Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Monday, July 04, 2011

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAT

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAT:
  1. Syirik dalam beribadat kepada Allah s.w.t.
  2. Bertawasul kepada makhluk.
  3. Tidak mengkafirkan orang yang telah nyata kafir.
  4. Mereka yang lebih berkeyakinan bahawa ideologi didunia    ini lebih baik dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  5. Membenci apa yang dikatakan sebagai sunnah Rasulullah s.a.w.
  6. Agama dan hukum Islam menjadi bahan sendan atau mainan.
  7. Menilik nasib dan bermain sihir.
  8. Membantu orang kafir dalam menentang Islam.
  9. Percaya bahawa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak menjadi kesalahan kerana semua agma adalah sama.
  10. Menolak sebahagian daripada hukum agama Islam.

15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA:
  1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
  2. Amanat dianggap ghamimah.
  3. Membayar zakat dianggap sesuatu yang merugikan.
  4. Suami tunduk pada isteri.
  5. Derhaka terhadap ibu.
  6. Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran.
  7. Membenci ayah.
  8. Pemimpin diangkat dari golongan rendah akhlaknya.
  9. Membuat bising di dalam masjid
  10. Orang disanjung kerana kejahatannya.
  11. Minum arak berleluasa.
  12. Semakin ramai lelaki memakai sutera.
  13. Wanita menari dikhalayak ramai dianggap sebagai perkara biasa.
  14. Permainan muzik merata-rata.
  15. Umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu.
Adab-adab di dalam Islam
ADAB-ADAB MAKMUM
1. Makmum hendaklah ke masjid atau surau seberapa segera dan sebaik-baiknya sebelum azan dikumandangkan. Maka dia akan banyak memperolehi pahala dalam menunggu, iktikaf dan solat sunat. Itulah yang dikatakan menunggu solat mendapatkan pahala seperti solat.
2. Segera berdiri apabila bilal mengucapkan iqamah dan memberikan makluman agar membentuk shaf. Hendaklah berusaha agar mendapatkan shaf pertama dan tempat utama kalau masih memungkinkan. Apabila shaf utama sudah penuh, hendaklah memenuhkan pula shaf berikutnya dengan memulakan dari bahagian tengah. Begitulah seterusnya sehingga tidak terbentuk suatu shaf baru, melainkan shaf dihadapannya sudah penuh dan rapat.
3. Hendaklah bertenang, memusatkan fikiran kepada Allah sementara menunggu imam mengangkat Takbiratul Ihram. Dalam keadaan seperti itu, sesetengah orang mengucapkan Ushalli…dan sebagainya untuk membantunya memusatkan fikiran sebelum memulakan solat tersebut.
4. Apabila imam telah selesai mengangkat Takbiratul Ihram, makmum hendaklah segera mengangkat Takbirratul Ihram juga agar mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama. Oleh itu bagi yang biasa membaca Ushalli… sebelum bertadbir, sebaiknya dibaca sebelum imam bertadbir atau bersama-sama imam. Hanya jangan mengangkat Takbiratul Ihram terlebih dahulu sebelum imam betul-betul telah selesai Takbirtaul Ihram. Jika telah selesai imam bertakbiratul Ihram, makmum baru membaca audzu…bismillah…dan ushalli…, maka sudah terlepas dari mendapat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama.
5. Hendaklah makmum merendahkan suaranya sekadar yang hanya didengari oleh dirinya sendiri agar tidak mengganggu jemaah yang lain. Sama ada ketika membaca Ushalli, doa, iftitah, fatihah, takbir intiqal dan lain-lain.
6. Hendaklah makmum mendengar bacaan imam seperti Fatihah dan surah. Dikehendaki pula agar makmum ikut membaca fatihah imam di dalam hatinya, untuk menambah kekusyu'an.
7. Makmum hendaklah mengerjakan ruku', iktidal, sujud, bangun dari sujud, duduk di antara dua sujud dan sebagainya setelah imam mengerjakannya.Contohnya jika imam hendak sujud, biarlah sujudnya sempurna iaitu dahi telah mencecah lantai, barulah makmum boleh bergerak. Demikian juga makmum hendaknya mengucapkan takbiratul ihram setelah imam mengucapkannya. Rasulullah s.a.w.memberikan amaran kepada makmum yang mendahului imam ketika mengangkat kepalanya dari sujud. Beliau bersabda ertinya: "Apakah tidak takut orang-orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, bahawa akan dipusing oleh Allah kepalanya menjadi kepala keldai?." (Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
8. Jika imam membuat kesalahan, hendaknya makmum menegurnya dengan bacaan tasbih "Subhanallah", jika makmum lelaki. Jika makmum perempuan dengan menepuk tangan seperti yang dibenarkan oleh syara'.
SANGAT *LOBA ATAS MAKANAN
