Ya Allah, Atas KemuliaanMu,KeagunganMu dan Belas EhsanMu limpahkan lah hidayahMu kepada kami,semuga kami semua berjumpa dengan sebenar-benar jalan untuk kami pulang kesisiMu........


Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Sunday, April 01, 2012

Mengenali tasauf

Ilmu Akhlak  Bhg 8  1
KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD
7 November 2001, jam 2330 ñ 8 November 2001, jam 0230
Mengenali tasauf
 ASAUF, sebagaimana disiplin ilmu tinggi yang lain, mempunyai senarai
taíarif demi membawa penjelasan yang bening lagi sempurna. Bahagian
muqadimah ini hanyalahlah pengenalan ringkas demi memesrakan kita dengan
tasauf bak pepatah -- tak kenal, maka tak cinta.
Sering ada anggapan bahawa apa jua ilmu, ia mesti dikaitkan dengan asalusul bahasa asal atau dinisbahkan kepada bahasa. Memandangkan Islam
berteraskan bahasa Arab, maka sering kata dasar tasauf dikaitkan ësufí atau bulu
domba/kambing biri-biri yang menjadi pakaian perintis tasauf. Setakat manakah
benarnya dakwaan ini.
Tentulah paling utama dalam membuat perincian definisi ialah
mendapatkannya daripada ulama  muktabar (berwenang/autoriti) yang
memberikan huraian ringkas seperti berikut:
! Abu Muhammad al-Jurairi: ëëTasauf itu adalah memasuki diri ke dalam
kebaikan dan mengeluarkan diri daripada akhlak buruk.íí
! Abul Hassan al-Nuri: ëëTasauf ialah meninggalkan semua bahagian
badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja
sifat terpuji (mahmudah).íí
! As-Syadziri: ëëTasauf itu melatih diri dalam ubudiyah dan mengembalikan
hukum-hukum rubbubiyah.íí [Ubudiyah  = sifat kehambaan; rubbubiyah =
sifat ketuhanan.]
! At-Tusturi: ëëSeorang pengamal tasauf atau sufi adalah orang yang selalu
membersihkan diri daripada noda zahir dan batin, selalu bertafakur,
sentiasa menghubungkan diri dengan Allah SWT dan memutuskan
hubungan tidak bermanfaat dengan manusia.íí
TIlmu Akhlak  Bhg 8  1
Daripada empat definisi tadi, jelaslah tasauf berkisar kepada tiga peringkat
atau marhalah:  1  Bidayah    2  Mujahadah    3  Mazaqat
Bidayah bermaksud permulaan petunjuk ke  jalan Allah SWT. Iaitu jalan
dalam bentuk rasa pada jiwa yang merasa rindu kepada Allah SWT. Kerinduan
atau cinta tadi menimbulkan makrifat atau berkenalan dengan Allah SWT.
Contoh: Pertalian amal/perbuatan pada zahir dan jiwa dalam bidayah.        
Perbuatan    ZAHIR  BATIN/JIWA
Makan   Sedap  Mensyukuri nikmat pemberian-Nya sehingga
kita membacakan doa ëíAllahuma bariklana fima
rozaqtana wa kina ëadzaban nar.íí
 
