA yakni SIKSA NERAKA

Dan akan berfungsi jugalah JANJI TUHAN bahawa DIA ALLAH mengikut PRASANGKA hambanya itu . maksudnya jika manusia itu bersangkaan Allah akan mencampakkannya keneraka akibat kejahatannya maka itulah yang akan diperolehinya NANTI...

Sebaliknya jika manusia itu bersangkaan Allah akan mengampuni segala dosanya melainkan dosa syirik maka itulah yang akan diperolehinya yakni KEAMPUNAN HAKIKI Allah dan NIKMAT- lah yang akan didapatinya seperti kedinginan syurga bukannya kepanasan api neraka di AKHIRAT nanti.

Termasuk jugalah hal yang kita bicarakan sebentar tadi yakni berkaitan AF’AL ALLAH..jika kita bersangkaan semuanya Af’al Allah belaka , maka itulah SANGKAAN yang paling SELAMAT berbanding balasan bertanggungjawab atasapa juga tingkah laku kita yang boleh mendatang pahala pahala atau  dosa dosa  .

Boleh selamat ke ??????

KEENAM

Sedangkan atas SIFAT PENGASIH dan PENYAYANGNYA Allah berjanji MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA ( yang berbalas dengan Siksa Neraka ) melainkan DOSA SYIRIK ( tiada ampun bagimu ) dan jika DOSA bertahap NIHIL ( tiada langsung sebelum mati ) apa lagi yang nak dirisaukan . You are  ....a ....SYURGAMAN... brother....

Maksudnya jika manusia itu SEDAR dan INSAF akan KASIH SAYANG Tuhan Allah SWT yang mentajallikannya FAHAM akan AJARAN ALLAH kerana selalu MERUJUK kepada Allah dan FirmanNya ( bukan rujuk kpd hamba Allah bertaraf ustaz ) ...selalu sedar bahawa sebagai ADAB sopan dan kehinaan sebagai hamba yang FAKIR       (beza dengan miskin – fakir = tak mempunyai apa apa – miskin adalah yang dimilikki sikit tapi tak banyak ) maka dia sentiasa sahaja MINTA AMPUN dan selalu TAKUT akan DOSA SYIRIK ( baik kasar atau halus ) maka.....

Peluang baginya untuk MASUK NERAKA adalah pada tahap minimal .....dan peluang baginya untuk MASUK SYURGA adalah pada tahap BANYAK CHANCE-lah bro..camtulah lebih kurang...

KETUJUH

Menurut saudara sasaorang itu HANYA akan dicampakkan ke Neraka jika Allah MURKA. Jika Allah tidak MURKA barangkali sihamba akan di- LETAKKAN diSyurga.

Berdasarkan dalil AQLI maka WAJAR SANGAT-lah sihamba BERUSHA untuk tidak membuatkan Tuhannya MURKA supaya dapat masuk Syurga.

Berdasarkan dalil dalil NAQLI ( bukan AQLI ) apakah yang membuatkan Allah SWT Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih , Maha Mengasehani ( KESIHAN ) dan Maha Pengampun itu menjadi MURKA ?????

Didalam Al-Quran Allah menegaskan :-

Pertamanya DIA ialah Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang akan hambanya yang DIA sendiri cipta / tajalli ,  hingga Allah Berfirman : Sesungguhnya NIKMATKU mengatasi segala-galanya ( Nikmat = Syurga )

Kedua DIA Allah Maha Pengampun , Maha Penerima TAUBAT . Sentiasa mengampunkan kesalahan kesalahan ( dosa dosa ) hambanya ( jika hamba itu minta ampun ) untuk dosa yang dahulu sekarang dan akan datang.

Ini MEMBUKTIKAN kepada sihamba itu  bahawa TUHAN ALLAH yang ditauhid dan diimaninya adalah sangat SUSAH untuk MURKA.

Ketiga DIA Allah tidak sekali –kali MEMAAFKAN apalagi MENGAMPUNKAN hamba yang MENYENGUTUKAN atau MENSYIRIKKAN atau MENDUAKAN– NYA.