   Adalah sangat loba atas makanan itu setengah daripada asal segala kejahatan. Kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan. Kerana daripadanya terjadi keinginan kemaluan kemudian mengerasi oleh keinginan makanan dan keinginan jimak. Nescaya terjadi daripadanya sangat loba kepada harta. Kerana tiada dapat menunaikan dua keinginan itu melainkan dengan harta. Dan terjadi daripada ingin kepada harta itu ingin kepada kemegahan. Kerana sukar mengusahai akan harta itu melainkan dengan kemegahan. Kemudian apabila menuntut ia akan harta dan kemegahan dan mendapat ia akan keduanya nescaya berhimpun padanya oleh beberapa banyak daripada kebinasaan, seperti riak dan takbur dan dengki dan berseteru dan lain daripadanya. Dan tempat keluar semuanya itu perut. Maka kerana itu membesarkan oleh Rasullullah s.a.w. akan pekerjaan lapar. Maka bersabda Nabi s.a.w. didalam beberapa hadis baginda– ertinya :-
1. Tiada ada pekerjaan yang lebih kasih kepada ALLAH Taala daripada lapar dan dahaga.
2. Penghulu segala pekerjaan itu lapar.
3. Berfikir itu setengah ibadat, dan sedikit makan itu ia satu ibadat.
4. Yang lebih afdal daripada kamu pada sisi ALLAH Taala yang lebih lama kamu lapar dan berfikir dan yang lebih dibenci daripada kamu kepada ALLAH Taala tiap2 yang banyak makan banyak minum banyak tidur.
5. Tiada memenuhkan oleh manusia akan bejana yang lebih jahat daripada perutnya. Memada oleh manusia akan beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya.  
Menyebut akan segala hadis ini Al-Imam Al-Ghazali didalam kitab Al-Arbai’n Fiaswal Addin.
"Dan ketahui olehmu bahawasanya bagi lapar itu beberapa faedah. Setengah daripadanya nipis hati hingga mendapat ia akan sedap mengerjakan ibadat. Dan setengah daripadanya cerdik hati kerana kenyang itu menyebabkan bodoh dan setengah daripadanya memecahkan keinginan mengerjakan maksiat dan mengerasi atas nafas yang sangat menyuruh dengan kejahatan. Dan setengah daripadanya ringan tubuh bagi sembahyang tahajjud dan mengerjakan ibadat. Dan hilang mengantuk yang menegah ia daripada ibadat dan setengah daripadanya memada dengan sedikit harta dunia. Adapun kenyang itu maka ada padanya beberapa kebinasaan.
1. Ketiadaan sedap mengerjakan ibadat.
2. Menambah keinginan nafsu.
3. Ketiadaan kasihan kepada yang miskin, kerana apabila ia kenyang nescaya menyangka ia akan sekelian manusia semuanya kenyang bersalahan lapar. Maka ia sebab bagi kasihan belas akan orang miskin. Dan inilah setengah daripada hikmah wajib puasa.
4. Lemah daripada mengingat akan ilmu yang memberi manfaat.
5. Bahawasanya orang yang sempurna iman itu pergi datang ia kepada masjid. Dan orang yang banyak kenyang itu lagi datang ia kepada jamban.
Maka jika engkau berkata : sungguhnya telah jadi kenyang itu ibadah bagiku maka betapa aku meninggalkan dia? Maka dijawab bahawasanya yang demikian itu mudah atas mereka yang menghendaki akan dia dengan diansur2. Dan iaitu bahawa mengurangi engkau pada tiap-tiap hari daripada makanan engkau yang biasa kadar sesuap hingga mengurangi engkau akan sepinggan didalam sebulan. Maka tiada nyata bekas mengurangkan itu pada diri engkau dan jadilah mensedikitkan itu adat engkau.  
Dan ketahui olehmu bahawasanya mensedikitkan makan itu 3 pangkat iaitu:-
1. Al-Siddiqin iaitu menyimpankan atas kadar yang memelihara badannya daripada binasa. Dan iaitu kadar yang ditakuti dengan sebab kurang daripadanya akan binasa akal atau mensebabkan mati.
2. Bahawa terpada ia dengan setengah cupak tiap2 hari. Dan iaitu memenuhi sepertiga perut. Dan atas yang demikian itu memperbuat oleh Saidina Umar r.a. dan jemaah daripada sahabat kerana adalah makanan mereka itu segantang syair (syien-a’in-ya-rho) pada tiap-tiap tujuh hari. Yang ketika bahawa memadakan secupak tiap2 hari. Dan apabila melebihi akan yang demikian itu maka ia bersekutu akan orang kebanyakan dan masuk didalam membanyakkan makan. Adapun mensedikitkan makan dengan ditilik kepada masa maka iaitu 3 pangkat jua, iaitu:-
             i. Yang lebih tingginya bahawa lapar ia tiga hari atau lebih. Ertinya tiap2 tiga hari atau lebih sekali makan. Maka sesungguhnya adalah Saidina Abu Bakar r.a. lapar ia enam hari.
            ii. Dan adapun yang pertengahan bahawa makan ia pada tiap-tiap dua hari.
           iii. Dan yang lebih rendah bahawa makan ia tiap-tiap hari sekali.
Adapun mereka yang makan dua kali pada tiap-tiap hari maka tiada ada baginya kelakuan lapar sama sekali. Dan adalah dia meninggalkan kelebihan lapar.
*LOBA = kuat makan; pelahap atas makanan; suka makan; nafsu makan yang kuat; asyik nak makan; sangat bernafsu atas makanan; mencintai dalam perkara makan dan segala yang menyebabkan kepada cinta dan suka atas perkara makan (yanng membawa kepada kekenyangan perut)
HUBUNGAN MANUSIA DAN HAIWAN
 