Melihat alam   Indah  Kagum akan kuasa-Nya dan menyebut
ëSubhanallahíí
 
Menerima rezeki  Gembira   Terharu oleh pemberian-Nya sehingga
menyebut ëAlhamdulillah wal syukurillah.íí
Kuat bekerja  Sihat  Bersyukur dan menujukan perbuatan untuk
mencapai keredhaan-Nya
PERINGKAT AMALAN
eorang pemimpin yang benar-benar mengamalkan tasauf, walaupun pada
peringkat/marhalah bidayah, akan senantiasa memastikan kuasanya tidak
menjadi suatu penindasan ke atas orang  bawahan. Oleh itu, sewaktu selepas
bersolat, kita digalakkan membaca doa  yang mengikrarkan diri kita sebagai
hamba Tuhan yang senatiasa lemah:
ëëAllah memberikan kesenangan kepada yang  dikehendaki-Nya. Ia
memuliakan kepada yang siapa yang dimuliakan-Nya, dan direndahkan kepada
siapa yang direndahkan-Nya.íí  
! Bidayah
Matlamat bidayah ialah menyempurnakan jiwa sehingga terserlah kepuasan
rohani dalam hubungan kepada Allah SWT  (habluminallah) dan hubungan
dengan manusia (habluminnas). Caranya ialah dengan senantiasa beribadah
SIlmu Akhlak  Bhg 8  1
zahir yang dihubungkan secara ikhlas demi Allah SWT semata. Kepuasan rohani
akan terbina secara beransur-ansur selagi ia dilakukan dengan tetap/tekal
(istiqamah).
! Mujahadah
Setiap manusia diamanahkan oleh untuk berjuang di jalan-Nya. Inilah
maksud jihad dan proses berjuang tadi dipanggil ëmujahadahí.
Sebenarnya berjuang bukan bererti berperang saja. Melaksanakan  amar
maíaruf nahi munkar sudah merupakan perjuangan.  Mengekang hawa nafsu
terutama dalam bulan Ramadan merupakan perjuangan.
Tetapi apa jua amalan membersihkan rohani hendaklah berteraskan syariat;
tiada pengecualian dalam hal ini. Tanpa syariat, tasauf tidak bermakna.
Sekadar contoh, orang yang baik perilaku atau jiwanya yang suka menderma
dan sebagainya tetapi enggan solat, zakat, berpuasa dan menunaikan haji, maka
ia bukanlah lengkap sebagai seorang Muslim dalam erti kata sebenar.
Ada juga orang yang mengaku pengamal tasauf atau sufi tetapi
menyatakan tidak perlu solat, zakat, puasa dan sebagainya yang ditetapkan
oleh syariat. Orang begini membahayakan kerana ia sudah sesat dan boleh
menyesatkan orang lain.
!  Al mazaqat atau hasil yang diharapkan daripada mengamalkan
tasauf. Antara matlamat utama tasauf dalam rangka ini ialah:
1. mencapai  maírifatul nafs iaitu kenal diri atau jiwa. Aspek ini
perlu dilalui sebelum  seseorang itu mengenal Allah SWT. Kita
harus kenal kekurangan dan kelebihan diri kita, tahu batas susila
diri sendiri. Sesungguhnya ramai orang yang kenal akan orang
lain kerana sikap ilmu dan ramah mesra, tetapi tidak tahu dirinya. Ilmu Akhlak  Bhg 8  1
2. Tasfiah/tazkir ialah aspek pensucian hati daripada sifat-sifat cela
atau  mazmudah. Sifat takbur, marah, hasad dan zalim
dibersihkan.
3.  Tahalli  iaitu mengalung atau menyerikan diri dengan dan sifat
mulia atau  mahmudah seperti amanah, ikhlas, jujur, berilmu
dalam diri.
4.  Tarraqi bermakna naik kedudukan atau maqam sehinggakan hati
sufi tadi sibuk dengan keperluan terhadap Allah SWT walaupun
hidup seperti manusia biasa. Ia  redha/pasrah akan taqdir Allah
selepas puas berikhtiar.
Jelas matlamat tasauf, menurut ulama sufi yang muktabar, adalah
mendapatkan keredhaan-Nya dengan membina adab dalam jiwa dan zahir.
NISBAH TASAUF
sal-usul tasauf sering diperkatakan dalam rangka luas. Namun pokok
perbicaraan hendaklah menjurus kepada unsur membina atau positif.
! Suffah ialah gelar orang ramai terhadap seorang lelaki sering beribadah di
Masjid Haram. Namanya Al-Ghut bin Munir. Beliau muncul sebelum
kedatangan Islam dan dipercayai pengikut ajaran Nabi Ibrahim as.
Orangnya pendiam dan lebih cenderung berbuat halnya sendiri. Hal
sebenarnya masih misteri. Jadi, apakah istilah tasauf bermula
daripadanya?
! Suf ialah bulu domba/biri-biri yang dijadikan pakaian para nabi dan orang
warak. Demikian menurut Ibn Taimiyah (dalam bukunya Tasauf) dan
sejarawan Ibn Khaldun (dalam buku Muqadimmah). Malah paman
termuda Nabi Muhammad saw, Ibn Abbas menyatakan:
 ëëSesungguhnya 70 orang nabi telah berlalu di gurun Rauhah dalam rangka
