Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Monday, June 27, 2011

AL-QURAN MEWAJIBKAN KITA MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA

AL-QURAN MEWAJIBKAN KITA MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA

"Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah. Mereka itu dalam keadaan sesat yang nyata"(Al-Zumar:22) 
- Sila baca didalam bahasa arab dan fahamkan maksudnya.(Dimaksudkan disini ialah hatinya)

Bolehkah sekejap kita zikir..sekejap lagi kita dicelakai oleh Allah, kemudian berzikir lagi. Kemudian dicelaka lagi? Itu tanda wajib ingat Allah setiap masa. Kalau lupa kita istighfar. Kerana bukan disengajakan. Tetapi kalau menghukum sunat, atau sengaja tidak mahu buat itu yang bahaya.

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan” ( Muzammil : 8)

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (di Dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang”(Al-Insan:25)

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang (Al-Ahzab:41-42)

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)

“Wahai Orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka teguhlah hati mu dan zikrullah (sebutlah dan ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (Al-Anfaal : 45)

“Iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata : “Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Al-Imran:191)

“kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)”.(al-Jumaah:10)

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu berzikrullah (menyebut dan mengingati) Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (An-Nisa:103)
Bermakna ingat pada Allah sentiasa. Berdiri, duduk dan berbaring. 
Berdiri – jual beli, solat, berjalan, bekerja, bersalaman, sedekah, dan berbagai lagi.
Duduk – Solat, bekerja, membaca, menaiki kenderaan, menggunakan computer, mesyuarat, didalam tandas, menunggu dan sebagainya.
Baring – Ketika hendak tidur, tidur, rehat, sakit dan sebagainya.

Ayat –ayat diatas sudah cukup untuk memberitahu betapa pentingnya mengingati Allah pada setiap masa dihati, dan ditambah dengan bertasbih pula dengan namanya diwaktu pagi dan petang. MengingatiNya, Allah janji akan dilindungai dari bisikan syaitan, akan pelihara dari musuh, kita akan ikhlas kan hati ibadah semata-mata kerana Allah. Dan dengan mengingati Allah, kalbu akan memerintah seluruh anggota supaya tunduk dengan syariat Allah kerana itulah perlu dilakukan setiap masa.

Ingatlah..arak itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah? Bagaimana pula lalai ketika mengerjakan solat? Sama sahaja, hukumnya haram sebab itu ingat pada Allah setiap saat itu wajib bukan sunat.

"janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah "(Al-munafiqun :9)

SOLAT KAUM MUNAFIK

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri solat, mereka berdiri Dengan malas. Mereka bertujuan riak (memperlihatkan solat) kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah (didalam solat) melainkan sedikit sekali.”(An-Nisaa:142)

Kalau solat mengingati makna atau maksud ayat, munafiklah. Solat itu hati ingat Allah bukan makna. kerana makna ayat al-quran itu mcm-mcm ada cerita pasal firaun..ada cerita pasal kaum nabi luth..kalau ingat makna ingat firaun le..

Perbanyakkan menyebut nama Allah dihati ketika solat supaya tidak lalai. Ingatlah kusyuk itu bukan didalam solat sahaja..tetapi sebelum solat sudah kusyuk..

“Sesungguhnya berjayalah orang Yang berusaha membersihkan dirinya, dan menyebut-nyebut nama Tuhannya ketika solat (kusyuk).” (al_A’ala 14-15)

Jadi orang mukmin selamat. selamat dunia dan akhirat. Orang yang ingat pada Allah itu selamat dari syaitan.

“Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas*) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)

*Beriman dengan ikhlas –Bermaksud pekerjaan yang dilakukan dengan mengingati Allah setiap masa itulah ikhlas kerana Allah. Sesaat lupa pada Allah berkemungkinan ibadah itu kerana selainnya samada datangnya sifat riak, bangga, merasakan diri berdaya melakukan ibadah dan lainnya kerana iblislah yang membisikkan arahannya.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang dan wanita islam dan beriman dan taat dan benar dan sabar dan merendah diri dan bersedekah dan berpuasa dan memelihara kehormatannya dan menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.”(Al-ahzab:35)

Tidak cukup sekadar seorang yang taat, benar, sabar, merendah diri, dan sebagainya tetapi wajiblah dia seorang yang tergolong dalam golongan orang-orang yang banyak menyebut nama Allah.