Maksudnya TIADA MAAF dan KEAMPUNAN Allah bagi orang YANG TIDAK SECARA IKHLAS MENGAKUI KETUHANAN-NYA. Bukan kah ISLAM itu yakni   ( Alif – Shin – Lam Alf – Mim ) itu bermaksud Allah Mengucapkan Salam Kepada hamba Yang Mengakui KetuhananNya dan Kerasulan Muhammad ??? ( Alif = Allah , Shin = Salamun , Lam Alif = Mengakui Ketuhanan Allah, Mim = Mengakui Kerasulan Muhammad )

INI – LAH SATU SATUNYA DOSA ATAU KESALAHAN YANG MEMBUATKAN ALLAH MURKA TIADA YANG LAIN pada pendapat fakir.

Maka penyelesaian dalam bab hal SYIRIK yang mendatangkan Kemurkaan Allah ini ialah TAUHID – MENGESAKAN Zat – Sifat – Asma’& Af’al Allah yakni bertauhidkan LA MAUJUDA BIHAQQI ILLALAH yang diutarakan oleh ILMU HAKIKAT berlandaskan NAFI dan ISBAT pada peringkat awalnya hingga ketahap TIADA NAFI dan TIADA ISBAT sebagai muktamadnya.

Maksudnya NERAKA itu hanya bagi sihamba yang MENSYIRIKKAN Allah bukan sebaliknya.

Namun fakir juga berpendapat PUNCA sihamba menjadi hamba yang di-MURKAI ( yang menzalimi dirinya sendiri = Firman Allah  )ialah mereka memang dijadikan begitu atas Kehendak Allah jua atas sebab Yang Di-Ketahui Allah jua kerana Allah jua yang membuatkan mereka  TIDAK MAHU menerima Kenyataan Kenyataan  Allah didalam Al – Quran contohnya Firman Allah yang straightforward saperti AKU JADIKAN KAMU dan SEGALA PERBUATAN KAMU.

KELAPAN

Kekadang kita ini BANYAK SANGAT TAKUT bukan pada Allah tetapi takut pada cakap ustaz....contohnya jika sejak baligh hingga berumur 50 tahun jumlah hari tidak berpuasa melebihi 365 hari camno nak GANTI ...ustaz kata kalau tak qadakkan / ganti masuk neraka ..maka kita pun percaya ...dan kita jadi SUSAH HATI serta RISAU tak tentu arah... langsung percaya kita nanti masuk Neraka ....

Itu bab menggantikan PUASA. Bagaimana pula menggantikan sembahyang yang juga melebihi 365 hari. Kena kali lima pulak itu ( satu hari = 5 waktu ) Boleh ke kita buat penggantian itu ???? Mampu ke ? Kalau tidak mampu mengikut ustaz maka bersedialah untuk masuk Neraka. Macam mana nak sedia masuk neraka tu ? kenalah tanya si ustaz bagaimanakah persediaan yang perlu diadakan untuk masuk neraka .....?????

Bagi mereka yang suka MENDALAMI Ilmu Agama dengan BERGURU KPD ALLAH , dia relax je sebab dia YAKIN akan PESANAN NABI bahawa Tafakur sesaat itu mengatasi kebaikan beribadah ( puasa & solat ) selama 70 / 1000 tahun dan dia tahu bahawa tidak mungkin boleh bertafakur SESAAT kena main minit maka mulalah diambil calculator mengkalikan minit kepada saat dan kalikan dengan 70 atau 1000.

Maksudnya Allah atas SIFAT KASIH SAYANG dan KESIHANNYA – dengan sengaja MENYUSAHKAN kita sebagai hambaNya UNTUK MASUK NERAKA dan dengan sengaja pula MEMUDAHKAN kita UNTUK ke SYURGANYA. So why worry ???

KESEMBILAN

Jika sekiranya manusia itu YAKIN bahawa manusialah yang menentukan segala gerak dan diamnya, bekerja, beribadah malah segala galanya .....

Maka sehubungan dengan keyakinan dan iman pada tahap ini maka adalah wajar, lojik dan munasabah manusia itu mendapat faedah atau nikmat dalam bentuk Syurga atau wajar sangat mendapat siksa dalam bentuk siksa Neraka.