perjalanan untuk menunaikan haji. Kesemuanya berpakaian bulu domba.
Mereka bersalat di Masjid Khair di Mina.íí  
Kebanyakan pakaian sahabat dan pengikut sahabat (tabiien) berupa
bulu domba. Menurut salah seorang ahli tasauf perintis, Hassan al-Basri:
AIlmu Akhlak  Bhg 8  1
ëíAku telah berjumpa  dengan 70 orang perajurit perang Badr.
Kebanyakan mereka itu berpakaian bulu domba.íí
 Jelaslah suf adalah pakaian tawadduk atau merendahkan diri. Ia kasar
tetapi cukup sesuai untuk keperluan musim sejuk dan perlindungan daripada
hempasan ribut pasir. Memandangkan ramai para nabi adalah penggembala,
maka secara logik pakaian mereka adalah daripada bulu domba.
! Ahlus-suffah ialah gelar bagi para sahabat seperti Abu Hurairah dan
Salman al-Farisi yang mendiami  serambi Masjid Nabawi. Hidup
mereka miskin dan kebanyakan mereka bujang. Mereka gigih
beribadah.
! Saf berertu baris dalam solat jemaah. Lazimnya orang suka beribadah
itu cuba mendapatkan tempat di barisan depan jemaah.
! Suffiyah (suffistiyah) diambil dari kekata Yunani sophist yang merujuk
kepada golongan manusia yang cuba mencari kebenaran, bermula
dengan ajaran Socrates sehinggalah Aristotle. Pemikir besar Islam,
Al-Biruni yang juga seorang sejarawan, telah memberikan kaitan ini
walaupun kurang disenangi oleh ramai ulama yang berpendapat
tasauf tidak meminjam mana-mana  amalan, kecuali daripada Islam
sendiri.
! Safa bermakna kebersihan, ini juga dikaitkan dengan salah satu
usaha pemurnian sufi yang dipanggil tasfiyah.
Jadi mana satukah istilah sebenar asal-muasal tasauf masih lagi suatu
misteri. Pokoknya segala definisi  hendaklah memberikan gambaran membina
atau membawa kebaikan dan bukan meremeh atau menghina tasauf.
PERMULAAN
ilakah tasauf dimulakan?
Tidak syak tasauf dimulakan sejak Rasulullah saw menyebarkan Islam. Sari
pekerti Nabi saw itu merupakan matlamat tasauf ñ bersih rohani, senantiasa
memikirkan urusan kemanusiaan yang diredhai Allah, senantiasa mendekati
Allah secara bersendiri-sendirian atau khalwat.
[Sayang sekali istilah  khalwat  sudah disalahgunakan hingga bermaksud
berdua-duaan lelaki dan perempuan di dunia sebelah sini.]
BIlmu Akhlak  Bhg 8  1
 Konsep khalwat merupakan satu perkara yang amat praktikal dalam
menjernihkan fikiran dan rohani.
1. Nabi saw mengasingkan diri atau  berkhalwat di Gua Hira sehingga
mendapat wahyu. Amalan ini diikuti oleh ramai sufi terutama yang
dapat pergi ke gunung atau hutan. Namun ia tidak boleh dimaknakan
sebagai bertapa iaitu amalan  yang dikaitkan dengan agama
terdahulu, Hindu dan Buddha.
2. Solat juga merupakan khalwat  apabila fikiran kita tertumpu kepada
Allah dan kita mengasingkan dunia.
3. Puasa juga merupakan amalan bersifat khalwat apabila kita
mengasingkan dunia daripada makan minum, seks dan apa jua
tuntutan nafsu.
Puasa terbahagi kepada tiga iaitu awwam (sekadar lapar dan dahaga),
khawaz (menahan nafsu sambil beribadat) dan khususul khawaz (puasa
seluruhnya dengan menahan pancaindera dan hati daripada godaan nafsu,
beribadat dan meningkatkan penghayatan Islam). Dalam ibadah puasa
Ramadan, 10 hari terakhir diluangkan untuk beriktikaf (berada di masjid
untuk beribadah semata) dan meninggalkan urusan dunia.
4. Haji merupakan khalwat terbesar kerana apabila berada dalam ihram,
kita tunduk zahir dan batin atas segala syarat yang dikenakan Allah
SWT. Ketika wuquf (berihram dan  berada di Arafah),  haji itu adalah
lambang kematian dan kebangkitan serta perhimpunan agung di
Padang Mahsyar.
Kain ihram putih itu ibarat kain kapan. Apabila haji selesai dilaksanakan
dengan sempurna, seseorang itu mencapai mabrur iaitu bak bayi bersih
yang baru dilahirkan.
 Nabi saw telah mengajarkan kita agar membersihkan diri daripada sifat
syaitan dan haiwan. Daripada syaitan, timbul sifat takabur sehingga
membawa hasad dan kezaliman. Daripada sifat binatang, timbul sifat
kebinatangan nafsu dan buas. Ilmu Akhlak  Bhg 8  1
 Proses pembersihan diri itu terpapar dalam salat yang di dalamnya
terkandung rukun sujud ñ saat seseorang pasrah sepasrahnya kepada Ilahi.
 