“Allah menjadikan iman itu kecintaan mu serta di perhiaskannya Dalam hati kamu”(Al-Hujarat:7)

Ketahuilah orang yang beriman itu ada tanda perhiasan yang cantik iaitu tanda kalimah didalam hatinya yang nampak dipandangan mata hati dan orang beriman itu sentiasa mendengar hatinya berzikrullah setiap saat tidak seperti orang kufur;

“(Iaitu) orang-orang Yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda Yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.”(Al-Kahfi:101)

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku ingat padamu; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.”(Al-Baqarah:152)

Maka kalau ingin tahu kedudukan kita disisi Allah, rasullullah pesan lihatlah dihati mu. Kalau hati itu banyak mengingati Allah, itu tanda Allah sayang pada kamu. Marilah kita banyak-banyak mengingati Allah agar kita terdiri dari orang yang beriman. Dapat hidup bahagia dunia akhirat. Seperti janji allah kepada orang beriman apabila tiba hari kiamat;

"muka (orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri,tertawa, lagi bersuka ria (Abasa : 38-39)

Beza antara orang beriman dan orang mukmin itu nafsunya. Agar kita mencapai nafsu mutmainnah iaitu yang sentiasa cintakan kebaikan setiap masa.

"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (Mutmainnah). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

JALAN MENUJU MUKMIN
Jalan menuju mukmin itu 4 perkara. Iaitu Al-Quran, zikrullah(ingat Allah setiap masa), Hidayah (Al-Furqan) dan kitab-kitab.
Jadi yang pertama perbanyakkan membaca Al-Quran(belajarlah kefahaman bukan hanya belajar tajwid dan lagu) Dalilnya : 

“…Sungguh telah datang padamu dari Allah, nuur (cahaya) dan kitab yang jelas dan menjelaskan” – (Al-Maidah :15)

“Dia lah Yang memasukkan ketenangan ke Dalam hati orang-orang Yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin”(Al-Fath:4)
Yang kedua ialah Zikrullah. Iaitu mengingati Allah (setiap masa). Bila hati sentiasa berzikrullah, Barulah Allah berikan hidayah;

“dan sesiapa Yang beriman(sentiasa mengingati) kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (Memberi hidayah); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui. (At-Taghaabun:11)
Dan Yang ketiga sampailah hidayah Allah atau Al-Furqan dan Dialah yang mengajar manusia menerusi hambanya yang dilantik untuk menyampaikan (iaitu Rasullullah) Dalilnya :

“dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang Yang lain dari mereka, Yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Jumaah:3)

“Dan tiada lah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman)” (Surah Al-Anbiyaa : 107)
Dan yang keempat adalah kitab-kitab pengajian tulisan ulama-ulama dan lain-lainnya.

Sampai-sampaikan dan Luruskan kembali jalan kita selama ini..insyaallah. Perbetulkan kembali saudara-saudara islam kita supaya sama-sama menjadi orang beriman. Kerana sekiranya tiada iman tidak bergunalah solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah yang lainnya. Ibadah-ibadah itu Allah wajibkan ketas orang-orang beriman, bukan orang islam kerana kalau ktia pandukan ayat Al-Quran suruhan beribadah kebanyakannya dimulakan dengan “Wahai orang-orang beriman” bukan “Wahai orang-orang islam”.

Sebab itulah Rasullullah mengajak sahabat-sahabat beriman dahulu selama 13 tahun, setelah itu barulah turun ayat-ayat menyuruh melakukan ibadah iaitu setelah sahabat-sahabat telah beriman. Tetapi kita hari ini tidak mahu melatih diri kita untuk beriman tetapi terus melakukan ibadah.

Sampaikan kepada rakan-rakan, Photocopy atau email dan sebarkan semoga bertambah ramai umat islam yang beriman dikalangan kita. 