Bersama-sama dengan manusia, tuhan menjadikan binatang yang juga makhlukNya Firman Allah:
"Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada tuhannya mereka dikumpulkan." Al An'am 38
 

Jelas dari ayat di atas menunjukkan binatang juga diberi penilaian dan haknya. Dengan itu manusia juga mempunyai tanggungjawab terhadap haiwan. Antaranya:
 
1. Memberinya makan dan minum bila diperlukan. Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani."
 
2. Mengasihani binatang. Sabda Rasulullah apabila baginda melihat beberapa orang menjadikan burung sebagai sasaran panah mereka: "Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai sasaran." Mutafaq 'alaih
 
3. Janganlah menyiksa haiwan ketika menyembelihnya atau membunuhnya. Sembelihan hendaklah dengan pisau yang tajam. 
 
4. Janganlah menyiksa binatang dengan apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah:"Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah". Riwayat Bukhari
 

Bagaimanapun, dibenarkan membunuh binatang yang menyakiti manusia atau yang menimbulkan bahaya kepada manusia. Tetapi pembunuhan itu hendaklah dengan cara tidak menyiksanya.

Syukur
Mempergunakan nikmat atau pemberian yang ada pada kita sesuai dengan yang dikehendaki oleh yang memberi kenikmatan itu. Boleh juga diertikan mempergunakan sesuatu pemberian Allah sesuai dengan yang ditentukan oleh Allah. Dengan itu orang yang tidak mempergunakan kurniaan Allah pada jalan yang diredaiNya maka orang itu kufur terhadap kurniaan Allah atau dia tidak bersyukur kepada Allah. Termasuk dalam golongan orang yang tidak bersyukur ialah orang yang tidak mempergunakan pemberian Allah dan membiarkan pemberian itu begitu sahaja dan membazir. Kesimpulanya, syukur bermaksud patuh dan taat.
Antara tindakan yang menandakan syukur itu ialah:
1. Merasa gembira atas sesuatu pemberian yang diterima.
2. Menyatakan kegembiraan dengan ucapan dan perbuatan.
3. Memelihara pemberian dengan baik dan mempergunakannya sesuai dengan yang dikehendaki oleh pemberi.
4. Membalas pemberian tersebut. Kalau kepada Allah maka dibalas dengan mempergunakan kurniaanNya dengan landasan patuh dan taat kepadaNya. Kalau kepada manusia, pemberian itu dibalas dengan pemberian lain atau sekurangnya dengan doa.
Sebab kufur nikmat
1. Sebab kebodohan dan tidak mengerti.Harta kekayaan atau sebagainya yang dianugerahkan oleh Allah tidak dapat mereka fahami sebagai nikmat Allah. Bahkan mereka merasa datangnya atas usaha mereka . Mereka lupa dan lalai bahawa itu ialah nikmat Allah yang perlu dibalas dengan rasa syukur. Apabila mereka ditimpa bencana atau sakit, atau kesusahan, mereka mulai memohon pertolongan Allah.
2. Ada orang yang mengetahui nikmat Allah tetapi enggan bersyukur atau melakukan perkara yang menyatakan syukur. Ini disebabkan mereka terpengaruh oleh hawa nafsu.
3. Kufur nikmat disebabkan mereka yang selalu melihat ke atas dan tidak melihat ke bawah. Disebabkan ia selalu melihat ke atas maka ia biasanya tidak mudah merasa cukup dengan apa yang dia ada. Dia sentiasa mahu menambah apa yang ada padanya dan merasa tidak cukup apa yang ada. Jika ia memandang ke bawah tentu ia merasa syukur kerana ia mempunyai lebih dari orang lain.
Bencana yang menimpa juga perlu diterima dengan rasa syukur kerana:
1. Setiap bencana yang menimpa kita haruslah diterima dengan rasa syukur kerana Allah boleh menimpakan bencana yang lebih besar. Sebesar manapun kita menerima bencana, Allah Maha Berkuasa menurunkan bencana lebih besar. Bersyukurlah kerana kita tidak ditimpakan bencana lebih besar dari yang kita telah terima.
2. Sesuatu bencana dari Allah di dunia adalah merupakan kifarat kepada dosa yang kita telah lakukan agar kita insaf. Bayangkan jika Allah tangguhkan hukumanNya hingga akhirat, maka kita akan lebih menderita kerana satu hari di akhirat adalah bersamaan 1000 tahun di dunia serta siksaan di akhirat adalah jauh lebih mengerikan.Sabda Rasulullah:"Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hambaNya, maka Ia turunkan siksaanNya di dunia dan jika menghendaki kebinasaanNya, maka ia menangguhkan dosanya hingga Ia membalasnya di akhirat." Durratun Nashihin