 Dalam tasauf, kehebatan dunia tiada bererti kecuali untuk membela
kemanusiaan agar menjalani hidup mulia. Inilah yang dilakukan oleh
Rasulullah yang dikelilingi oleh orang kaya dan malah ditawarkan oleh Allah
SWT akan emas sebesar Gunung Uhud. Malah Nabi Sulaiman as. Manusia
terkaya di dunia, telah menyifatkan segala kekayaan dan kehebatannya
adalah sekadar amanah dan ujian daripada Allah SWT.
Rasulullah mengajar kita agar senantiasa mensyukuri nikmat Allah SWT.
Bahkan baginda solat malam sehingga bengkak kakinya. Aisyah ra bertanya
mengapakah baginda bersolat sampai begitu pada hal dosanya yang lalu
dan akan datang sudah diampunkan Allah SWT. Jawab Rasulullah: ëëApakah
tidak aku menunjukkan rasa kesyukuran kepada kurnia Allah SWT?íí
Tasauf tidak lain ialah segala amalan yang disuruh Allah SWT agar kita
mengingati-Nya sebagaimana terpapar dalam maksud surah an-Nur: 28:
ëëLelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan (urusan) dan tidak pula oleh
jual-beli (perdagangan) daripada mengingati Allah; mendirikan solat dan
membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (Kiamat) ketika hati dan
penglihatan mereka menjadi tergoncang.íí
 Dengan amalan tasauf, maka terpupuklah manusia menjadi para wali
(orang soleh yang amat menjaga  agama) sebagaimana maksud surah
Yunus: 62:
ëëSesungguhnya para wali Allah tiada kekhuatiran dan mereka tidak pula
berdukacita.íí
 Wali tidak semesti ada keramat yang kita dapat rasakan. Orang soleh
biasa juga boleh bertaraf wali jika Allah SWT memperkenankannya. Sekadar
contoh muda, seorang ayah mendapat bayi pertama yang cacat. Daripada
meratapi hidupnya, beliau menerima dengan redha dan senantiasa
beribadah, sabar dan menyatakan kesyukuran. Anaknya dibela hingga Ilmu Akhlak  Bhg 8  1
menjadi manusia yang dapat mengatasi kecacatannya. Ayah begini
merupakan seorang wali.
 Seorang suami yang kematian isteri yang dicintai, tidak harus
meninggalkan solat dan terus menangis. Ia harus menerima takdir dan gigih
melaksanakan kewajiban sebagai seorang muslim serta mendoakan
isterinya.
 Memang sukar mengetepikan perasaan yang kuat mencengkam fikiran.
Sekadar contoh, sahabat Nabi, Umar al-Khattab tidak dapat menerima
hakikat bahawa baginda telah wafat. Umar mengancam untuk memancung
sesiapa yang menyatakan Nabi wafat. Namun apabila Abu Bakar ra
membacakan ayat bahawa seluruhnNabi akan mati, termasuk Muhammad,
maka sedarlah Umar akan kesilapannya sehingga ia beristigfar.
 Jelaslah kehidupan Rasulullah saw merupakan cerminan tasauf. Namun
dalam zaman baginda, tidak timbul pembahagian ilmu seperti tauhid, fiqh
dan tasauf. Menurut Ibn Khaldun,  perkembangan Islam begitu pesat
sehingga timbul pelbagai cabang ilmu  selepas 200 tahun Nabi saw wafat,
misalnya timbul Hassan al-Basri (wafat 110 H), Sofyan as-Tsauri (wafat 161
H, dan juga guru kepada wanita sufi, Rabiah al-Adawiyah).
PENGAJIAN TASAUF
Imu tasauf berkembang pesat menerusi sistem persekolahan atau madrasah
sejak 200 H. Umumnya terdapat lima jenis madrasah:
1. Muhasabiyah (pengetuanya dipanggil muhasibi) yang banyak
mengajarkan pelbagai aspek redha.
2. Khusairiyah yang dirintis oleh Syeikh Salleh Hamdun yang terasnya
ialah menolong kemungkaran atau sifat mazmudah.
3. Taifuriyah dirintis oleh Abu  Yazid al-Bustami yang menegaskan
konsep mabuk dalam cinta kepada Allah.
IIlmu Akhlak  Bhg 8  1
4. Junaidiyah dipelopori oleh Abul Qassim al-Junid al-Baghdadi yang
menegarkan konsep kesedaran.
5. Sahliyah dikemukakan oleh Sahal bin Abdullah at-Tsuri yang menitik
beratkan riadah dan mujahadah.
Jelaslah tasauf mendahuli  pengajian tauhid dan  fiqh. Tidak hairanlah
para iman empat mazhab juga merupakan ahli tasauf. Lama-kelamaan
pengajian tasauf mewujudkan gaya pendekatan yang dikaitkan oleh guru
atau syeikhnya. Inilah yang dipanggil tariqat (tariq= jalan).
Namun tasauf boleh dipelajar tanpa tarikat, tetapi tarikat tidak dapat
dipelari tanpa tasauf.
Tarikat memerlukan empat teras:
1. Guru atau syeikh/mursyid
2. Zikir(riadah) dan mujahadah
3. Murid
4. Silsilah atau urutan guru utama demi memastikan ia tidak melencong
atau sesat.
Dari zikr yang disusun menjadi wiridan, talqin, dibaie atau ratib
sehinggalah ihzib. Apa jua susunan guru itu menjadi pendekatan atau kaifiah.
Semuanya berteraskan ayat-ayat Quran dan Hadis (amalan dan doa Nabi saw).
 
TAMAT
khadijahmosque.