Origanl copy boleh didapati di mukminblog.blogspot.com



Sunday, June 26, 2011

Nikah Batin




Nikah Batin : Penyatuan jasad dan Roh.

Nikah batin : iaitu penyatuan antara jasad dan roh. Jasad yg punyai hati(kalbu) sentiasa mengingati allah, disayangi roh nafsu mutmainnah. Pernikahan mengakrabkan hubungan yg terbentuk di kalbun(batin hati) akan memperoleh kesempurnaan penyaksian terhadap kalimah kemuliaan allah.. bila dah bersatu, barulah jadi manusia.... jasad terpelihara dunia akhirat..kalau ikut hati(kalbi)-lalai jadilah haiwan, dapat kerugian..

Jasad manusia + roh haiwan=xsah. Jasad manusia+roh syaitan=xsah. Jasad manusia + jasad manusia (secara batin) = xsah. jsad manusia + roh manusia, baru lah sah...roh dan malaikat itu makhluk yg boleh dikenal. Allah itu sendiri tidak boleh dikenal melainkan kemuliaan, sifat, zat, asma dan felinya shaja....maka carilah yg boleh dikenali dulu..

jadi dikehendakkan kita peratikan dalam diri kita, adakah roh yg didalam itu roh manusia, roh haiwan atau roh syaitan..

nak kenal roh syaitan, ialah bila dalam diri itu mengajak berbuat kemungkaran, malas solat, niat nak menipu org, niat nak curi tulang, atau kalau ajak kebaikan mesti nakkan ganjaran.. tolong org kerna maukan sesuatu, sedekah, harapkan balasan, solat, harap kan pahala, puasa, harapkan pahala. pahala itu ganjaran..bukan mengharap. selalu ingat dunia..fikikan harta, anak2 dan sbgainya.

Roh haiwan pula, asyik teringat nak makan, tamak, ingat nak berpasang-pasangan, tidak fikir kepayahan org lain, harta orang, harta kita, dan ada kebaikan roh haiwan, kasih sayang, tolong menolong, selalu ingat ciptaan allah, menghargai pemberian allah, tapi tak mau sebut nama kemuliaan allah dihati. asyik ingat makluk ciptaan allah, tapi tidak mahu ingat allah. banyak amalan luaran, kaki, tangan, lidah, tetapi berat nak lakukan amalan hati.

Roh manusia : amalan, kerja, kehendak, kelakuan yg dilakukan jasad, sentiasa disertakan ingatan kepada Allah tidak lalai sedikit pun. Tidak cintakan dunia, selalu memikirkan kehidupan akhirat berbanding dunia, beramal mendapat keseronokan, ...beramal mendapat hasil, terbuka hijab2, kenal siapa syaitan, kenal siapa malaikat, kenal siapa roh. kenal dengan pengalaman, bukan dengan bacaan, atau penceritaan orang lain. hidup dipelihara allah, sentiasa tenang, tidak gentar melainkan gentar kepada allah sahaja, hidup dengan satu tanda iaitu kalimah kemuliaan didada..

Rosak hati, rosak lah jasad..

HATI manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Rosak disini bermaksud rosak semasa hidup, dan rosak setelah mati. Jasad pula bermaksud dari segi fizikal dan amalannya. Rosak fizikal artinya binasa oleh musuh, rosak amalannya pula menggambarkan amlan-amalan yg terbatal. Jasad org yg bersih suci hatinya akan dipelihara oleh Allah di dunia, kubur dan ahkhirat.

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak.

Di dalam Al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati dengan pelbagai istilah. Melalui ayat-ayat itu juga diterangkan, hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah Subhanahu Wataala.

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara. Pertama, seseorang itu menjaga semua amalannya dengan melakukan kerana ALlah. Seseorang yang takut kepada allah akan mengingatiNya dimana sahaja dia berada, kerana mengetahui allah melihat apa yg sedang dikerjakan.

Kedua, dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu. jauh daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

Selain itu, pandangan juga dipelihara daripada melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati. Bagaimanapun diharuskan kita memandang dengan penuh keinsafan atau untuk mengambil iktibar.

Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita. Orang yang menjaga hati, nafsunya kan tunduk.

Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.

Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah Subhanahu Wataala. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan zikrullah kekal dalam ingatan kepada Allah kerana allah berfirman "sudah menjadi tugas kami untuk memelihara org-orag yang beriman". (sentiasa ingat allah)

Yang terakhir, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah Subhanahu Wataala serta takut kepada sifat-sifat riak, ujub, takkabbur menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Seseorang yg hatinya baik dapat dilihat dari sifat kerendahannya.

Hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah Subhanahu Wataala amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa mengingati allah dan berdoa meminta-Nya memberi hidayah kepada hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hati amat penting kerana apabila rosak, ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak.

Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota-anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala dengan Syurga.

Hati yang bersih tidak lalai dari zikrullah memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah Subhanahu Wataala. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dipelihara allah, akan dikuasai dengan unsur-unsur kemalaikatan, dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, warak, sentiasa mengingati-Nya dan bersyukur.

Di dalam Surah Al-A'raaf ayat 200-201 Allah berfirman yang tafsirnya : "an jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

" Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat allah, maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."al-araf 201

Tuhan memilih Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk membawa urusan-Nya. Maka semestinya utusan Allah Subhanahu Wataala mempunyai sifat-sifat istimewa, antaranya hati yang bersih. Walaupun hati yg telah bersih, rasullullah masih menunjukkan baginda sendiri sentiasa berzikirullah mengingati allah, kerana hanya dengan zikrullah, hati menjadi bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang-orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang-orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya, bukan dengan kekerasan, tetapi apabila mendengar bacaan Al-Quran, hatinya tertawan dan akhirnya mengubah pegangan serta corak hidupnya.

Berzikir dan mengingati kembali hakikat kejadian manusia (perjanjian ketika didalam perut bu - mengenai zikrullah dikalbu)adalah antara cara mengubat hati supaya beriman kepada-Nya. Dengan berzikir contohnya, hati-hati yang keras sekalipun dapat dilembutkan. Tidak perlulah membaca ayat-ayat Al-Quran yang panjang. Cukuplah sekadar mengingati Allah Subhanahu Wataala kerana Dia telah berjanji akan mengingati-Nya. Dan allah berfirman, banyak2 sebut namanya.

Untuk mendidik hati dan menaikkan taraf kepada golongan muttaqin pula, kita hendakah mencari ilmu bab iman, menguatkan zikrullah dan menyerahkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala. Mulakan dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh, perbanyakkan ingatan kepada allah.

Taubat sebenar datang daripada hati dan memberi kesan mendalam sehingga dapat merasa diri hampir dengan Tuhan, seterusnya mengubah sikap. Hati yang insaf dan kuat akan menimbulkan rasa takut serta dapat menahan kesabaran dan hawa nafsu.

Jika keimanan dapat ditingkatkan melalui hati, alhamdulillah, kita akan menjadi seorang yang bertakwa.

Petikan asal dari ukhwah.com dikemaskini oleh Rabiatul Adawiyah@jalan menuju kesejahteraan..

Saturday, June 25, 2011

TASAWUF: Persoalan mengenai dua kalimah






Persoalan mengenai dua kalimah syahadah didalam solat.

Dua kalimah syahadah didalam solat
1. Ketika membaca syahadah (dlm tahyat), jari telunjuk kita akan "bangun & menunjuk". Kalo blh, saya nak tau...KENAPA kita buat cam tu? Adakah kita menunjuk ke arah kiblat?


2. Ketika membaca selawat (dlm tahyat), yg mana satu lbih afdhal....dgn menyebut / menambah perkataan "SAIDINA" (...soli'ala Saidina Mohamad) atau tanpa "SAIDINA" (...soli'ala Mohamad)?


