Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Tuesday, May 01, 2012

BAGAIMANA ANAK ANGKAT 'MEWARISI' HARTA PUSAKA



BAGAIMANA ANAK ANGKAT 'MEWARISI' HARTA PUSAKA


Anak angkat tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Ini kerana anak angkat tiada hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat mengikut hukum syarak sekali pun anak tersebut telah dibinkan kepada bapa angkat di dalam sijil kelahiran.

Bagaimana pun, bukanlah ini bermakna anak angkat dibiarkan begitu sahaja sehingga tidak diberikan apa-apa oleh ibu bapa angkat atau waris-waris kepada ibu bapa angkat itu, bahkan sesetengahnya terus meminggirkan anak angkat selepas kematian ibu atau bapa angkatnya.

Persepsi terhadap anak angkat oleh sesetengah pihak yang meminggirkan anak angkat sepeninggalan ibu bapa angkatnya disebabkan oleh fahaman mereka bahawa anak angkat tidak berhak mewarisi, sebenarnya tidak tepat. Berilah sebahagian daripada harta pusaka ibu bapa angkat kepadanya atau setidak-tidaknya kasihilah mereka sebagaimana ibu bapa angkat menyayangi mereka.

Sebenarnya hukum faraid ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk mewariskan harta pusaka kepada kaum keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan si mati. Soalnya, bagaimana nasib anak angkat yang sememangnya tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya? Bolehkah mereka mewarisi harta pusaka ibu dan bapa angkat sedangkan ibu bapa angkat sangat menyayangi mereka seperti anak kandung mereka?.

Islam agama yang adil dan prihatin kepada semua golongan manusia. Memang benar anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka secara faraid. Tetapi Allah maha mengetahui dan bijaksama membenarkan ibu bapa angkat ‘mewariskan’ sebahagian daripada harta mereka kepada anak angkat melalui Hukum Wasiat.

Dengan berwasiat, anak angkat akan mewarisi paling maksimum 1/3 daripada harta pusaka ibu bapa angkat mereka, manakala baki 2/3 bahagian lagi akan diwarisi oleh waris-waris si mati secara faraid.

Sebagai contoh, Ahmad mempunyai seorang anak angkat, seorang isteri dan tiga orang adik beradik seibu sebapa, dua lelaki dan seorang perempuan. Ahmad mempunyai 5 ekar tanah. Semasa hayatnya, Ahmad telah berwasiat sekiranya beliau meninggal dunia, 1 ekar daripada tanah pusaka peninggalannya hendaklah diberikan kepada anak angkatnya.

Apabila Ahmad meninggal dunia, anak angkat boleh menuntut harta pusaka itu sebagai penerima wasiat, manakala isteri dan tiga orang adik beradik Ahmad menuntut sebagai penerima pusaka secara faraid.

Mengikut hukum faraid, asal pembahagian seperti berikut:


8
40
Isteri
1/8
1
5
SIBL


14
SIBL
Asabah
7
14
SIBP


7

Oleh kerana Ahmad berwasiat supaya 1 ekar daripada harta pusakanya diberikan kepada anak angkatnya, pembahagian menjadi seperti berikut:


5 ekar
40
50
5 ekar
Anak angkat
1 ekar (wasiat)

10
1 ekar
Isteri

5
5
0.5 ekar
SIBL
4 ekar (faraid)
14
14
1.4 ekar
SIBL

14
14
1.4 ekar
SIBP

7
7
0.7 ekar

Inilah sebenarnya konsep wasiat iaitu pemberian selepas kematian oleh seseorang tuan punya harta kepada seseorang yang bukan warisnya yang berhak mewarisi mengikut hukum faraid. Bagi menjamin kesinambungan hubungan kekeluargaan, wasiat hanya dibenarkan setakat 1/3 daripada harta pusaka sahaja manakala bakinya 2/3 bahagian adalah hak waris-waris mengikut ketentuan hukum faraid.

Kesimpulannhya, anak angkat seperti mana anak kandung juga berhak mewarisi harta pusaka, cuma bezanya mereka mewarisi secara penerima wasiat sedangkan anak kandung mewarisi secara ketentuan faraid.

Sekian.


HANYA KETURUNAN HAKIKI ATAU DARAH DAGING LAYAK MEWARISI


Selain daripada ikatan perkahwinan, seseorang itu berhak mewarisi harta pusaka dengan sebab keturunan. Keturunan dalam konteks hukum faraid bermaksud keturunan hakiki iaitu pertalian hubungan kekeluargaan disebabkan oleh peranakan atau dinamakan juga hubungan ‘rahim’. Keturunan hakiki boleh dikatakan juga sebagai “darah daging”.

Termasuk dalam istilah keturunan ini ialah anak kandung, ibu bapa sebenar, adik beradik sebenar dan semua waris yang mempunyai pertalian darah dengan si mati mengikut syarat-syarat dan kaedah pewarisan.