3. Bencana yang ditimpakan adalah merupakan peluang untuk seseorang memperolehi ganjaran di sisi Allah iaitu ganjaran kerana ia bersabar. Firman Allah "Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan dipenuhi pahalanya tanpa ada batas hitungannya." Az Zumar 10.
Keuntungan bagi mereka yang bersyukur
1. Orang yang bersyukur tidak akan disiksa oleh Allah: Firman Allah: "Mengapa Allah menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui." An Nisaa 147
2. Orang yang bersyukur diberi tambahan nikmat oleh Allah. Firman Allah: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Ku tambahkan nikmat Ku dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih" Ibrahim 7
3. Orang yang bersyukur akan merasakan ketenteraman jiwa dan memiliki sifat merasa cukup dengan apa yang ada (qanaah). Dia tidak merasa resah gelisah kerana kekurangan yang ada pada dirinya.
4. Orang yang bersyukur menafaatkan apa yang telah dikurniakan kepadanya sebaik mungkin sebagai suatu nikmat dari Allah.
5. Orang-orang yang bersyukur akan mudah dalam pergaulan dan disenangi masyarakat.
 Keuntungan bagi mereka yang sabar
1. Mereka memperolehi pahala yang tiada terkira banyaknya (Firman Allah surah Az Zumar :10)
2. Mereka akan dihapuskan dosanya oleh Allah. Sabda Rasulullah "Tidak ada seorang muslim yang terkena suatu gangguan, baik berupa duri atau lebih dari itu, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahannya dan menggugurkan dosanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon." Riwayat Bukhari dan Muslim.
3. Mereka akan memperolehi kebahagiaan hidup di akhirat. Sabda Rasulullah: "Allah pasti akan menguji salah seorang dari kamu dengan sesuatu kesusahan, seperti halnya salah seorang dari kamu menguji emasnya dengan api. Sebahagian dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian yang lain ada yang keluar seperti emas yang hitam. Riwayat Tabrani.
MEMBERI SALAM
Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.
Hikmah memberi salam :
- mendapat keredhaan Allah
- mendapat doa dari para malaikat
- akan mendukacitakan iblis
- dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)
- dapat mengukuhkan persaudaraan Islam
Dulu kita bangga memberi salam kepada saudara Islam tapi kini kita lebih  selesa dengan hanya menyebut "Hai". Kononnya lebih mudah dan ringkas. Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ini segalanya perlu cepat. Kalau  menyebut "Assalamualaikum", belum habis menyebut salam, orang tersebut sudah tiada di depan mata. Itulah antara alasan yang sering digunakan apabila ditanya kenapa dan mengapa mereka lebih suka mengucapkan "hai" daripada "Assalamualaikum". Tapi sebenarnya ia menunjukkan betapa rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hari ini.
Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa menyebut "Assalamualaikum" dah tak serasi dengan zaman, dah tak moden dan tak ikut arus peredaran zaman. Memberi  salam juga seolah-olah hanya budaya pak aji dan mak aji sahaja. Sedangkan  memberi salam adalah dituntut dalam Islam terhadap seluruh umatnya. Seperti  yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud, "Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah perkara yang terbaik  di dalam Islam?" Beliau menjawab: "Memberi makanan dan memberi salam kepada  orang yang kau kenal atau tidak kau kenal"  (HR. Bukhari dan Muslim)                                        
Dan di antara hak Muslim adalah mengucapkan salam kepada sesama Muslim.  
Sabda Rasulullah SAW: "Demi Dzat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak masuk syurga  sehingga  mereka beriman, dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling  menyinta. Maukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu saling  menyinta?  Sebarkan salam di kalangan kamu." 
"Dari Abu Hurairah Ra, "Rasulullah SAW bersabda, "Yang berkendaraan  lebih dahulu mengucapkan salam kepada yang berjalan kaku; yang berjalan kakimengucapkan salam kepada yang duduk, dan rombongan yang sedikit mengucapkan  salam kepada rombongan yang banyak."  (HR. Muslim)
Reda dengan ketentuan Allah dan buatlah kebajikan
Reda bermaksud menyerahkan diri  sepenuhnya kepada ketentuan Allah, menerima takdir-Nya tanpa perasaan gelisah dan keluh kesah. Reda juga ialah pasrah kepada  kekuasaan Allah semata-mata. Jesteru itu rebutlah sebanyak-banyak peluang mengerjakan amalan yang harus dengan niat membantu ibadah dan mencari keredaan Allah. Ambillah pengajaran daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w, bermaksud: "Tiada pahala bagi sesiapa yang tidak membuat perkiraan kepada-Nya".