Yang pertama
Jari itu tunjuk tu ada pelbagai fahaman.. syahadah dan tunjuk itu bukan rukun solat. CUma dibuat 1 itu pasal jari itu asal kejadian kita didalam perut ibu dijadikan telunjuk..tanda 1 amanah. begitu juga didalam kubur, kedudukan duduk tangan telunjuk tanda 1 amanah.. apa itu 1 amanah? itu lah perjanjian didalam perut ibu..iaitu menyaksikan, menyebut ALLAH didalam kalbu(hati) tanpa lalai walau sesaat.
Yang kedua,
Saidina dan tanpa saidina itu menunjukkan nabi dan rasul.. tahyat pertama kita baca tanpa SAIDINA kerana menunjukkan rasullullah ketika nabi (belum jadi rasul) dan tahyat kedua kita sebut Saidina menunjukkan rasullullah yg telah diangkat menjadi rasul setelah 15 tahun didalam gua hiraq berzikir ALLAH didalam kalbu. (mengikut perjanjian didalam perut ibu)
Dua kalimah syahadah didalam solat itu sekadar lafaz. (lafaz atau niat) wajib dibuat amalnya.. apa maksud syahadah : syahadah itu ertinya penyaksian, telah tersaksi, telah terlihat, menyaksi, kalau sekadar lafaz, bukan lah syahadah.
apakah amalan syahadah? itu lah menyebut dan mendengar sebutan ALLAh didalam kalbu setiap saat..tidak kira dalam keadaan apa jua sekali pun
“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah diperintahkan oleh Allah (hati) supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (itulah kalbi atau hati.)
Lelaki yang berimannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan (kemudian barulah) mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya hati tak tenteram.” An-nur ayat 36-37
Didalam ayat ini dinyatakan nur cahaya didalam kalbu orang beriman..tidak lalai walau sesaat, itulah amalan syahadah..barulah elok solatnya, zakat dan sebagainya.
BUat masa ini carilah iman dahulu (cahaya kalimah) solat sekadar latihan.. tidak diterima solat itu malainkan solat orang-orang mukmin dan solat orang-orang yg mengikut org mukmin. nak dapat mukmin kene beriman dahulu.
Kubur itu umpama perut ibu. dilahir kan dalam keadaan kelam gelap hanya melihat cahaya kalimah allah, begitu juga di dalam kubur melihat cahaya kalimah allah(bagi org yg beriman) sebab itu hidup didunia ini, cari kalimah tersebut sampai jumpa, terang bercahaya..itulah tanda iman. tanda kasih sayang allah terhadap hamba.. Maka itulah sebabnya rasullullah duduk didalam gua (tempat yang gelap) kerana perjanjian dan keadaan kejadian dan kembalinya manusia itu gelap.
salam