Ini bermakna anak angkat, anak tiri dan anak susuan terkeluar daripada istilah keturunan si mati dan mereka tidak berhak mewarisi harta pusaka.

Anak angkat bermakna anak orang lain yang dipelihara oleh pasangan suami isteri. Anak ini bukan dilahirkan hasil perkahwinan suami isteri itu. Anak angkat tidak boleh dinasabkan (dibinkan) kepada bapa angkat untuk mengelakkan kecelaruan dalam hirarki keturunan seseorang itu. Sekiranya dinasabkan kepada bapa angkat, ia akan menimbulkan masalah kepada persoalan pewarisan harta pusaka dan perwalian dalam perkahwinan.

Oleh kerana tiada hubungan rahim dengan keluarga angkat, Islam tidak membolehkan anak angkat mewarisi harta pusaka ibu bapa angkat.

Anak tiri bermakna anak kepada pasangan hasil perkahwinannya dengan suami atau isteri terdahulu. Misalnya, Ali berkahwin dengan Fatimah, seorang janda beranak satu bernama Ahmad. Ahmad adalah anak tiri kepada Ali. Sekiranya Ali meninggal dunia, Ahmad tidak mewarisi harta Ali kerana Ahmad bukan keturunan Ali yang hakiki.

Anak susuan bermakna seorang telah disusui oleh seorang wanita sehingga sekurang-kurangnya 5 kali kenyang semasa masih bayi. Hukum anak susuan dalam perkahwinan sama seperti anak kandung iaitu tidak boleh mengahwini anak susuan, persentuhan kulit tidak membatalkan wudhuk dan had aurat sepertimana anak sendiri.

Bagaimana pun, oleh kerana tiada hubungan rahim iaitu tidak melalui peranakan, anak susuan juga tidak mewarisi harta pusaka ibu bapa susuan.

Soalan 1
Bagaimana pula hukum pewarisan anak luar nikah?

Jawab:
Anak luar nikah ialah anak zina atau anak yang dilahirkan oleh wanita mangsa rogol. Hukumnya, anak itu hanya berhak mewarisi harta pusaka ibu yang melahirkannya tetapi tidak mewarisi harta pusaka bapa. Ini kerana anak yang lahir hasil perzinaan tidak boleh dinasabkan kepada bapa tersebut mengikut hukum syarak apatah lagi anak yang dilahirkan oleh mangsa rogol. 

Soalan 2
Ada yang mengatakan anak yang dianggap derhaka kepada ibu bapa  tidak berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa. Apakah ini benar?.

Jawab:
Hanya tiga perkara yang menjadi halangan kepada pewarisan iaitu:
a.       Pembunuhan atau menyebabkan kematian tuan punya harta yang akan diwarisi
b.      Berlainan agama antara pemilik harta dan waris
c.       Waris murtad.
Penderhakaan bukanlah halangan kepada seseorang itu daripada mewarisi harta pusaka ibu bapa. Sekiranya ibu bapa meninggal dunia, anak yang dianggap derhaka itu masih berhak menerima pusaka seperti mana anak-anak yang lain.

Soalan 3
Ada bapa yang tidak sukakan anaknya telah meninggalkan dokumen wasiat yang mengatakan dengan jelas “Sekiranya saya meninggal dunia, saya tidak redha anak saya yang bernama Rosliyani mewarisi harta pusaka saya”.

Jawab:
Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah hubungannya dengan hartanya dan secara otomatik harta itu menjadi harta pusaka. Namun sebelum harta pusaka dibahagikan, waris-waris perlu meneliti dan menunaikan wasiat si mati terlebih dahulu.

Bagaimana pun tidak semua wasiat wajib ditunaikan. Sekiranya bertentangan tentang hukum syarak, wasiat itu hendaklah diabaikan walau pun wasiat itu didokumenkan dan disaksikan.

Wasiat supaya tidak memberikan harta pusaka kepada anak yang dianggap menderhaka atau yang tidak disenangi oleh ibu bapa tidak boleh berkuatkuasa kerana hajat pewasiat bertentangan dengan hukum faraid. Justeru, anak itu berhak mendapat pusaka bapanya dan hendaklah diberikan haknya.. Jadi waris-waris yang lain, laksanakan hukum faraid seadanya.

Berikanlah harta pusaka bapa kepadanya mudah-mudahan anak tersebut akan turut mendoakan kesejahteraan bapanya suatu ketika nanti.

Wallahuaklam.


Baca lagi tentang Pusaka  Di http://caknapusaka.blogspot.com/   

RAHMAH DAN KEIHSANAN DI DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DI DALAM ISLAM:

RAHMAH DAN KEIHSANAN DI DALAM
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DI DALAM ISLAM:


ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM
KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.