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mencatatkan segala kebajikan dan kejahatan (kemudian) Dia menyatakan yang demikian di dalam kitab-Nya maka sesiapa bercita-cita (berniat) akan melakukan sesuatu kebaikan (tetapi) tidak dilakukannya, nescaya dicatatkan baginya satu kebajikan yang sempurna dan jika dia bercita-cita mengerjakan kebajikan dan terus melakukannya nescaya dicatatkan baginya 10 kebajikan yang digandakan sampai 700 kali ganda, malah sampai banyak kali pergandaan pahalanya (tiada terhingga menurut imbangan suci dan ikhlas hatinya). Sebaliknya sesiapa bercita-cita (berazam) mengerjakan sesuatu kejahatan tetapi tidak dilakukannya (iaitu ditinggalkannya kerana mencari keredaan Allah) nescaya dicatatkan Allah baginya satu kebajikan yang sempurna dan jika dia bercita-cita jahat lalu dilakukanya kejahatan itu maka dicatatkan baginya satu kejahatan sahaja".
Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa bercita-cita melakukan kebaikan sedang dia belum mengerjakannya dicatatkan baginya satu kebajikan dan sesiapa bercita-cita melakukan kebaikan lalu mengerjakannya dicatat baginya 10 kali ganda hingga 700 pergandaan dan sesiapa bercita-cita melakukan kejahatan sedangkan dia belum mengerjakannya maka belum dicatat ke atasnya dan jika dia mengerjakannya dicatatlah kejahatan itu (dengan satu kejahatan sahaja)”.
Allah memberikan pergandaan pahala kepada orang yang ikhlas dan pelbagai tingkatan berdasarkan pengetahuan-Nya Yang maha Luas mengenai gerakan hati hamba-Nya dan mendorong mereka melakukan amalan itu.
IKHLAS
IKHLAS bermaksud segala amal baik yang dilaksanakan manusia kerana mengikut perintah Allah dan menuntut keredhaan-Nya adalah dihukum sebagai ibadat, diberi pahala sepenuhnya meskipun pekerjaan atau amal itu termasuk perkara yang dicenderungi oleh tabii manusia, ia hendaklah dilaksanakan dengan niat ikhlas kepada Allah.
Kesempurnaan ikhlas itu dengan tiga syarat:
Pertama : Baik niat atau berniat baik yang bertujuan suci dan tinggi menuju keredhaan Allah, tidak memandang selain daripada-Nya.
Kedua : Baik amalan iaitu amalan yang berdasarkan syarak menurut rukun dan syaratnya. Kebaikan dan faedahnya nyata sekali, baik kesudahannya iaitu menguntungkan dunia dan akhirat.
Ketiga : Baik sikap iaitu mempunyai pandangan dan sikap yang baik terhadap Allah, menyerahkan harapan kepada Allah dan keredhaan-Nya semata-mata, redha kepada Qada dan Qadar Allah, menaruh prasangka atau anggapan baik kepada saudara seagama serta mengharapkan kemurahan dan rahmat Allah.
Justeru itu, pasangkanlah niat yang baik dan ikhlas pada segala rupa perbuatan yang baik dan kebajikan serta penuhilah syarat kesempurnaan ikhlas dalam segala rupa amalan agar ia tidak sia-sia di sisi Allah. Memasang niat yang baik dan diredhai Allah bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia memerlukan petunjuk dan nur Allah serta kecerdasan akal untuk membekali hidup dengan cara yang tidak pernah terbayang oleh orang yang cetek fikirannya. 
KEJIRANAN DALAM ISLAM
Kehidupan berjiran adalah suatu budaya hidup yang dituntut oleh Islam. Budaya yang diamalkan oleh kita pada hari ini, iaitu menghormati jiran dan menjaga hak-hak jiran kita. Kita bersyukur kepada Allah kerana mendapat jiran yang baik dengan menghormati kita sebagai jirannya.
Namun demikian ada juga yang malang sebab mendapat jiran yang tidak menjaga hak kita sebagai jiran atau jiran kita pula tidak mendapat jiran yang menjaga haknya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berbuat baiklah kepada jiran yang berjiran denganmu, nescaya engkau menjadi seorang muslim (yang sejati)."
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, "Bimbingan Mukmin" menyatakan beberapa hak dan tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:
Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya.Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik, Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana.Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya. Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran.