Apa itu Kalimah Allah

Apa itu Kalimah Allah
Allah itu nama yang menghubung denga zat. Zat sendiri tidak bernama..sekadar nama buat manusia kenal hubungan hamba dengan pencipta. (yang bernama itu makhluk) Kalimah allah ialah kalimah kemuliaan. Kalimah ini duduknya didalam kalbu manusia tanda dimuliakan Allah. kalau kalimah ini ditulis diatas kertas, didinding, buku, kitab atau sebutan dibibir, itu sekadar kalimah memuliakan Allah tetapi tidak dimulikan oleh Allah. Kalau kita tidak dimulikan allah, ertinya kita adalah golongan sesat. kerna itu syaitan, iblis, kristian, yahudi, menggunakan kalimah ini.
Maka sebab itu lafaz lailahaillah hendaklah wajib diikuti dengan amalan menyebut nama allah dan mencari kalimah allah dikalbu tanda iman.itulah bezanaya orang beriman dan orang islam munafik, fasiq dan musyrik.
Apa itu munafik :
Mereka melakukan tipu daya terhadap Allah, beribadah untuk dilihat orang, ibadah solat, puasa sekadar pakaian tetapi hati mereka tidak menyebut nama allah bahkan sedikit sahaja kalau sebut. Ibadah orang ini bertujuan untuk mendapatkan sesuatu samada untuk mendapat nama, pangkat, sebutan, atau ibadah untuk mengumpul pahala.
Orang-orang ini apabila tiba bulan ramadhan atau hari jumaat mereka sibuk kemasjid untuk bersama orang beriman tetapi dibulan lain mereka amat malas untuk melakukan solat. Untuk kenali mereka mudah sahaja, pergilah ke masjid2 dimalam hari ketika bulan ramadhan.
Lihat pada hari jumaat, masjid yang biasa nya lengang di waktu-waktu lain, tiba-tiba menjadi sesak. Ini lah orang-orang munafik yang ibadah amalnya kerna satu sebab. Padahal tujuan hidup itu 100% untuk beribadah kepada allah. Bukan tunggu hari jumaat atau bulan ramdhan sahaja.
Apa itu Fasiq :
Fasiq ialah orang yang beribadah tapi tiada ilmu iman. Ibadah secara adat, ikutan, keturunan tanpa ujud iman dihati(kalbu). Golongan ini yang paling ramai dikalangan umat islam. Orang lain puasa, zakat, haji mereka turut ikuti, tetapi meraka tiada hubungan kalbu dengan rohani. Kalau kalbu tidak berhubung dengan rohani artinya ibadah pakaian sekadar feeli(gerak geri, perbuatan), kauli (perkataan, bacaan) tetapi tidak diikuti denagan kalbi(hati) yang mengingati dan menyebut nama Allah setiap masa didalam apa jua keadaan.
Apa itu Musyrik.
Musryik ialah orang yang mengaku Allah itu satu, atau Allah itu tuhan tetapi mengangkat satu-satu makluk setaraf dengan Allah. Golongan ini yang paling ramai didalam neraka tanpa mereka sendir I disedari.
Ada yang musyrik secara terang-terangan dengan berdoa kepada patung-patung, memohon hajat kepada kuburan, meminta bantuan pada jin, khadam, iblis atau syaitan. Atau yang musyrik tanpa disedari dengan mengangkat kerajaan dapat menjamin kesejahteraan Negara, menanggap pemimpin dapat memberikan kehidupan yang lebih terjamin, menganggap satu-satu makhluk itu berkuasa seperti peralatan canggih dapat menjamin kemenangan, mengangkat sesama makluk sebagai jaminan keselamatan, ubat dapat menyembuh, dan banyak lagi unsure-unsur syirik yang ada dikalangan umat islam itu sendiri tanpa disedari.
Dengan syirik yang dilakukan ini, mereka boleh menjadi kafir kerna telah melupakan setiap sesuatu terjadi semata-mata kerna izin Allah.


Mimpi bertemu Allah.

Baru-baru ini terdengar diradio kisah seorang pemanggil yg menelofon bertanyakan kepada ustaz tentang mimpi bertemu Allah. Penyiaran radio ini kalau tak silap dikawasan perak.


Yang istimewanya, ustaz tersebut seorang yang berpendidikan telah mengiyakan mimpi tersebut. Astaghfirullah..kalau Allah boleh dimimpi dia telah jatuh tahap makhluk, boleh dilihat, difikir dengan akal, ditafsir dalam mimpi.




Rasullullah yg kekasih allah pun tak pernah mimpi Allah, paling hebat pun mimpi izrael dan jibrail..bermaksud ustaz tersebut telah merendahkan martabat rasullullah dari pemanggil tadi...




Ilmu mana yang dipelajari ustaz tersebut pun tidak diketahui. Mungkin ilmu ilham iblis.




Kenapa ustaz macam ni dibiarkan meyampaikan ilmu.. kenapa ustaz2 yg lain yg lebih layak pula, diharamkan. Sedarlah, bumi kita diciptakan Allah, diberi rezki dan kedamaian oleh Allah. Jangan sampai Allah menarik balik sedikit rahmat dan nikmat ketas bumi kita akibat perbuatan-perbuatan dusta oleh alim ulama, para ustaz yang kununnya berpendidikan tinggi tetapi menyampaikan ilmu-ilmu sesat.




Tahukah kita andaikata ustaz tersebut kaum munafik? Atau mungkin kaum fasiq yg sekadar bertopeng islam padahal hatinya lalai? Itu yang ramai hari ini. Sebab allah dah berpesan dialam alquran “hanya sedikit dari kamu beriman”.




Bersungguh-sungguhlah didalam beragama.