Namun Allah secara simbolik menegaskan SEBENAR-NYA hal masuk Syurga dan Neraka ini HAK Allah semata –mata dan secara berkias Allah menegaskan – Aku ampunkan segala dosa dosa-mu melainkan dosa SYIRIK. Dan secara halus dan rahsia Allah menegaskan  NIKMATKU MENGATASI segala –galanya. Ini perlulah kita fikir dan renungkan sedalam-dalamnya.

KESEPULUH

Soalan saya kepada saudara ialah ... dimana kedudukan saudara ?

Adakah saudara yakin seyakin yakinnya bahawa sebagai manusia JASAD saudara TIDAK BOLEH melakukan apa gerakpun melainkan DILAKUKAN OLEH NYAWA saudara ?

Adakah saudara yakin NYAWA saudara itu BERSIFAT KETUHANAN ? Ianya datang dari Tuhan dan akan kembali kepada Tuhan ? ( Al-Latifah Rabbaniah )  Yakin atau tidak ?

Atau ......

Saperti orang yang ramai disana tu..................yang berkeyakinan atas kekuatan dan kepandaian mereka sendiri memisahkan / FARAK diri mereka sebagai manusia dengan Allah yang menzahirkannya. Mereka berkata Allah. itu .Allah –lah ....aku ini  akulah...perbuatan aku tidak ada kena mengena dengan Allah.

Bolehkah mereka menjelaskan bagaimanakah mayat yang dimasukkan keliang lahat itu dapat menjawab soalan mudah malaikat yang menyoalnya jika si NYAWA yang sudah meninggalkan jasad itu tidak kembali untuk membantu ??????

Saudara telahpun menjawab saperti yang saudara katakan :-

Saya katakan SEGALA YANG BERLAKU PADA KITA SETIAP HELA NAFAS DAN DEGUPJANTUNG KITA ADALAH PERBUATAN ALLAH.. SETIAP ILHAM DAN AKAL FIKIRAN KITA PUN ADALAH DARI ALLAH.. SEKALIPUN PADA SEKETIKA DIHASUT IBLIS DAN SYAITAN.. SEMUA ATAS KETENTUAN ALLAH.. PENDEK KATA SEPERTI YG SUDAH TERSIRAT DI LUH MAHFUZZ...BENAR??

Ironinya ialah jika kita percaya SEGALA-GALANYA , Kesemuanya dari sebiji zahrah hingga sebesar planet matahari adalah Ketentuan , Keputusan , Gerak-laku Zat Wajibul Wujud Allah SWT , maka adakah wajar IMAN itu TAUHID itu di- NODAI oleh persoalan persoalan yang tidak mungkin boleh kita dapatkan jawapan sabenar-benarnya ?     ( melainkan satu hujah dan penceritaanyang entah betul atau tidak  saperti entri ini )  – saperti betul ke ada Syurga & Neraka kerana jika tidak ada Syurga dan Neraka maka terbatallah HARI KEMUDIAN yakni Hari Akhirat.

KESEBELAS

Mari kita baca dan cuba fahamkan Firman Allah melalui Surah Al-Jin Ayat 13 yang terjemahannya bermaksud saperti dibawah :-

Barangsiapa BERIMAN kepada Tuhannya , maka ia TIDAK TAKUT akan PENGURANGAN PAHALA dan TIDAK TAKUT PULA akan PENAMBAHAN DOSA dan KESALAHAN.

Soalan pertama ?????

Orang yang BERIMAN macam manakah yang tidak takut kepada berkurangan pahala dan bertambah dosa itu ?

Soalan kedua ...

Jika begitu orang yang takut berkurangan pahala dan takut bertambah dosa ialah orang yang TIDAK BERIMAN

Soalan ketiga ....

Orang yang tidak mengakui Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad ialah orang SYIRIK .
Orang syiriklah penghuni Neraka yang di-MURKAI Allah.

Sekian, terimakasih dan mohon berbanyak maaf jika penjelasan diatas tidak memuaskan hati tuan atau tidak menepati jawapan kepada persoalan tuan.


Salam takzim dari .....