AKHLAK DENGAN IBUBAPA
- Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.
Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
 -Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.
Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.
Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya. \
Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
- Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.
Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui tetamu).
Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
Tidak meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.
Tidak memotong perbualan mereka.
Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.
Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.
Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.
Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.
Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak berjalan di hadapan (mendahului) mereka.
Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati. 
Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibubapa mereka.
Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.
BERBAKTI KEPADA IBUBAPA SETELAH KEMATIAN MEREKA
Berbuat baik kepada kedua ibubapa bukanlah berakhir setelah kematian mereka, tetapi hendaklah diteruskan selepas kematian mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah:
1.Menyembahyangkan jenazahnya. Jika ia anak lelaki maka lebih utama ia mengimamkan solat jenazah ke atas kedua ibubapanya serta membaca doa bagi mereka.
2.Sentiasa memohon keampunan dosa kedua ibubapa. Ini antara tanda anak yang soleh.
3.Menunaikan janji yang belum sempat ditunaikan oleh ibubapa sebelum kematiannya. Janji ini tarmasuk sedekah jariah, wakaf dan sebagainya.
4.Berbuat baik kepada sahabat baik ibu bapa seperti meneruskan hubungan silaturrahim dengan sahabat baik mereka.Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya termasuk perbuatan yang paling baik ialah meneruskan silaturrahim dengan sahabat baik bapanya sesudah bapanya meninggal”. Riwayat Muslim.
5.Membantu keluarga yang dahulunya dibantu oleh ibubapanya. Abu Daud meriwayatkan satu hadis: Telah datang seorang bertanya kepada Rasulullah adakah sesuatu kebaikan yang masih ia dapat dilakukan kepada ibubapanya sesudah mereka meninggal dunia. Rasulullah menjawab "Ada; iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi keduanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat keduanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada keduanya”. Riwayat Abu Daud.
Mendidik Anak-Anak
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNya. Firman ALLAH s.w.t. : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15) Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
♦ Saidul (penghulu) Istighfar
♦ Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
♦ Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
♦ Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
♦ Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
♦ Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
♦ Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
♦ menakutkan anak-anak dengan sekolah
♦ menakutkan dengan tempat gelap
♦ menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
♦ menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak. Ttidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Menegur anak secara negatif. Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah) dan membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah jawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan berikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
PERHIASAN MENURUT ISLAM
Manusia memang sukakan perhiasan. Dalam Islam perhiasan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti perhiasan diri, perhiasan harta dan perhiasan anak. Kecantikan rupa paras adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan mahal harganya. Kekayaan dan anak-anak juga menjadi perhiasan dan manusia berusaha memilikinya. Islam tidak melarang manusia lelaki dan manusia perempuan berhias diri selagi tidak melanggar etika perhiasan dalam Islam.
Dalam Islam perhiasan juga bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk . Apa yang diharuskan ialah sekadar zahirnya sahaja. Seperti Firman Allah yang bermaksud: "Janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang zahir daripadanya sahaja" An-Nur:30.
Perhiasan yang zahir ialah muka dan tapak tangannya. Jadi lantaran itu jagalah perhiasan yang dipakai oleh anak dan isteri kita supaya tidak berlebih-lebih dan menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan fitnah dan rasa cemburu orang lain melihatnya.
ADAB BERSENDAWA
Hendaklah berusaha supaya tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang banyak. Jika tidak dapat menghindarinya, bersendawalah dengan suara yang ringan, dan kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.
Sabda Rasulullah: Dari Abu Juhaifah r.a katanya, "Aku memakan kepingan roti dan daging, kemudian aku mendatangi Nabi s.a.w lalu aku sendawa. Baginda bersabda: Pendekkan sendawamu, kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia."
ADAB KETIKA MENGUAP
Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Kita disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung.
Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia adalah dari syaitan.
Rasulullah bersabda: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah (Alhamdulillah), hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.” Riwayat Bukhari.
Adab-adab Buang Air Besar dan Air Kecil

1. Meminta izin sebelum masuk ke dalam jamban dengan cara mengetuk pintunya atau menunggu di luar beberapa ketika, terlebih-lebih lagi jika jamban itu kegunaan awam. Jangan masuk kecuali setelah benar-benar mahu buang air.
2. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar. Dan ketika masuk disuruh membaca doa.
3. Membaca doa sebaik sahaja keluar dari jamban. Doanya ialah: "Aku mohon keampunan-Mu, segala puji bagi Allah yang telah menjauhi kesakitan dari aku dan yang telah memberi kesihatan kepadaku".
4. Jangan mengadap kiblat dan jangan pula membelakanginya ketika qada' hajat itu sebagai menghormati Kaabah.
5. Jangan membawa sesuatu yang padanya tertulis nama Allah, kitab al-Quran atau sebahagian dari ayat-ayatnya.
6. Dilarang bercakap ketika qada' hajat tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan.
7. Jangan kencing dalam keadaan berdiri kerana ditakuti ia terkena percikan kencingnya.
" Daripada Aisyah r.a katanya:' Siapapun yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah s.a.w pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya (jangan mempercayainya)".
ENAM PERKARA TERCELA AKIBAT BANYAK MAKAN
Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?" Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-
1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.
2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.
3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.
4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.
5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.
6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.
ADAB TIDUR
1. Jangan Terlalu Kenyang—Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok untuk kesihatan. Perut yang kenyang akan menyebabkan cepat berasa mengantuk dan susah untuk bangun tidur
2. Berwuduk—Gosoklah gigi selepas makan atau sebelum masuk tidur. Biasakan diri mengambil air sembahyang sebelum tidur kerana malaikat menyukai orang yang selalu berwuduk.
3. Mengingati Kesilapan—Sebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi. Beristigfarlah memohon keampunan dari Allah.
4. Mahu Bangun Awal— Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris dua ayat-ayat Al-Quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil niatkan di dalam hati mahu bangun awal.
5. Membaca Doa— Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu: Maksudnya: "Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati." Tidurlah dengan mengiring ke kanan dan seeloknya menghadapkan muka ke kiblat.
6. Bangun Pagi—Jika terjaga di tengah malam, ucapkanlah istigfar atau memuji kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula doa: Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepada-Nya kami akan dibangkitkan."
7. Niat Yang Baik– Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.
4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )
Rasulallah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : 
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredzai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasulallah tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 
Membacalah shalawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredzai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"